Hari minggu yang aku tunggu-tunggu jelas buatkan mood aku ke laut. Sepatutnya kami akan pulang ke rumah kami. Tapi, Damien bawa aku balik rumah ibu dan ayah.
Dan melihat ada banyak-banyak kasut, jelas ada orang datang ke rumah.Selepas Damien beri salam, ibu muncul dengan ceria. Apabila kami masuk ke dalam rumah, Damien sempat bersalam dengan tetamu. Aku ikut ibu ke dapur, sementara Damien dipanggil oleh ayah untuk duduk dengan tetamu.
"Siapa yang datang tu?" Soalku. Ibu sibuk menyediakan hidangan makanan, sambut menantu lah kononnya.
"Pak Cik Hud," jawab ibu.Aku diam. Segera menolong ibu bancuh air.
"Kenapa?" Soalku.
"Dia kahwin dekat Siam tanpa pengetahuan bini tua. Lepas tu tanya ayah macam mana nak buat, prosedur apa nak buat..." jawab ibu. Hal ini sangat biasa bagi ibu dan ayah.
Tidak bagi aku."Bini tua dia izin ke dia kahwin baru?" Soalku.
"Kalau izin, tak kahwin lah dekat Siam," jawab ibu. Aku diam. Bukan kali pertama orang yang ada masalah kahwin di Siam datang rujuk ayah.
Terus terang, aku tak suka ayah dan ibu membantu mereka. Menyusahkan. Aku tak faham kenapa ayah dan ibu kena bantu orang yang tak ada adab macam tu! Katanya nak bina masjid! Habis, masjid dengan isteri pertama macam mana?
"Tu, ayah nak tolong ke?" Soalku menjuih bibir.
"Ayah kamu kan memang..." ujar ibu separuh. Tak perlu dijelaskan. Aku tahu. Ayah memang terpaling menerima poligami. Bahkan, ramai orang kampung jadikan ayah pakar rujuk bab hal ini. Kahwin di Siam, cara-cara bagaimana nak halalkan hubungan itu di Malaysia, memang ayah tahu. Bahkan, ada yang sampai minta ayah ikut mereka ke Siam untuk jadi saksi.
Menggunakan alasan "bina masjid" dan menolak hubungan haram, ayah ikut sahaja.Kata ayah, baik kahwinkan dari biarkan mereka berzina!
Tidak bagi aku.
Aku adalah orang yang betul-betul tak suka poligami. Aku tahu, poligami boleh dalam agamaku. Untuk orang lain, terserahlah kalau nak berpoligami! Tapi, jangan dengan aku!
Aku menjeling, dengar tawa Damien pula. Apa yang kelakar aku tak tahu!"Apa perancangan kakak lepas ni? Kata nak berhenti kerja..." ayat ibu ada unsur kecewa. Manakan tidak, anak yang di beri pendidikan peringkat Sarjana tiba-tiba nak berhenti kerja.
Tapi, aku bukan berhenti kerja saja-saja. Wang simpanan aku dah lebih dari cukup untuk tampung aku sambung buat PhD! Lagipun, sekarang makan pakai tempat tinggal, laki aku yang sara! Duit aku untuk aku, manakala duit laki aku untuk kami! Aku bebas buat apa sahaja dengan duit hasil titik peluh aku."Ingat nak sambung PhD. Tapi, entah...takde jawapan pun," balasku.
"Dah mohon ke?" Soalnya. Aku angkat kening. Malas lah aku nak bagitahu sekarang, nanti bising pulak!Ibu pandang aku tak berkelip.
Ibu tiba-tiba pegang perut aku. Terkejut aku dibuatnya. Hampir sahaja aku melatah.
"Bila nak ada isi ni?" Soalnya.
Ini satu lagi! Kenapa ya, orang lepas kahwin kena cepat-cepat mengandung? Aku tak faham! Kahwin ni bukan sebab untuk buat anak semata! Bukan sebab nafsu dan nak menambahkan populasi rakyat semata! Aku dan Damien pun tak tergesa-gesa nak dapatkan anak, ibu pula yang lebih-lebih.
"Kalau ada isi kan susah nak sambung belajar," jujur desis hatiku. Tapi, tak berani aku suarakan pada ibu.
"Nanti ada rezeki, adalah," jawabku klise."Kakak ada makan ubat ke? Tak baik tau makan pil cegah apa semua tu," komen ibu, macam tahu-tahu sahaja aku. Aku diam. Aku bukan sekadar makan ubat, bahkan Damien pun aku suruh ambil langkah-langkah pencegahan! Aku telan air liur, pahit.
Takkan nak tipu ibu! Dia lagi kenal aku berbanding aku. Soalan ibu tidak aku jawab.Aku cuba elakkan diri daripada disentuh oleh ibu. Melihat ibu pandang aku harapkan jawapan, aku angkat kening dan tersengih.
