59

41 3 0
                                    

Bella pandang Maya tak berkelip. Sambil menunjukkan cincin permata berharga setengah juta pemberian Damien, Maya minum kopi.

Keadaan di spa itu sungguh esklusif.
"Damien sure got money," bisik Bella membuatkan Maya tersenyum.
"Not his money. It's from investment company that he works with!" Maya terus terang.
"This is his money," ujar Maya sambil tayang cincin entah ke berapa kali.

"You're that happy?" Soal Bella. Dia ketap bibir, perangai Maya makin menjadi-jadi.

"Happy wife, happy life," balas Maya.

Dia senang hati. Madu dan pesaingnya sudah berambus ke Turki. Suaminya pula bekerja dengan papa dan memberikan fokus sepenuhnya terhadap dia! Semuanya berjalan lancar! Damien semakin sayang padanya, buktinya cincin pemberian Damien tersarung comel sahaja di jari manis.

"Damien gives you the ring?" Soal Bella.

"He feels bad he didn't touch me at all since we're married," jujur kata Maya. Dia tak rasa langsung untuk menyembunyikan hal dalam kain daripada Bella. Mulanya, dia sedikit kecewa, namun setelah tahu permata di jarinya bernilai setengah juta, dia jadi tak keruan gembira.

"Zoelle Mellissa dapat tak?" Bella lagi sibuk dari wartawan.
Maya geleng.
"You patut tengok muka iri hati dia!" Ujar Maya.

"I guess Damien loves me more!" Kata Maya.
"And now that she's gone, I can have all of his attention!" Ceria kata Maya. Sewaktu Zoelle mengandung dan depresi, Damien banyak habiskan masa dengan Zoelle! Dia seakan tak wujud dan hanya menumpang!
Andai kata Damien tahu bahawa dia penyebab Zoelle keguguran, mampus dia dibuatnya!

Tapi, Damien cakap sendiri!
Damien dah bosan dengan Zoelle!

"I ingat Damien cinta mati dengan wife dia," komen Bella.

Maya senyum sinis.

"Bella, wife dia gila! Lepas keguguran, wife dia jadi mental tau tak! Mana boleh tahan!" Sampuk Maya. Sewaktu Zoelle sakit berbulan-bulan; dia tahan sahaja perangai. Supaya Damien terpedaya, dia akur sahaja bila Zoelle dapat perhatian lebih. Mungkin itu punca Damien berlembut dengannya!

Bella angkat kening.

"You kan punca wife Damien jadi tak betul," sampuk Bella. Muka Maya berubah bengis. Dia mengetap gigi dan mencebik.
"Perlu ke cakap kuat-kuat? Kenapa tak buat pengunguman? Pakai loudspeaker!" Marah Maya.

***

Aku pandang ke arah Crystal sambil berpeluk tubuh. Syarikat yang dia bawa aku melawat ini ada beberapa orang pekerja sahaja. Dan, bilik yang dia tunjukkan pada aku merupakan bilik CEO syarikat,
Dalam erti kata lain, ruangan kerja Crystal.

C&D Investment.

Di pintu kayu bilik itu tertera nama CEO Zhang.
Cheif Executive Officer, Crystal Michella Zhang.

Aku pandang Crystal, sambil dia bercerita tentang apa yang patut aku buat.

"So, you nak I take over your current position?" Soalku setelah mendengar Crystal membebel selama 25minit tanpa henti. Mata Crystal berkelip-kelip sebelum dia angguk laju. Aku menarik nafas.

Posisi CEO. Syarikat pelaburan yang baru dia ambil alih.
Crystal nak aku ambil alih tugasan ketua di sini.

Aku cekak pinggang. Benda ini amat tersangat mustahil.
Ya, aku memang perlukan kerja sambilan! Tapi bukan sebagai CEO Syarikat pelaburan! Aku ada duit! Damien beri aku nafkah bulan-bulan!

"Cryst, jawatan ni tak sesuai dengan I," kataku tegas. Jawatan CEO ini langsung tak bertepatan dengan aku. Memang aku belajar Ekonomi dan Statistik, tapi aku tak reti nak urusankan syarikat.

I'M NOT YOURS (BM)Where stories live. Discover now