Akhir-akhir ini aku sering sakit kepala. Kadang mimpi bergaduh dengan Damien. Sampaikan dalam mimpi pun aku termimpi-mimpi Damien.
Adakah aku dah mulai obses dengannya?
Ibu menjaga aku di rumah apartment milik Damien. Crystal setiap hari datang bawa makanan. Melihat dia berbual bahasa robot dengan ibu, aku rasa kemampuan Crystal berbahasa semakin meningkat dan bertambah baik.
Pagi itu matahari terik berbanding kebiasaan.
Entahlah. Dalam masa yang singkat, Crystal boleh petah berbicara dalam bahasa! Kenapa ya? Apa dia makan? Lajunya dia belajar.
"Okay, nanti ibu ambilkan kuih ya," jawab ibu. Aku pandang Crystal.
"Professor Kim still..." aku kekok. Crystal mungkin sudah maklumkan pada pihak Professor Kim mengenai keadaan aku. Dia beri aku masa. Betul-betul sihat baru buat keputusan.
"Pumpkin?" Panggilnya.
Crystal pandang aku. Wajahnya bersinar."Apa?" Soalku.
Crystal senyum mekar.
"Okay...okay," jawabnya ceria melihat aku memberi respon."Do you still want to go with me? Your visa got approved," katanya.
Aku diam memandang lampu pendaflour. Terbaring di katil membuatkan aku rasa penat. Sepatutnya, aku bersenam. Namun, sebab ibu layan aku macam puteri sakit, aku rileks betul.
Sebut sahaja nak makan apa, asalkan bukan makanan pantang, semuanya boleh.Tapi; aku bukan jenis yang meminta-minta.
Hera pula? Senang nak arah. Ambil macam-macam untuk aku.
Aku juga bukan jenis yang akan buka mulut arahkan dia!Crystal. Setiap hari datang bawa buah-buahan.
Suami aku? Barangkali dah melingkup dengan isteri nombor dua tercintanya! Mana tak bahagia? Halangan utama dia dah hilang! Anak pun mati, aku pun dah tak berguna lagi! Sekarang dia bebas untuk buat apa-apa sahaja dengan isteri baharu tercinta.
Maklumlah! Mereka pernah menjadi cinta pertama masing-masing!
Aku pula, sekadar watak perampas dalam drama cinta mereka! Ya lah kan! Aku lah terpaling jahat! Akulah terpaling ganggu orang! Akulah perampas! Yang buruk-buruk semuanya aku!"Cryst," panggilku.
"My husband didn't come to see me eh? Mana tahu, when I was asleep he did come," aku masih berharap. Crystal menggeleng. Aku kecewa mendapat jawapan dari Crystal.
"You don't remember?" Soalnya. Wajahnya bertukar suram. Apa benda yang aku tak ingat? Halah!
"He did left you a tons of mesej. You didn't replied," katanya.
Aku mencebik.
Ya.
Setiap hari dia mesej aku. Bertubi-tubi. Kadang-kadang sampai nak meletup telefon aku usai terima mesej darinya.Mesej dari Damien selamba betul.
Dah makan?
Selamat malam.
Selamat pagi.
Dah lunch?
Lunch apa?
Sedap?
Sihat?
Dah boleh bangun?
Nak apa-apa, nanti abang belikan.
I miss you.
I love you.Antara contoh mesej-mesej Damien yang tak berbalas. Yang aku pelik, daripada dia hantar mesej yang sudah pasti aku tak akan balas, adalah lebih baik dia datang ke rumah ini dan jumpa aku. Bercakap empat mata dengan aku.
Mungkin Damien tak nak jumpa empat mata. Bimbang kalau aku bangkitkan hal kami. Dan, buat gaduh!
Tapi sampai bila nak mengelak?
Sampai bila nak buat macam tak ada apa-apa jadi.
Tunggulah aku sihat sikit, aku akan laporkan Maya kepada pihak polis. Cubaan membunuh.
Bukan.
Tuduhan membunuh.
Dia dah bunuh anak aku."Damien mesej I tanya, fon you rosak ke? Kenapa bluetick tapi tak balas mesej," ujar Crystal.
Aku diam. Sengaja aku tak tutup bluetick supaya Damien tahu yang aku sebenarnya baca sahaja mesej dia.
![](https://img.wattpad.com/cover/317687495-288-k556913.jpg)
YOU ARE READING
I'M NOT YOURS (BM)
RomanceDemi "move on" dari cinta lama yang terlarang, Zoelle Mellisa terima sahaja pinangan Damien Eskandar. Walaupun dia dan lelaki itu cuma sekadar kenalan, namun janji lelaki itu buatkan Zoelle sedar, dia tak boleh lari dari fitrah dan agama. Damien pul...