16

77 4 0
                                    

"Must you go to work? Tak cukup ke Damien je yang kerja?" Soal Mama. Aku yang sedang senduk bihun goreng ke dalam pinggan Damien tersentak. Papa awal lagi dah keluar bersarapan dengan klien berbangsa Cina. Dania menjeling aku dan Damien. Damien senyum tawar, segera tarik baju aku untuk duduk.

"Kak Long dulu lepas kahwin duduk rumah, jaga rumah," mama mula membandingkan aku dengan Kak Long. Aku jeling Damien. Di bawah meja makan, Damien memegang pergelangan tangan aku, berlagak tak ada apa-apa yang berlaku.

Mama masih tidak henti-henti bandingkan aku dengan Kak Long. Aku juga tak faham mengapa.

"Dah sudah makan?" Soalnya. Aku angguk. Kami berdua cepat-cepat mahu pergi kerja. Namun, mama lagi pantas tegur aku.

"Zoey nak pergi tu bawa Dania sekali, tak payah susahkan Damien nak hantar," ujar mama. Aku dan Damien sumpah nganga hilang kata. Akhirnya, aku akur sahaja dengan arahan mama. Damien pun ikut sahaja. Sebelum berangkat pergi kerja, aku salam dan cium tangan Damien walaupun perkara itu jarang aku buat. Mama asyik perhatikan gerak geri dan perilaku aku. Dia tenung sahaja. Jadi, sebelum Damien berangkat kerja, aku cium dan salam tangan Damien walaupun kali terakhir buat macam tu barangkali waktu akad nikah dulu, aku tak ingat.

"Jumpa malam ni," bisik Damien apabila aku cium tangannya. Aku angkat kening.
"See you," balasku.

***

Crystal pandang Branson tak puas hati. Dia muncungkan mulut apabila mereka tiba di hospital.
Selepas berjumpa dengan doktor, Crystal dinasihatkan agar lebih berhati-hati.

"Told you. I'm all better!" Ujar Crystal. Branson mengeluh.

"I just want the best for you Miss. It's not wrong if we take extra precautions!" Tegas Branson.
Crystal mendengus. Branson bercakap benar, namun jauh di sudut hati, dia sengaja marahkan Damien. Bekas pesakit kanser sepertinya sentiasa terdedah kepada kemungkinan sel kanser berulang.
Mereka kemudian berjalan ke lobi hospital. Seorang pemandu warganegara upahan menjemput mereka.

"We'll go to work," ujar Crystal.

"But Miss!" Branson mahu halang, namun jelingan maut Crystal mematikan niatnya.

***

Kata-kata ibu mertua aku pagi tadi cukup untuk buat aku terfikir sehingga kini.Berhenti kerja. Aku termenung di balkoni.

Petang tadi, selepas balik dari pejabat, aku lihat mama sedang minum kopi di dapur. Melihat aku terus pulang dan tekan air dari dispenser, dia tarik muka. Nampak sangat dia tak suka dengan setiap perilaku dan gerak geri aku dalam rumah besar tersebut.

Kau faham tak, kau boleh rasa yang mama tak suka kau balik kerja petang-petang kemudian tak tolong buat kerja rumah. Dan cara sarkastik mama itu cukup untuk buat aku tak selesa. Aku masih ingat sewaktu ibu aku bagi nasihat kepada orang kampung yang minta nasihat ibu dahulu.

Ibu mertua kita kena layan macam ibu sendiri.

Aku mendengus perlahan. Cuti semester semakin mendekat. Tempoh itu, aku dan Damien akan pergi bulan madu ke Langkawi. Sengaja aku pilih destinasi yang dekat supaya tak ganggu kerja Damien. Mungkin...lepas balik Langkawi aku boleh pertimbangkan pemohonan berhenti kerja dan duduk rumah. Gila!

Tak pernah terlintas dalam kotak fikiran aku untuk berhenti kerja supaya mama suka dengan aku.

Aku rasa pinggang aku dirangkul erat oleh Damien. Tak perasan yang dia dah pulang, Damien terus memeluk aku dari belakang.
"Eh, orang nampak lah!" Tolakku.
Mana taknya! Dekat balkoni kot! Kalau nampak dekat Bibi J yang barangkali keluar siram pokok di malam hari, kan malu tu!

