Crystal muncul di rumah aku dengan selamba. Dia tunggu di luar sementara aku yang serba salah. Dah la dia tak bagitahu awal-awal. Waktu dia cakap yang dia nak ajak aku pergi main ice skating, dia dah on the way datang ke rumah aku.
Hujung minggu, aku dan Damien tak ada aktiviti. Mama dah pergi ke persatuan datin-datin sedangkan papa pergi main golf. Dania pula keluar dengan kawan-kawannya.
Tinggallah aku dengan Damien. Bibik J pulak cuti hari ini.
Awalnya aku ingat nak duduk rumah tengok movie dengan Damien. Tapi aku rasa, kalau dah berdua dengan Damien, bukan kami yang tengok movie, barangkali kami akan buat movie 18sx yang tak sesuai untuk tontonan umum. Memikirkan berdua dengan Damien, aku dah boleh agak benda itu akan berlaku.
"Sorry tak teman you tengok movie," ujarku. Aku sudahpun siap dalam masa sepuluh minit. Damien bersandar di sofa ruang tamu. Sementara tunggu Crystal sampai, Damien sempat menarik aku untuk duduk di atas ribanya.
"Wangi-wangi ni nak pergi dating mana?" Soalnya mencium baju aku. Aku bau pakaian aku. Tak adalah wangi sangat pun! Pelik...dah la dia cium dekat kawasan ketiak aku!? Perkara macam ni buatkan aku rasa pelik betul perangai Damien sejak kahwin dengan aku. Maksud aku, aku tak pernah terbayang untuk mana-mana manusia dalam bumi ini cuba cium ketiak aku dan cakap aku wangi. Gila kan!
"Wangi sikit je," balasku. Aku pandang wajah Damien."Merah sangat la lipstik baby," tegurnya. Aku pegang bibir. Merah sangat? Nak kena lap ke? Aduh. Tadi macam dah elok merah-merah. Kan dah kena tegur. Damien tidak semena-mena mencium bibirku. Aku sedikit terkejut dan terkebelakang, namun pantas dia memegang belakang kepalaku agar dapat mencium aku dengan senang.
Aku biarkan sahaja bibir kami bersentuhan. Kemudian, aku buka sedikit mulut apabila lidah Damien mula menyelongkar ruang mulutku.
Tercungap-cungap aku dibuatnya.Muka aku merona merah apabila Damien berhenti.
"Sekarang dah oke sikit," katanya. Aku tahan ketawa. Bibir Damien comot dengan kesan lipstik merah aku. Aku mencebik, terasa tangan gatal Damien mula menyelinap di bawah blaus yang aku pakai. Aku terasa geli, tapi malas nak tolak Damien. Dia senyum nakal. Sebelah tangan kanan Damien mencapai lengan aku, dan dia tolak sedikit lengan baju aku ke atas. Aku hanya biarkan perilaku Damien. Dia menggigit bahagian lengan aku sehingga berbekas. Aku tahan sahaja kesakitan itu.
"You're mine," ujarnya sebaik melihat kesan gigitan di tangan aku. Aku mencebik menyampah dengan perilaku Damien. Masih sahaja duduk di atas riba Damien, aku memberanikan diri untuk cuba gigit bahagian leher Damien. Dia tak menolak, sebaliknya membiarkan sahaja.
"Apa ni, vampire ke?" soalnya apabila aku berpuas hati dengan kesan gigitan di lehernya. Aku menyentuh kesan gigitan itu.
"Sakit tak?" soalku. Dia geleng. Damien kemudian merapatkan badan kami, terasa bahagian dada aku bergesel pada badannya.
"I kinda want more..." nakal dia mencuit hidungku dengan hujung jari. Aku memeluk leher Damien, kedengaran bunyi enjin kereta di luar rumah, beserta bunyi mesej baru masuk di telefon aku. Crystal barangkali dah sampai.
"Malam nanti," ujarku. Dia sepertinya berfikir sebelum anggukkan kepala.
***
Aku pegang kedua belah tangan Crystal sementara dia tarik aku bermain ice skating. Entah kenapa, susah betul untuk aku stabilkan badan agar dapat main dengan jayanya.
"Nak I let you go?" soalnya.
"No!" marahku, aku pegang tangan Crystal dengan kuat.
Masih ingat lagi ketika kami di Amerika. Waktu itu main ski pun sama jugak begini. Crystal dari mula sampai tamat kami main ski, langsung tak lepaskan tangan aku. Aku renung wajah kacukan China-Inggeris Crystal. Cantik orangnya. Alisnya lentik, wajahnya putih kemerah-merahan, sekali panang macam idola Kpop orangnya. Dia senyum menampakkan barisan gigi yang cantik, sebelum ajak aku berehat.
