Dua minggu berlalu dan aku satu khabar pun tak dengar dari Damien, tiba-tiba Kak Long mesej yang Damien dah kerja di syarikat bapa Maya!
Membelakangkan aku!
Ini dah melampau tahap gaban!
Perbuatan Damien umpama cari pasal!Oleh kerana luka dah sembuh, aku dah boleh bangkit berjalan seperti biasa, hari ini aku akan serang Damien dan tarik rambut dia dan pukul dia cukup-cukup.
Tapi, aku kena hati-hati sebab aku tak boleh buat pergerakkan yang melampau seperti tendangan 360 dan sebagainya.Usai pulang dari pejabat, Damien datang berjumpa aku.
Walaupun dia abaikan panggilan dan mesej aku, namun lepas dia tengok gambar pisau dengan emoji tengkorak dalam whatsapp, mustahil dia akan biarkan aku menggila sendirian."Baru nampak muka you! Eloklah! I pun dah sihat!" Marahku.
Aku berpeluk tubuh. Damien tersandar di sofa. Ibu dah pulang ke rumahnya, katanya ayah dah bising-bising. Baru dua tiga minggu jaga anak, ayah dah bising!
"Takpe, ibu baliklah. Kakak dah sihat," selamba sahaja ayat aku beritahu ibu. Hera yang mendengar aku cakap begitu terus yakinkan ibu yang aku dah kembali seperti normal.Apa? Selama ni aku tak normal ke!
Bila masa aku tak normal!
Aku memang macam ni!Ayah? Sekali pun tak jenguk aku! Buang saudara betul!
Adik beradik Damien? Entah hilang ke mana?
Semuanya hilang!
Lantaklah!Nasib aku ada Crystal.
"You dah sihat?" Soalnya. Dia mendekatkan diri dengan aku. Pantas, aku tolak Damien. Amboi! Nak melekat dengan aku pulak!
Hello! Aku tengah bengang ni!"Damien, I tell you! Kalau you nak cerai you jangan harap!" Ujarku.
"You dengan Maya won't be suka-suka di atas kedukaan I!" Tegasku.Damien memegang bahu aku. Tersentap aku dibuatnya. Dia pandang mata aku dalam-dalam.
"Apa!?" Balasku kasar.
Damien kemudian tiba-tiba memegang kedua belah pipi aku dan mengepitnya. Dah macam ikan tercungap-cungap aku dibuatnya.
Aku kerutkan dahi. Dia tiba-tiba peluk aku erat sampai aku rasa badan aku nak patah disebabkan pelukkan dia!
Gila! Nak bernafas pun susah!"I book tiket you pergi Turki sekarang jugak," katanya usai leraikan pelukkan. Aku berkerut memandang Damien.
"What are you doing?" Muka ku bertukar merah memandang Damien tak berkelip. Kau nak tolak aku ke mana lagi? Aku tarik nafas dalam-dalam!"15 Jun! Sampai kiamat I takkan lupa Maya bunuh anak I, cuba bunuh I!" Jerkahku.
"Baby!!!" Damien tinggi suara. Aku ketap gigi.
"Damien! Kita baru hilang anak kita 15 Jun lepas! Not even one month! Just a few weeks ago!!! Now you nak suruh I berambus dari hidup you!" Aku marah lalu bergerak ke ruang dapur.
"Agak-agak lah nak buang aku pun!" Hamburku.
"Seronoklah ada bini cinta pertama!" Marahku.
"Stop it Zoelle Mellissa, I penatlah. You sedar je you nak gaduh," katanya. Aku berkerut. Bila masa aku tak sedarkan diri.
Gila!
Dia yang pilih kasih! Tuduh aku cari gaduh! Siapa yang cari gaduh?!Aku pandang sekeliling. Terpandang kalendar di sisi.
Oktober.
Kejap.
Jantung aku berdegup laju. Kenapa Oktober? Salah kalendar ke ni! Sekarang kan bulan Jun, siapa pula salah letak kalendar Oktober.
Anak aku baru meninggal dunia.Ah!
Kepala aku sakit. Aku pegang kepala sambil nafasku mulai laju.
Jantung aku berdegup bagaikan nak meletup. Aku lihat Damien berkerut memandang aku."Baby," panggilnya mencapai aku. Aku memegang tangan Damien sebelah kiri.
"By, you okay?" Mukanya risau. Dia memandang aku. Aku geleng.
Aku capai telefon bimbit atas meja untuk melihat tarikh.
YOU ARE READING
I'M NOT YOURS (BM)
RomanceDemi "move on" dari cinta lama yang terlarang, Zoelle Mellisa terima sahaja pinangan Damien Eskandar. Walaupun dia dan lelaki itu cuma sekadar kenalan, namun janji lelaki itu buatkan Zoelle sedar, dia tak boleh lari dari fitrah dan agama. Damien pul...