Laju. Sedar tak sedar dah tiga bulan kami bertunang dan sekarang aku dah sah jadi isteri Damien. Sebenarnya, nak kahwin ni banyak benda nak kena buat, tak semudah macam dalam novel yang pernah aku baca satu ketika dahulu. Tak realistik.
Biar aku senaraikan apa yang kena buat. Mula, kau kena ada surat kebenaran itu surat ini, kemudian kau kena buat banyak check up, sebelum urus persiapan majlis yang tidak terduga mahal dan banyaknya! Dan paling penting kursus dan segala benda dokumen yang perlu diselesaikan satu per satu!
Susah!
Siapa cakap senang!"Baby, lapar tak?" Soal Damien. Waktu makan beradab tadi, kami hanya makan sedikit sahaja. Aku makan sedikit sebab tak nak make up aku comot, dan terus terang aku tak lalu nak makan. Majlis perkahwinan kami sangat simple dan hanya jemput 200 orang sahaja! Walaupun ibu bertegas nak jemput satu kampung sampai ke kampung sebelah, tapi akhirnya dia akur.
Harap maklum, majlis kahwin aku bukan reunion keluarga atau sahabat lama. Bulan depan majlis pihak lelaki pula.
"Kau lapar ke?" Soalku.
Kami sudah siap tukar pakaian. Aku pakai baju jersey tangan panjang dan seluar, begitu juga Damien. Majlis kenduri di dewan sudah lama habis. Aku syak ibu sempat tapau lauk kenduri balik. Mesti ibu dan abah tak makan tadi sebab tak lalu kan! Hmmm.Aku masuk ke dapur, Damien dari tadi asyik ikut bontot aku. Maklumlah, pertama kali tidur sini. Waktu bertunang dulu dia singgah sahaja, kali ni terpaksa bermalam pula. Cakap pasal bertunang, waktu bertunang kami singkat, tak sempat bergaduh dah berbaik.
Sebenarnya, aku tak rasa pun yang kami bergaduh.
Ada gaduh ke?"Nasi tak ada! Megi nak?" Soalku.
"Kau lapar kan!" Kataku.Aku terdengar suara berdehem. Ibu. Mata ibu menjegil aku.
"Abang okey je makan megi," katanya memenangkan aku. Aku angkat kening."Zoey, jap lagi masuk bilik ibu dengan abah kejap," pesan ibu sebelum berlalu pergi. Aku angguk. Aku buat dua bungkus megi untuk aku dan Damien makan.
Megi kosong. Letak air dengan perencah. Sebab aku malas nak pecahkan telur!***
Maya melihat laman sosial rakan-rakan. Ramai yang memuat naik video kahwin Damien. Tak sangka. Sewaktu minta putus, Damien sudah bersedia untuk cari pengganti. Semua salah daddy sebab tak suka dengan Damien!
"Maya! Cepatlah mandi," satu suara lelaki menegurnya. Maya mendengus.
***
"Kenapa cakap aku kau dengan Damien?" Soalan ibu memang buatkan aku yang tak terfikir langsung jadi terfikir. Tak boleh ke aku nak guna panggilan yang selesa dengan Damien?
"Kenapa?" Soalku acah bodoh.
"Kan biadap kalau cakap macam tu," komen ibu.
"Damien tak kisah pun," balasku. Lagipun memang aku cakap "aku kau" dengan Damien. Waktu bertunang...
Waktu bertunang rasanya kami cakap aku engkau...
Ke Damien ada guna "I...you"?"Mana tau dia tak kisah?" Ibu marahkan aku. Aku garu kepala. Damien tak cakap pun yang dia tak suka, aku agak dia chill saja dengan apa yang aku panggil. Lagipun, Damien ikut sahaja apa yang aku buat dan rancangkan.
"Lepas ni tukar," kata ibu. Aku tak balas, barangkali ibu tak faham.
***
"Panas betul," komen Datin Zulaika. Dia masih lagi tak puas hati dengan pilihan anak lelaki keduanya. Selain tak sama taraf, dia dapat rasakan Zoey akan ingkar cakapnya. Lain dengan Kak Long yang lebih menurut, Zoelle Melissa nampak lebih tegas dan keras kepala.
Mana tidaknya, sewaktu rancang majlis perkahwinan, dia dan Zoelle macam berbalah sedikit. Berbalah bukannya apa, dia macam tak setuju dengan rancangan Zoelle. Anaknya pula, ikutkan sangat cakap si Zoelle.
YOU ARE READING
I'M NOT YOURS (BM)
RomanceDemi "move on" dari cinta lama yang terlarang, Zoelle Mellisa terima sahaja pinangan Damien Eskandar. Walaupun dia dan lelaki itu cuma sekadar kenalan, namun janji lelaki itu buatkan Zoelle sedar, dia tak boleh lari dari fitrah dan agama. Damien pul...