18

91 6 2
                                    

Sedar tak sedar dah dekat pukul 10 malam baru aku balik. Lepas kami main ice skating, kami pergi makan dan lepak di kafe hipster. Tak buat apa pun, saja ingat balik kenangan zaman belajar dahulu.

"Pumpkin," panggil Crystal, dia memandu kereta. Aku terhenti. Crystal pandang aku. Perlahan, dia mencapai tangan aku.
"Anything just roger me okay," katanya. Aku senyap. Aku menarik tangan aku yang dipegang oleh Crystal. Dia ucapkan sebaris sorry kepadaku. Aku senyap sahaja. Aku tarik tangan daripada Crystal. Dia kelihatan seperti terkejut.

"Masuk dulu," jawabku lalu segera masuk ke rumah.

***

Pucuk dicita ulam tak datang. Yang ada mama sedang acah baca surat khabar di waktu malam! Dia merenung aku yang baru masuk ke dalam rumah.

"Wah, awalnya balik!" Sembur mama. Aku telan air liur. Ibu mertua tu macam mak sendiri Zoey! Aku cuma minta maaf dan beri alasan bahawa jalan sesak ketika pulang tadi. Namun, mama macam tak peduli dengan alasan aku.

"Sepatutnya lah kan...awak dah jadi isteri orang, tak boleh nak keluar balik malam-malam macam ni," leternya. Aku senyap, merenung jam di tangan. 11:15 pm. Aku angguk.
"Sorry mama," balasku. Dia cekak pinggang.

"Perempuan, isteri orang, balik malam-malam. Tak elok! Apa jiran kata kalau diaorang nampak!" Leternya lagi. Aku diam. Nak kata jiran, rumah besar ni memang ada jiran, tapi jiran pun buat hal masing-masing, tak sempat nak menyibuk ambil tahu aku balik pukul berapa.
Aku diam. Mama terus berleter mengenai perihal aku balik lewat. Aku diam, padahal semuanya umpama masuk telinga kiri keluar telinga kanan sahaja.

"Dengar tak!" Tegas mama. Aku angguk.

"Lain kali, Kak Ngah tak buat lagi," balasku. Walaupun kekok, aku cuba bahaskan diri dengan gelaran Kak Ngah. Aku tak terbiasa dipanggil dengan nama gelaran. Aku kemudian terus naik ke bilik.

Mama masih sahaja di bawah. Melihat dia sambung duduk di sofa, aku pecut lari masuk ke dalam bilik.

***

Aku syak Damien pura-pura tidur. Bukan dia nak selamatkan aku dari kena marah dengan mama! Ei! Boleh pulak dia buat-buat tidur mati atas katil. Aku mendekati Damien.

"Dah tidur ke?" Soalku namun tak berbalas. Tapi dia masih balas dengan bunyi dengkuran yang cukup tiber!

"Dah tidur ke?" Soalku sekali lagi. Kali ini, aku mendekati Damien. Wajah kacak itu tampak tenang sahaja. Dah tidur ke ni! Eiii...dah la aku kena marah tadi! Sedangkan aku dah cakap kot dengan Damien yang aku akan pulang sedikit lewat.
Aku cuba cucuk belakang Damien dengan hujung jari namun tak berjaya sebab dia acah tak nak bangun.

Aku menghembus nafas di telinganya, namun dia masih lagi acah tengah tidur. Geramnya! Aku tengok cara dia ketap gigi pun dah tahu yang Damien tak tidur! Barangkali waktu mama tengah marahkan aku, dia tengah jadi penonton dari tingkat atas.
Jadi, aku mencium belakang telinga Damien, kawasan paling sensetif bagi seorang Damien Eskandar.

Macam mana aku tahu? Memang lah aku tahu sebab aku isteri dia!

"Tadi I kena marah dengan mama sebab balik lambat," rungutku. Dia berdengkur semakin kuat! Geram pulak aku dibuatnya! Tunggu kau...

"You dengar tak ni..." omelku. Damien masih senyap. Geramnya aku!!!!
Aku kemudian bergerak ke almari pakaian. Aku ambil satu kotak khas yang ada dalam almari baju.

Kotak berisi lingerie itu dikeluarkan. Aku keluarkan dua helai lingerie, satu merah terang dengan pattern lace rama-rama, manakala satu lagi lingerie satin putih. Aku pun tak sedar masa bila aku terbeli benda alah ni. Barangkali waktu sale online! Gasaklah.

I'M NOT YOURS (BM)Where stories live. Discover now