"So what do you think?" Aku menyoal Damien. Petang itu, aku menelefon Damien setelah dua hari kami tak bersua muka disebabkan aku terlampau sibuk. Aku menunjukkan bantal peluk yang memakai sweater Damien. Damien ketawa besar melihat bahagian bulat sweater itu menjadi kepalanya.
"I should print your face and stick it here," komenku sambil tunjuk kepada lebihan bantal di bahagian kepala sweater. Nampak bodoh la pulak tengok sweater yang dipakai oleh bantal peluk.
Ni kalau aku print muka Damien tampal kat sini, at least tak adalah bogel sangat bahagian bantal ni."By," panggilnya.
"Hm!?" Soalku.
"Rindu you dah parah ni," komen Damien. Aku mencebik.
"Mana tak parah. You lain lah. Ada Maya. I ada bantal je! Sebab tu you tak rindu I sangat kan," gumamku. Aku mencebik. Katanya nak ceraikan Maya, tapi aku tengok makin bahagia! Tapi tak apa. Damien cakap aku kena percaya dia! Aku percaya dia dulu, lepas aku settle hal dengan Crystal yang entah ke mana hilangnya petang ini, aku tenang sikit, aku akan comeback stronger.
Kali tu, baru Maya tu tahu siapa menang siapa kalah."Abang..." panggilku lembut.
"You bagi diaomond ring dekat Maya kenapa tak bagitau I?" Soalku apabila kami berdua agak tenang.
Damien senyap membisu. Aku tarik nafas dan cuba bertenang. Dah lama aku pendam, hari ni aku nak "tembak" Damien.
"I know it's yours, but...that's expensive," ujarku.
Damien senyum pahit."Well, dia buat kita macam-macam by. I'm not that bad. At least she had something to pawn when the times come," ujar Damien. Aku pula terkedu.
Memanglah Maya dah fitnah Damien, tolak aku jatuh tangga, bunuh anak kami, penyebab aku depresi meroyan.
Tapi, apa yang Damien rancangkan tanpa pengetahuan aku kedengaran menakutkan. Buktinya, bulu roma aku mencanak naik.Mungkin, ada sisi gelap Damien yang dia tak mahu aku tahu sampaikan aku ditinggalkannya di negara asing ini.
Aku telan air liur. Apa rancangan Damien? Aku tak pasti. Fikiran aku melayang."By, how's work?" Soalnya.
"Tiring," jawabku.
"But manageable," tambahku agar Damien tak risau."Any updates?" Soalnya.
Aku diam seketika. Kami merupakan syarikat pelaburan. Sudah menjadi satu kewajipan yang aku tak berkongsi intel dengan orang luar. Tapi, Damien orang luar ke? Dia suami aku kot! Tak..rahsia syarikat! Walaupun makan sepinggan, tidur sebantal, aku tak sepatutnya berkongsi maklumat syarikat dengan orang lain.
"Can't tell," jawabku. Wajah Damien berubah berkerut.
"You see, I need to respect our company policy," balasku.
"Tapi abang..." Damien mahu meneruskan dan aku buat isyarat diam. Damien terkebil-kebil."I love you," ujarku memotong Damien.
****
Damien mendengus. Seperti kebiasaan bagi seorang Zoelle Mellissa. Semuanya berkisar mengenai dia dan tak peduli langsung dengan orang lain.
"Tapi abang co-owner syarikat you," belum sempat Damien jelaskan dia dah memotong. Bukannya Damien tak pernah cakap sebelum ini, namun gadisnya itu lebih kepada tak ambil port dan tak mahu peduli.
Damien mendengus. Nantilah dia bangkitkan kembali. Dia ada hal dan misi yang lebih penting!
Dia kemudian keluar dari kereta membawa dua cawan kopi untuk penyambut tetamu spa Maya yang semalam kena maki."Tuan Damien!" Sambut Siti dan Delima ceria.
"Here's coffee for each of you,"hulur Damien dengan senyuman manis. Siti dan Delima berpandangan sambil tersengih-sengih. Rezeki jangan di tolak, maut jangan sesekali cari.
"Sorry sebab sembang dengan saya semalam you all kena marah," Damien atur ayat.
"Takpe Tuan! Tuan pun boss kami jugak!" Ceria kata Delima walhal yang kena hamun semalam Siti.
"Siti," panggil Damien.
YOU ARE READING
I'M NOT YOURS (BM)
RomanceDemi "move on" dari cinta lama yang terlarang, Zoelle Mellisa terima sahaja pinangan Damien Eskandar. Walaupun dia dan lelaki itu cuma sekadar kenalan, namun janji lelaki itu buatkan Zoelle sedar, dia tak boleh lari dari fitrah dan agama. Damien pul...