45

53 3 0
                                    

Aku merengus dan mendengus. Muka aku memang tak puas hati. Aku ketap bibir sambil memeluk tubuh. Kemudian, aku hembus awning tudung.

"Why are you so cranky?" Soal Crystal melihat aku macam cacing kepanasan.
Mana taknya, aku sekarang bercampur baur. Ada marah. Ada tenang. Ada bengang.

"Damien lah. Lambat!" Balasku sambil duduk serba tak kena. Silang kaki rasa tak selesa, duduk elok rasa lemas!

"Janji what time?" Soalnya.

"5:30," balasku melihat jam pukul 5:32. Crystal melihat jam di telefon bimbitnya sebelum angkat kening ke arahku.
"Two minutes only and now you're getting all cranky!" Dia geleng. Aku mencebik. Tak peduli! Damien tetap lambat.

"Maybe something came up and he's a bit late," Crystal cuba menenangkan aku. Aku pandang Crystal tak berkutik sambil mengetap gigi.
"Must be his new wife!" Ujarku.

"You know Cryst, semalam I saw lipstick stain on his cloth!" Aku buka cerita. Crystal kelihatan bersedia mendengar aku.
Aku beralih ke arah Crystal.
"I even smell vanilla perfume! Which is not mine of course! You know I more to citrus smell right?" Aku meluahkan pada Crystal. Dia angguk kepala memandang aku.

"So that's why you're all cranky and grumpy today," dia buat kenyataan yang langsung tak relevan.
"Irrelevant! I bukan jenis cemburu buta tak ketahuan macam tu!" Komenku. Crystal angkat tangan ke atas dan pandang aku.

"You're being that way right now!" Katanya.

"No! I'm not!" Ujarku.

"You see, I tak kisah tau Damien nak kiss ke apa ke, but tengok keadaan lah!" Ujarku. Aku ketap gigi. Dah la semalam aku gaduh dengan ayah dan ibu! Damien pula sedap bermain asmara dengan bini baharu! Memang tak sabar tunggu aku berambus pun nak bermadu asmara!

"You gaduh dengan Damien ke?" Soal Crystal.

"More or less. We didn't talk," ujarku.
"You know my silent treatment!" Aku bangga dengan apa yang aku buat.

Crystal angkat kening.

"Really?" Soalnya.

"I didn't talk to him! I dengan dia tak okey!" Kataku.

"Pumpkin..." panggilnya. Aku berpeluk tubuh dan bersandar seraya menjeling Crystal dan buat isyarat apa.
"I saw you guys kissing yesterday," dia terus terang.
Aku senyap.
"Did I?" Aku cuba cover up dengan cara gaslighting Crystal. Dia tekup mulut, tak percaya dengan teknik cover up aku!

Ting tong.

"I think he's here," kata Crystal memandang pintu. Aku jegil mata dan segera bangkit dari terlentang di sofa berlari ke arah muka pintu.

***
"Ya lah, ya lah," Damien akhirnya mengalah apabila Maya berterus-terusan mendesaknya. Malas nak layan pujuk rayu Maya, akhirnya dia setuju untuk ambil Maya dari rumah mummy. Kemudian, dia akan ambil Zoelle pula dari rumah Crystal.

Siapa cakap isteri dua senang?

Sakit kepala kot!

Sudahnya, dia ikutkan sahaja rentak Maya. Berbanding dengan Zoelle, Maya lebih menyebabkan dia pening kepala.
Dengan Zolle pun pening sebab isteri yang satu itu cuma nak ikut rentak sendiri.
Tapi Maya kuat mengadu domba!

***
"I miss you," ujarku menerkam Damien macam harimau kelaparan menerkam mangsa. Damien menyambut pelukkan aku. Mana tak rindu! Semalam gaduh dua-dua kami ego, masing tak nak hantar pesanan dulu kepada satu sama lain. Semalam aku menunggu mesej Damien. Aku agak, dia juga begitu.

"I miss you too," bisiknya membalas pelukkan aku. Aku langut memandang Damien yang masih memeluk aku.

"I miss you three," usikku.

"I miss you four," dia membalas usikkan aku, tak mahu mengaku kalah.

"I miss you five six seven eight nine ten!" Balasku mengeratkan pelukkan. Damien letakkan hujung hidungnya pada hujung hidungku. Mata kami saling mendalami antara satu sama lain.

"Miss you one hundred," katanya. Aku memejamkan mata.
Baru semalaman tak jumpa, nanti kalau aku dah ada di Turki macam mana pula lah ya? Aku mengeratkan pelukkan sambil letakkan kepala di dada Damien.

"By," panggil Damien.
"Hmm," aku masih meletakkan kepala di dalam dakapannya. Sesekali tangan aku menguis baju kerja Damien. Damien senyap.