"Nanti ada rezeki, ada.." jawabku seikhlas mungkin! Gila! Semua benda nak kena jawab!Tak faham betul dengan pemikiran orang-orang. Kalau tak kahwin; ditanya bila nak kahwin! Bila dah kahwin; soalannya bila nak ada anak!
Eh! Lain orang lain lah perancangan dia! Hidup ni bukan sekadar kahwin dan beranak! Macam-macam lagi boleh buat!***
"Aunty!" Sapa Maya sebaik ternampak Datin Zulaika di butik Gucai.
Datin Zulaika tersenyum besar melihat gadis yang pernah jadi calon menantunya."Miss you," kata Maya memeluknya. Maya dah tak peduli dengan pekerja butik, dia sebaliknya terus berbual dengan Datin Zulaika.
Mereka berbual tentang banyak hal. Keadaan syarikat dan Damien.
"Sorry sebab Damien," Datin Zulaika minta maaf. Maya ketap gigi, terus terang dia bengang dengan Damien yang tak berusaha mempertahankan cinta mereka. Alasan Damien, keluarga tak restu, mereka tak sefahaman!
Tapi, Maya tahu yang Datin Zulaika lebih merestui hubungan mereka berbanding hubungan dia dengan isteri baru yang entah dari mana dia kutip."Terus terang, aunty terkilan sangat tak dapat Maya jadi menantu Aunty," sambil merancang makan malam, Datin Zulaika menyelit.
"Tak da jodoh aunty, Damien dapat yang lebih bagus," Maya merendah diri.
"Apa nya Maya...entah budak kampung mana dia kutip!" Datin Zulaika menggerutu.
Maya senyum sinis.Menarik.
Mak mertua tak suka.
Macam mana kau nak bertahan?***
Crystal pandang telefon lama. Seminggu! Seminggu sudah Zoey masih belum balas mesej dia. Marah kah?"Branson!" Panggil Crystal. Branson kemudian muncul di pintu bilik.
"I want to meet Zoey," kata Crystal.
"Kalau boleh secara kebetulan," tambah Crystal.Branson mendengus. Kebetulan? Tak ada maknanya kebetulan...
Kebetulan yang dirancang!
Macam mana Crystal boleh datang ke Malaysia dan betul-betul kerja dengan Damien...
Semua itu kebetulan yang Branson rancang atas arahan Crystal."She's not home," ujar Branson, melihat mesej. Dia sendiri yang upah orang ikut Zoey dan Damien Eskandar.
"Did they go honeymoon? It's not even semester break!" Crystal marah.
"No...balik kampung," ujar Branson. Itu yang informer beritahu padanya."Kampung..." Crystal tersenyum sendiri.
Dahulu, dia masih ingat bagaimana Zoelle Mellissa ambil keputusan untuk tidak pulang ke Malaysia. Sebelum hal Crystal ghosting dia begitu sahaja! Zoelle mempunyai pemikiran yang bercanggah! Dia tak suka gaya hidup ibu bapanya terapkan dalam kehidupan dia.
Crystal senyum.
Zoelle yang cita-cita nak tinggalkan kampung deminya pulang ke kampung?!
"She's never fit there," komen Crystal."But; that's her family house!" Kata Branson, dia pun tak faham dengan Crystal.
"Her ways of thinking are different compared to her traditional parents," kata Crystal yakin.
***
Usai makan malam, kami masuk ke bilik. Damien menceritakan kisah Pak Cik Hud. Bagaimana dia boleh sampai ke Siam untuk menikahi wanita yang dia terjumpa lewat media sosial. Damien turut bercerita proses yang perlu di ambil untuk daftar kahwin mereka di Malaysia.
Dia turut memuji ayah. Katanya, ayah banyak beri nasihat kepada Pak Cik Hud.
Nasihat bergunalah! Sebenarnya, aku rasa tak adil untuk ayah tolong Pak Cik Hud. Dah jelas terang lagi bersuluh, dia kahwin dekat Siam tanpa kerelaan isteri pertamanya!
"By, what do you think about poligamy?" Soal Damien. Dia duduk di birai katil. Aku senyap sahaja sambil menyusun baju dalam almari kayu. Tak tahu soalan dia nak tempah maut atau sekadar pertanyaan sebab dia ingin tahu. Tapi, Damien harus sedar akan satu perkara!
Soalan sensetif macam ni, boleh buatkan dia tidur di luar malam ni kalau kami dekat "rumah kami".
"Tak kisah jeerrr," balasku acuh tak acuh.
"Tapi bukan dengan laki I lah!!!!" tambahku tegas membuatkan Damien ketawa besar.
YOU ARE READING
I'M NOT YOURS (BM)
Roman d'amourDemi "move on" dari cinta lama yang terlarang, Zoelle Mellisa terima sahaja pinangan Damien Eskandar. Walaupun dia dan lelaki itu cuma sekadar kenalan, namun janji lelaki itu buatkan Zoelle sedar, dia tak boleh lari dari fitrah dan agama. Damien pul...