41

44 4 0
                                    

Aku minta kebenaran Damien untuk keluar bersama Crystal minggu hadapan. Macam polis jugaklah dia soal siasat aku. Sedangkan aku cuma nak ke embassy dan selesaikan masalah visa. Sebenarnya bukan masalah besar pun, tapi biasalah pihak kedutaan sana...

"Lepas settle hal kat kedutaan tu?" Soal Damien. Sambil makan bihun goreng yang Bibi J masak, sambil pandang aku.
"Nak gi makan boleh?" Aku minta kebenaran. Dia pandang aku tak berkelip.
"Selasa, I pergi check up doktor," ujarku.

"Check up, okay nanti I teman," kata Damien.

"No need. Cryst can drive me anywhere," tambahku.
Damien diam.

"Dengan Crystal?" Soalnya. Aku senyap.
Dia mendengus. Nasib baik cuma kami berdua sahaja yang ada di meja makan pagi tu.

"You nak pergi check up dengan Crystal?" Soalnya.
Aku angguk. Tak ada masalah! Lagipun Crystal sentiasa ada kalau aku perlukan dia! Aku juga akan sentiasa ada kalau Crystal perlukan aku!

Aku dah berbaik dengan Crystal. Perkara yang lepas, janganlah kita ingat kembali.

"By; I know by tahu your boundaries...but, let's not give her any hopes or chances," katanya.
"By cakap dia ikut sekali pergi Turki pun abang dah tak senang duduk," kata Damien.

Giliran aku pula ketawa.

"Dulu abang jugak cakap kesian dia orang luar tak ada member, sekarang dah tarik balik ke?" Sindir aku. Damien mencubit pipi aku.

"Dulu abang ingat Cryst tu nak try abang, so abang tak kisahlah. Ni dia bukan nak try abang, dia nak try baby!" Damien berlaku jujur.
Aku rasa nak ketawa!
Kejap....

"Oooohhh, kalau dia try abang boleh~~dia try I tak boleh!" Ujarku memerli Damien. Damien nganga mulut, memikirkan kembali ayatnya sebentar tadi. Dia garu kepala.
"Bukan cemtu by," dia masih garu kepala, pening dengan ayat dia sendiri.

"Abang malam ni balik lambat sikit," katanya.
Aku pandang Damien. Nak jumpa bini kedua barangkali.
"Jumpa Maya?" Soalku. Dia geleng.

"You trust me right?" Soalnya. Aku pandang Damien. Ada sesuatu yang dia sedang sembunyikan dari aku.
"More than anything," balasku meyakinkan Damien.
Damien senyum.
"You'll just wait by, by selalu cakap.. Zoelle Mellissa tak pernah kalah, I...Damien Eskandar pun tak akan mengalah," katanya.

Aku terkebil-kebil, tak begitu faham dengan apa yang Damien cuba sampaikan.

"By, esok kita balik rumah ibu dengan ayah," ujarnya. Aku telan air liur.

MAMPUS!

***

Aku cuba rebus ubi kayu untuk makan dengan gula. Namun, yang lebih menarik ialah mama turut ada bersama aku.

Aku? Memang tak bercakap sebab terlampau kekok.

"Kak Ngah," mama panggil nama aku lembut.
"Ya," sahutku.
Mama pegang bahu aku dan mencapai tangan aku. Aku terkedu, namun ku biarkan sahaja perilaku mama.

Mama mengarahkan supaya aku teman dia duduk di laman belakang rumah. Aku akur sahaja. Usai duduk, mama capai tangan aku sekali lagi.
"Kak Ngah," panggilnya.

Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang, kalau tiada hal masakan mama cakap denganku. Aku bukannya mahu pesimik, tapi perbuatan mama sangatlah bertentangan dengan sikap dia yang sebelum ini.
"Puan Sri complaint yang Kak Ngah manja sangat sampai tak bagi Damien tidur dengan Maya," komen mama.

Aku sentap! Masa bila pulak!

"Oh..." balasku. Aku ketap bibir. Aduh, macam mana ni! Dah la mama berlembut dengan aku! Aku paling kesian kalau orang tua berlembut dengan aku.
"Nanti Kak Ngah mesej suruh dia balik rumah sana malam ni," ujarku. Mama tersenyum girang.

I'M NOT YOURS (BM)Where stories live. Discover now