Pelik.

"Kenapa?" Soalku separa manja.

"Maya ada sekali. Dia tunggu dalam kereta," dan kata-kata itu cukup untuk membuatkan senyuman aku pudar.

***

Aku lihat Maya ada di tempat duduk hadapan.
Entah kenapa, angin cemburu mulai menjentik hati aku.

"Sit at the back with me," aku bisik pada Damien.
"Hmm?" Damien angkat kening. Dia pandang aku.
"Please abang," aku merengek. Dia memandang aku lalu angguk. Aku sengih gembira melihat Damien mengalah dengan aku. Aku dah agak, kalau guna senjata "abang" dia mesti akan tunduk dengan aku.

"Maya, you drive. I duduk belakang dengan Zoey," kata Damien. Wajah Maya berubah.
Dia pandang aku macam tak puas hati.

"Please Maya, I sakit kepala lah," ujarku merengek. Sebenarnya, sengaja nak sakitkan hati dia. Maya kemudian mengukir senyum.

"Okay, fine," jawabnya sebelum keluar dan masuk ke tempat pemandu. Damien buka pintu untuk aku masuk. Usai masuk, dia duduk di sebelah aku. Aku pura-pura pejam mata dan acah sakit kepala.
"I sakit kepala," ujarku pada Damien. Semetara aku merengek manja, Maya sedang memakai tali pinggang keledar untuk membawa kereta.

"Sakit kepala? Tadi okey je," balas Damien. Dia mendekatkan diri padaku. Aku terus lentokkan kepala di badan Damien, sengaja cari helah nak sakitkan hati Maya.
"Maybe I miss you too much," ujarku memeluk badan Damien. Damien mengelus lembut kepala aku.
Sesekali aku menjeling ke arah Maya.

EYE CONTACT!

Ya...aku berjaya buat eye contact dengan Maya apabila dia memandang cermin belakang. Aku senyum sinis, dia pula cepat-cepat pandang ke depan.
Zoelle Mellissa tak pernah kalah.
Kalau Damien nak kan aku, dia yang akan berusaha untuk aku.
Orang macam Maya kena ajar sikit supaya jangan cari pasal dengan seorang Zoelle Mellissa.
Sebenarnya, aku tak kisah langsung kalau dia menantu kesayangan mertua ke, anak kesayangan tan sri ke,
Sekali kau buat hal dengan Zoelle Mellissa, aku akan ajar kau sehalus mungkin.

Tit tit.
Ada mesej yang masuk. Damien masih membiarkan aku acah pening bersandar di bahunya. Aku lihat ada mesej dari Hera di skrin.

You're so selfish kakak.

Ayatnya mudah sahaja tapi cukup untuk buatkan aku ketap gigi . Dasar budak mentah tak ada impian! Apa yang dia tahu tentang cita-cita! Semuanya senang untuk Hera. Kalau waktu kecil dahulu, aku dipaksa tusyen sana sini belajar macam nak mati, dia pula senang-senang sahaja gagal dalam ujian.

Teruk kot ayah marah kalau aku tak bawa keputusan cemerlang.
Ibu dan ayah nak berapa A? Cakap je..aku boleh bagi.
Tapi, sekuat mana aku berusaha untuk menyinar pun, akhirnya aku akan tewas dengan kemanjaan adik juga.

Aku pegang perut.

"By, are you okay?" Prihatin Damien tanya aku. Cukup untuk bangkitkan api cemburu si pemandu di hadapan.
"Okay," balasku memejamkan mata.

Aku ketap bibir. Mungkin lah sebab aku rasa waktu kecil aku tak cukup dimanjakan, jadi orang macam Damien dan Crystal sentiasa ada tempat di hati aku.

Damien yang akan panggil aku "baby" sentiasa. Yang jarang nak melenting walaupun keputusanaku selalu mencabarnya. Damien yang selalu bertahan dengan perangai "walking red flag" aku.
Begitu juga Crystal. Pertama kali aku kenal Crystal dan cara dia layan aku dengan penuh kasih sayang.

Dug!
Maya tiba-tiba brek!

"Eh! Apahal you ni?!" Aku menjerit pada Maya. Dah la aku tak pakai seatbelt! Dia boleh pula brek mengejut. Nasib baik Damien peluk aku kuat.

"Ada motor!" Jawabnya.

Aku menjuihkan bibir tak puas hati dengan alasan. Damien segera menyuruh aku bertenang dan Maya berhati-hati.

"She's sengaja," aku berbisik pada Damien. Aku buat muka kasihan supaya Damien menangkan aku.

I'M NOT YOURS (BM)Where stories live. Discover now