"It's been a while since I last feel this happy," katanya. Dia memandang ke arah kasut skating itu. Aku duduk di sebelah Crystal. Dengan memakai kasut macam ni, sebenarnya nak duduk pun susah! Aku diam sahaja. Jujur, aku cuba tak beri ruang kepada cinta lama. Aku mahu anggap Crystal macam seorang rakan, dan aku dah pun berubah ke jalan yang benar.
"Do you still remember back then when we used to skii?" soalnya. Aku angguk.
"It was fun," jawabku perlahan.
"How about next time kita gi Swiss untuk main skii?" soalnya. Aku senyap. Eh! Senangnya ajak aku. Switzerland pulak tu...Taktahulah sama ada dia ajak-ajak ayam ataupun dia benar-benar maksudkan ajakkan tersebut. Namun, mengenali Crystal hampir sepuluh dekad, aku tahu yang dia serius. Crystal takkan pernah tak maksudkan sebarang perancangannya.
"Swiss?" soalku. Dia angguk seraya ambil telefon.
"We can go skiing or maybe backpackers trip, which one do you like?" soalnya. Aku jadi terimbau kenangan lama di mana kami berdua pernah jadi backpackers melawat ke Eropah. Aku simpan wang biasiswa kot sebab nak pergi trip backpackers dengan Crystal dulu!
"Backpacking sound nice right?" katanya. Ya. Menarik. Lama dah tak mengembara secara backpacking macam tu.
"How about the upcoming semester break?" Soalnya. Soalan itu persis macam soalan dulu-dulu. Bezanya aku sekarang pensyarah, bukan lagi pelajar. Aku diam seketika."I..." aku serba salah melihat Crystal gembira lain macam. Wajahnya tampak teruja dan bahagia. Aku tahu, dalam kepala otak Crystal dia barangkali dah rancang pelbagai aktiviti untuk kami. Macam selalu dia buat waktu dahulu kala. Aku telan air liur.
"We're going to skii, eating croissant, english tea..." dia memberi cadangan.
"You loves croissant right my pumpkin!""Tapi I dah ada plan lain lah Crystal," balasku laju. Perlu tamatkan angan-angan Crystal serta merta. Wajah Crystal berubah kelat.
"Plan apa?" Soalnya."I nak pergi honeymoon dengan my husband," jawabku perlahan. Crystal senyap. Wajahnya berubah.
"Sorry. Lupa you got husband," katanya. Wajah ceria Crystal bertukar moody. Nampak sangat dia tak ceria macam tadi."Pergi mana?" Soalnya.
"Pulau Lang," balasku. Dia senyap sebelum angguk.
"Pumpkin....I thought you don't like islands, remember you used to hate riding on my yatch," katanya. Aku jadi teringat sewaktu kami muda, Crystal akan buat parti hari jadi untuk aku di atas kapal yatch milik keluarganya. Parti hari jadi itu tak ada tetamu pun, cuma ada kami berdua, kek dan movie sahaja. Kapal itu akan dikendalikan oleh pekerjanya, sambil kami menikmati masa bersama dalam boat dengan karaoke.
Aku ingat lagi aku pening sebab boat terapung dan muntah kerana mabuk laut.
"We'll go by plane," jawabku.
Dia mencebik."You're going to bring luggages and carry on baggage?" Soalnya. Aku angguk. Dah tentulah macam tu kan.
"That's so NOT YOU!" Komennya. Aku terdiam. Jujur cakap, aku lebih suka backpacking daripada kena tarik beg. Aku diam sahaja. Dah nama pun trip bulan madu, takkan aku nak ajak Damien jadi backpackers pulak! Kalau Damien tak kata apa, mesti mama yang akan kata dekat aku!
Remember!
Aku tak boleh buka ruang untuk mama kutuk aku!"Not me? Habis tu I macam mana?" Soalku, terasa ingin tahu bagaimana Crystal menilai aku.
"Sexy, free and single. That's how I used to describe you," katanya. Aku sengih sahaja. Ya lah! Interpertasi Crystal mungkin berbeza dengan orang lain. Seksi? Kat mana? Free? Barangkali sebab aku agak bebas dalam pemikiran? Single? Emm...mungkin sebab aku tak pernah bercinta dengan orang lain melainkan dengan Crystal.
Crystal, cinta pertama aku.
Cinta pertama aku yang turut membuatkan aku mulai sedar bahawa aku sebenarnya tak normal macam orang lain.
YOU ARE READING
I'M NOT YOURS (BM)
RomanceDemi "move on" dari cinta lama yang terlarang, Zoelle Mellisa terima sahaja pinangan Damien Eskandar. Walaupun dia dan lelaki itu cuma sekadar kenalan, namun janji lelaki itu buatkan Zoelle sedar, dia tak boleh lari dari fitrah dan agama. Damien pul...