Tapi kenapa pulak dia nak keluar siram pokok memalam ni?

"Jadi jomlah masuk," pintanya. Aku geleng. Aku masih mahu ambil angin di balkoni. Namun, Damien menarik aku ke dalam dakapannya. Dia memandang aku yang satu suku lebih rendah daripadanya.

Muka Damien menunjukkan yang dia sedang menggatal. Dia mencuit-cuit tubuh aku dengan hujung jari telunjuk sambil menjeling katil. Dah la balik kerja tak mandi lagi! Ada hati nak terus tidur.

"I penat lah hari ni, banyak assignment nak kena tengok. Boleh biul otak I ni," komenku.
Damien sengih.

"By, abang baru plan malam ni nak buat assignment sama-sama dengan by malam ni," bisiknya. Aku kerutkan dahi. Ada kerja apa yang dia nak buat dengan aku? Mama ada pesan suruh buat apa-apa ke? Papa ke pesan? Kenapa aku tak tahu pun? Damien memang bawa balik kerja pejabat ke rumah, ada benda yang dia nak pendapat aku ke?

"Assignment apa?" Soalku terkebil-kebil. Mungkin ada proposal baharu? Tapi, Damien sedang uruskan projek dengan Crystal. Mestilah ada pengarah lain yang akan uruskan projek baharu. Lagipun, kami dah nak cuti kot....aku pandang Damien terkebil-kebil, tunggu penjelasan.

Damien sengih. Dia dekatkan bibirnya ke telinga aku seraya berbisik;

"Assignment biology," bisiknya seksi dan nakal. Dia tersenyum menang melihat aku ketap gigi dan jegilkan mata padanya.
Damien sengih nakal. Aku kemudian mengekorinya masuk ke dalam bilik.

"Is everything okay at work?" Soalku. Damien angguk. Melihat dia leka melihat cermin, aku mengetap bibir.
"Crystal okey kerja dengan you?" Soalku berhati-hati. Damien angguk sahaja.

"She's a good leader, everyone likes her," ujarnya. Aku tersenyum sendiri. Crystal memang senang nak buat orang jatuh hati dengannya. Dia seorang extrovert yang mudah mesra dengan sesiapa. Tak pernah berubah dari dulu lagi.

"I'm so glad baby," katanya. Dia mengambil tempat di birai katil, duduk di sebelah aku.
"I can't imagine kalau by still masam muka dengan business partner kita. That's gonna be sucks," terus terang. Aku ketap bibir.

You shouldn't be glad thou...

"Tapi kan..." Damien pandang aku. Aku memandang Damien, menanti ayat yang akan keluar dari mulutnya.

"Abang rasa Crystal tu selalu tak sihat, I mean dia nampak macam tak sihat," ujarnya. Aku diam. Aku pun perasan badan Crystal agak susut, namun mungkin dia mahu kuruskan badan.
Damien menarik aku ke dalam dakapannya.

"Since she's all alone here, you should accompany her more. After all, she's your bestfriend. Tambah pulak, dia bukan orang sini," pesannya sambil mencium ubun-ubunku. Aku tak membalas permintaan Damien, sebaliknya aku mencapai tangan kanannya yang dibiarkan sementara sebelah lagi tangan bermain dengan rambutku.
Aku mengisi ruang antara jari jemari Damien dengan jari aku. Dia kemudian ketawa sahaja.

"Mandi dulu," katanya lalu masuk ke bilik air.
Tak lama; dia menjerit nama aku.

"Pass kan towel abang," pintanya. Aku ambil tuala Damien dan masuk ke dalam bilik air. Dah la tak kunci bilik air! Damien menjerit terkejut.
Pintu ditutup rapat olehku.

"Oi!" Tegur Damien. Aku sengih melihat badan Damien.

"I macam dengar you ajak I mandi sekali," balasku polos. Damien menarik aku ke arah air pancur.

I'M NOT YOURS (BM)Where stories live. Discover now