13

89 4 0
                                    

"Hmm...hmmm," aku mendengar Damien cakap telefon.

Belakang Damien agak seksi bila dipandang. Dia hanya memakai boxer sambil bercakap telefon. Aku duduk di atas katil, masih tidak berpakaian. Bilik dengan pendingin hawa ini masih sahaja sejuk. Sesekali Damien mundar mandir, dahinya berkerut. Aku memerhati otot lengan Damien.

Seksi gila!

"Okay mama," tambahnya lagi. Damien meletak telefon. Dia kemudian memandang aku dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.

Aku senyum padanya, memanggil Damien ke arahku dengan jari telunjuk. Sebelah tangan aku menahan selimut daripada jatuh menampakkan tubuh. Perlahan, Damien naik ke atas katil dan merangkak ke arahku.Dahinya diletakkan pada dahi aku, sebelum mencium pipi aku.

"Damien," panggilku.

"Bite me here," aku hulurkan leher pada harimau lapar. Aku tersengih sahaja melihat Damien yang sudah angkat kening. Dia kemudian menurut sahaja aku dan menggigit leherku. Aku kegelian, namun Damien masih sahaja mencium rakus tubuhku. Dia masuk ke dalam selimut dan berada di atasku.

Geli. Aku terasa badanku dipegang dengan kemas. Bibir lembut Damien mejalar ke sekitar tubuhku sebelum dia berhenti di antara celah dada. Aku memegang kepalanya, geli.
Dia bangun sedikit, menahan diri dengan tangan agar tak menghempap aku. Kami diselubungi comforter putih, cahaya siang sedikit menyuluh kearah kami, jadi tak begitu gelap.

Mata kami bertaut. Aku masih terbaring di atas katil, tak bergerak.

"Baby," panggilnya manja. Dia memandang aku dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

"Kejap lagi kita balik rumah mama dengan papa okey?" Soalnya.
Aku pandang Damien dan angguk sahaja.

Potong mood betullah!

***

"So, that girl lah isteri baru Damien," ujar Maya bila memandang gambar yang ditunjukkan Bella. Bella merenung sahaja wajah rakan baiknya Mumtaz Amaya, gadis kacukan pakistan melayu itu. Memang cantik dan seksi kalau nak dibandingkan dengan gadis dalam gambar.

Kata Maya, Damien dah block dirinya dari laman sosial.
Sebelum ini, dia ada minta gambar dari Amzar, namun berkeras Amzar kata tak ada. Sedangkan dia tahu sahaja bahawa Amzar mesti ada gambar kahwin Damien. Mereka rakan karib kot! Mustahil tak ada.

"I cantik lagi," angkuh ujar Maya.

Bella merengus.

"Sis! Kalau orang tak nak tu tak payahlah kau nak sondol laki tu," kedengaran agak kasar, namun itu memang gaya Bella berkata-kata.
Maya mencebik.

"Damien tu kaya kau tau tak!" Balas Maya. Bella mencebik mendengar ucapan bodoh Maya. Kalau ikut kaya, keluarga Maya lah lagi kaya!

"Kaya kau kata? Dew Hotel bukannya milik mutlak dia sorang! Kau punya famili lagi kaya what!" Tegas Bella. Mana tidak, bapa Mumtaz Amaya ialah Datuk Shah Jahan. Seorang lelaki kacukan pakistan yang ada perniagaan import export! Kaya kot famili Maya! Bahkan lagi kaya dari Damien!

Maya mencebik. Bella tak faham maksudnya.

Damien sempurna segalanya. Latar belakang keluarga yang baik, berpendidikan tinggi, kerja yang baik...
Dan paling penting, wajah yang menjadi impian setiap gadis.

"I like his looks," kata Maya.

"Rupa tak menjamin kebahagiaan," kata Bella.

"Habis kau nak anak-anak cucu aku hodoh lah?" Ke situ pula ucapnya. Bella nganga. Perempuan kalau dah sayang, memang dia buta!

***
Aku jeling Damien. Rupanya ada sesuatu yang terjadi. Kak Long dan Abang Long akan berpindah keluar dan...

Mama menentang hal itu.

Tak faham jugaklah aku dengan mama. Kak Long dan Abang Long dah tinggal sini lama kot, apa salahnya mereka nak tinggal sendiri. Tapi, aku diam sahaja, kalau aku menyampuk nanti dia marah aku pula. Katanya, semua anak-anak lelaki dia nak tinggalkan dia.

Daniel memanglah duduk asrama. Damien tinggal dengan aku di apartment kami. Apa masalahnya Abang Long nak tinggal asing. Bukannya salah pun! Bagi aku, tinggal asing daripada keluarga mertua ada baiknya.

