52

51 4 1
                                    

Flashback

Damien muncul di apartment kami lewat petang itu. Barangkali baru pulang dari kerja dan terus ke sini. Ibu menyuruh Damien masuk ke dalam bilik aku.
Aku lihat, di sisi Damien ada dua buah bagasi besar berisi baju.

Dia nak pindah sini ke?
Aku simpan harapan. Namun, harapan aku hancur apabila dia cakap yang baju-baju aku dia dah tolong kemas letak dalam beg. Gaya macam nak aku berhambus dari hidup dia.

Senangnya dia buang aku?!

Dah kenapa nak kemas baju-baju aku?!

Aku diam tak terucap sebarang kata. Sampai hati dia buang aku.

"Cryst cakap dengan I...visa you dah lulus. You sihat terus fly," katanya. Aku tersentap. Memanglah aku nak pergi Turki sangat-sangat. Tapi, gaya Damien macam ni buat aku tak rasa nak pergi pulak! Eh, sakit pula hati aku bila doa tampak macam merelakan pemergian aku ini.

Tak faham kan?
Korang tak faham.
Aku pun tak faham dengan diri sendiri.

Bila dia tak bagi pergi, aku bersungguh nak pergi. Sekarang dia dah bagi pergi, siap pakej tolong kemas beg, eh sakit pula hati aku nak pergi!

"You macam seronok je I nak pergi," aku guna sedikit kudrat untuk bangkit. Damien membantu aku.

"You yang excited nak pergi kan," dia cuba suluh pada aku. Aku senyap.

Aku senyap, mencebik. Lelaki kalau dia dah tak sayang memang aku pun dia tak nak tengok.

"You marahkan I sebab baby ke?" Soalku kasar, tak bertapis.
"Bukan rezeki kita," jawabnya. Aku merengus.

"Maya killed our baby," ujarku.

"Baby!" Dia berkerut seribu menandakan dia tak mahu dengar aku memfitnah Maya. Aku ketap gigi. Korang tahu Zoelle Mellissa takkan berundur kan?!

"Jangan nak salahkan orang lain kalau kita yang cuai," ayatnya menikam. Aku rasa sakit mendengar ayatnya, umpama hati aku dihiris dengan pisau dapur ibu.
Aku ambil bantal dan ketuk bahu Damien. Dia mengaduh seraya mengusap bahunya. Tak terjangka yang aku akan ketuk dia dengan bantal.

"I nak buat report polis," ujarku lalu cuba bangun. Aku akan bangkit, dan Damien yang akan hantar aku ke balai untuk buat aduan. Damien segera bangun.

"Can you stop this?" Marahnya. Aku pula tercengang.

"You nak pergi Turki, fine. You pergi. I izinkan. But you don't ever talk shit about Maya!" Katanya.
Aku nganga. Jadi, maksudnya dia izinkan aku pergi Turki, tapi aku tak boleh lapor pasal Maya.

"You want me to choose between Turki and the truth?" Aku mempersoalkan.

"Your truth is not truth thou," dia mencabar aku.
Aku kerutkan dahi.

"I trusted you Damien Eskandar. Back then when nobody trusted you agaisnt Maya, I'm the only one who stand by yourside!" Hamburku. Aku cuba bangkit, namun aku hanya boleh bangkit separuh badan sahaja.
"Back then you cakap you kena fitnah, I percaya you! But now you tak percaya I!" Hamburku.

"Macam mana I nak percaya you?" Soalnya
"You tuduh Maya bukan-bukan! Killing you know!" Kata Damien.

"Kenapa you tak percaya I?" Soalku pula. Aku tak faham. Aku dah serahkan semuanya pada Damien. Kenapa dia mempersoalkan kepercayaan aku?!

"You nak pergi Turki sebab Crystal kan?" Soalnya pula. Aku kerutkan dahi. Apa kaitan Crystal dalam cerita rumah tangga kami.
"Cryst tak ada kaitan!" Ujarku.

"Did you ever waver when Cryst come back?" Soalnya.
Aku ternganga. Soalan apakah ini.
"I did. Maya is my first love. I did waver when she said she still loved me!" Katanya.
"Crystal is your first love. Kalau you never wavered, you won't keep her next to you!"
Tegasnya.

I'M NOT YOURS (BM)Where stories live. Discover now