38

64 5 3
                                    

Damien muntah-muntah apabila bau masakan udang sambal petai yang aku dan Bibi J masak. Entahlah kenapa.

Maya ada offer untuk tolong, tapi aku menolak dengan alasan aku lebih selesa masak sendiri. Namun, melihat masakan ala kampung, dia nampak macam tak berminat dah untuk membantu aku.

Mungkin dia tak reti!
Eh!
Tak baik prejudis!
Mungkin dia suka masakkan western.

Hari itu, pertama kali aku berbual dengan Maya.
Dia tak nampak menyakitkan hati, tapi tak nampak baik untuk dikatakan madu yang baik.

"Untung lah you, Damien sayang...semalam tidur bilik you," komennya. Aku angkat kening.
Cemburu ke macam mana ni!?

"Malam ni, I suruh Damien tidur bilik you," kataku berat.
"Thanks akak," dia bahaskan aku dengan panggilan akak walhal kami sebaya. Aku angkat kening sahaja. Bibi J senyap tak bercakap.

"Eh, Maya! Kalau you nak menyemak dekat sini, baik tak payah," komen Damien yang muncul dengan buah-buahan.
"Sayang!!!" Sapanya gedik. Berbulu mata aku melihat, namun Damien lekas-lekas ambil pisau pemotong buah.

"Nak mati ke?" Pisau itu di hala ke arah Maya. Lekas gadis itu beralih arah.

"Kalau you tak nak tolong, you naik atas lah! Semak," komen Damien. Kedengaran, Maya menghentak kaki tak puas hati sebelum berlalu pergi. Damien kemudian kejip mata ke arahku.

"Tu kalau mama nampak you buat menantu kesayangan dia..." aku buat isyarat potong leher guna tangan. Damien mencebik.

***
"Kak Maya okey?" Soal Dania apabila Maya hampir langgar bahunya.
Dia pun pening, nak panggil Kak Ngah, dia dah panggil Miss Zoey dengan gelaran itu.

Miss Zoey...
Kadang-kadang tersasul jugak! Mungkin sebab dia dah biasa panggil Miss Zoey, jadi panggilan itu melekat sukar diubah.

***

Makan malam keluarga hari itu dihadiri oleh semua orang. Mama, papa, abang dan kaklong serta Dania dan Daniel. Abah dengan ibu juga ada di situ.

Abah memandu datang, jadi...

Aku dan laki aku, Damien duduk setentang antara satu sama lain. Sesekali kakinya mencari betis aku, sampai tertendang kaki ibu. Aku tahan ketawa, ibu pula ingat Damien tak sengaja.

Semua orang hadir, kecuali madu aku Maya. Mama kata, Maya tak sedap badan, sebab tu dia tak hadir. Nama saja maya, tapi tak bermaya.

Hik. Kelakar pulak.
Macam word puns!!

Kejap...kejap....

Entah-entah dia mengandung! Bukan boleh harap laki aku ni.
Tapi takkanlah mengandung! Baru dua hari kahwin!

Damien cedokkan lauk dan letak dalam pinggan aku. Dia sengih. Aku kerutkan dahi, suruh dia segera berhenti apabila aku nampak ibu jeling kami!

Okey....

Jujur!

Aku tak kisah sangat pasal hal perkahwinan kedua Damien Eskandar... tapi sampai bila-bila pun aku takkan terima Maya dalam hidup aku walau macam mana Damien atau mama cuba pujuk aku untuk terima.

Tapi, Damien tak pernah pujuk aku untuk terima Maya dalam hidup kami pun. Dia takkan pujuk...
Dia ada agenda dia!

Aku tak marah Damien kerana kahwin dua. Dia ada hak untuk bahagia. Mama juga lebih suka Maya berbanding aku. Katanya, Maya lebih sesuai dengan Damien berbanding aku.

Tak kisahlah.

Lagipun, aku dan Damien cuma suami isteri atas kertas sahaja.
Bila fikir balik, memang hubungan kami mula atas kertas. Waktu aku terima Damien dulu, aku sign kertas kot. Aku bukannya terlalu mencintai dia.
Kami tak bercinta pun. Bertunang pun sekejap, tak sempat nak gaduh dah berbaik.

I'M NOT YOURS (BM)Where stories live. Discover now