Contoh, kalau tinggal asing, aurat terjaga lah sikit. Ya lah, memang lah batas aurat tu senang nak jaga. Aku maksudkan, contohlah Damien gigit aku dileher, kalau kat rumah kami sendiri, tak ada sesiapa nak jeling-jeling. Bayangkan kalau aku tinggal dengan mertua, mahu dijelingnya leher aku ni! Aku memegang leher, diam sahaja mendengar ibu, Damien dan Abang Long berbual. Kak Long pula tengah menangis barangkali ditemani Dania di dalam bilik.

"Okey fine! Kalau Abang Long nak tinggal luar, Abang Ngah kena pindah balik rumah mama," bagaikan guruh berdentum aku mendengar kata-kata mama.
Memanglah kiamat tak kenal waktu, tapi pindah rumah mama, umpama kiamatlah untuk aku.

Remember! She doesn't like me!

Damien pandang aku. Aku pandang Damien.

"Ma...mana boleh decide macam tu," Damien pula jadi mangsa.
Abang Long mendengus. Mama memang keras kepala. Dia nak pindah sebab Kak Long yang ajak, barangkali sebab tak tahan dengan mama!

Sekarang nak suruh aku dengan Damien pulak!

"Mama tak kira! Kalau Along pindah! Angah kena balik!" Tegasnya. Damien memandang aku. Sumpah! Saat ini aku memang dah nak tarik muka tapi aku tahan! Aku angkat kening pada Damien. Keputusan ada di tangan Damien.

***

Crystal menutup komputer riba. Cadangan Damien supaya dia berbaik-baik kembali dengan Zoey difikirkan kembali.

Sebenarnya, mereka berdua tak bergaduh pun. Pada pendapat Crystal, mereka baik-baik sahaja.
Masalahnya, Zoey yang marahkan dia. Salah dia juga pergi tanpa khabar berita. Mereka dah janji untuk bersama, namun Crystal terang-terang mengabaikan janji yang pernah dia ungkapkan.

Crystal mengahantar pesanan ringkas pada Damien. Sekarang, Zoey dah ada di bawah tanggungjawab Damien, jadi nak tak nak dia perlu minta kebenaran Damien untuk berhubung dengan Zoey. Satu hal lagi, Crystal tak tahu sama ada perlu atau tidak terus terang dengan Damien mengenai kisah silam dia dan Zoey pada masa lalu.

Ada orang cakap, rahsia begitu perlu bawa sampai mati.
Tapi, kalau tak terus terang, lambat laun Damien akan tahu juga sendiri.

Crystal mendengus.

Dia tak tahu bagaimana reaksi dan penerimaan Damien tentang hal tersebut. Jelas, bukan dia yang perlu bagitahu Damien, sebaliknya Zoey.

Tapi, sejauh dia kenal seorang Zoelle Mellisa, gadis itu tak akan sesekali bangkitkan kisah lamanya untuk pengetahuan umum.

Crystal lebih terbuka dengan hubungan lesbian. Dia tak kisah kalau orang tahu yang dia lesbian. Zaman dah maju, semua orang faham.
Tapi, bagi muslim apalagi bertudung macam Zoey, perkara itu sebenarnya dosa besar dan aib. Gadis itu takkan sesekali mengaku yang dia lesbian, walhal hakikatnya dia begitu.

Seorang Zoey yang dia kenal begitu takut dengan sentimen masyarakat.

Pakai tudung tapi lesbian! Antara ayat yang paling dia takut. Terkadang Crystal juga pelik, siapa sebenarnya Tuhan. Masyarakat atau Allah yang Esa? Namun, dia tidak kisah, sebaliknya cuba memahami.
Dah sayangkan, kau terima sahajalah!

***

Walaupun aku tak setuju, tapi aku macam kena setuju. Damien sudah buat keputusan. Nampaknya, lepas ni aku akan tinggal dengan mertua mengganti tempat Kak Long.

Mampuslah!

Dah la Mama tak suka aku.

Aku cuba suarakan perihal mama tak suka aku pada Damien, namun dia tidak endahkan aku. Sebaliknya, dia nafikan sekerasnya dengan mengatakan bahawa aku yang terlampau sensitif!
Mana tak sensitif! Kau tak pernah kena jeling dengan mertua! Dia pandang aku pun, terasa sesuatu sangat!

"You serious nak pindah rumah mama?" Mana tahu dia ubah keputusan. Aku tanya Damien sekali lagi. Haraplah dia dah fikir dengan matang sebelum buat keputusan.

I'M NOT YOURS (BM)Where stories live. Discover now