Usai Crystal dengan terapi, Brianna segera menaip sesuatu dalam telefon. Melihat dia keluar duduk di atas kerusi roda ditolak oleh jururawat mendatangkan perasaan yang bercampur baur untuk aku.
Dia tampak pucat dan penat. Bahkan, wajahnya lebih pucat berbanding waktu mula-mula kami sampai di hospital tadi. Dia cuba tersenyum ke arahku.
"Jom balik," ajaknya dengan suara perlahan. Sekarang, cuma ada satu soalan bermain di benak aku. Adakah Crystal okey? Namun, dengan mata kepala aku sendiri, aku mempunyai jawapan bagi persoalan aku sebentar tadi.
Tak. Crystal tak okey.
Dia nampak lebih sakit daripada sebelumnya.Aku menolak kerusi roda Crystal. Dia langsung tak bunyikan suara.
***
Damien menghulurkan borang itu kepada lelaki yang memakai sarung tangan hitam. Damien tampak cukup tenang sahaja.
Bayang lelaki itu kelihatan dari belakang sahaja."So, lepas raid dan geledah, apa kau nak buat?" Soal lelaki itu dengan suara yang cukup husky dan seksi.
Danien tampak tenang seperti air mengalir, cukup sukar untuk menduga langkah yang seterusnya.
Damien tak membalas, dia sekadar senyum. But masa ini, rancangan satu perlu berjaya dahulu sebelum atur langkah berikutnya.***
Aku mengusap belakang Crystal. Setelah sampai ke rumah, dia terus muntah-muntah akibat kesan sampingan kimoterapi. Aku melutut di sisi Crystal yang tampak kepenatan dan pucat lesi itu.
Dia muntah bersama linangan air mata. Kepenatan, dia akhirnya duduk melutut di tandas. Dia pandang aku.
"Pumpkin, I don't want to do this anymore," lelah dia memberitahu aku dalam tangisan. Aku mengusap belakang Crystal. Kalau aku tahu dia akan jadi begini, harusnya aku fikir ribuan kali sebelum menyuruh dan memujuj dia teruskan rawatan.
Aku mengusap belakang Crystal lalu memeluknya."I penat," bisiknya.
"Everything gonna be fine Cryst, remember...I'm here,"ujarku memeluknya erat. Dia mual sekali lagi sebelum menolak aku untuk muntah. Aku mengusap-usap belakangnya.
***
Malam itu, aku menelefon Damien seperti kebiasaan. Namun, setelah bertanya khabar, aku terdiam.
"Baby," panggilnya.
Emosi aku memuncak usai perkataan "baby" keluar dari mulut Damien. Aku menyorok bawah bantal dan mendengus perlahan sebelum air mata merembes keluar.
"Hari ni I teman Cryst pergi kimo," ujarku.
"She's so sick that I tak sampai hati nak tengok dia macam tu abang," ujarku.
"She's so brittle, she's so pucat..." aku mulai teresak-esak apabila menceritakan.Damien diam mendengar.
"I'm so bad for asking her to do it!" Ujarku.
"Everything I did was wrong," tambahku kesedihan.
Aku mengusap air mata lalu memegang perutku yang terasa "kehilangan".
"And I miss our baby," tambahku. Esakkan makin teruk, nafas terasa tersekat dan aku rasa tak boleh bernafas secara normal.
"By...by..." Damien memanggil aku. Jelas kerisauan dalam nada suaranya.
"I miss you. I need you,"rengek aku dalam tangisan.
"By, tarik nafas..." Damien beri arahan. Aku patuh, namun usai aku hembuskan nafas, emosi yang bertakung semakin parah. Tangisan makin kuat dan aku tersedu-sedu memanggil suamiku.
"I nak you," aku hamburkan apa yang terbuku. Damien mendengus. Dia kedengaran risau di hujung telefon sana.
Aku makin teresak-esak di telefon.
"I need you." Rengekku.
YOU ARE READING
I'M NOT YOURS (BM)
RomanceDemi "move on" dari cinta lama yang terlarang, Zoelle Mellisa terima sahaja pinangan Damien Eskandar. Walaupun dia dan lelaki itu cuma sekadar kenalan, namun janji lelaki itu buatkan Zoelle sedar, dia tak boleh lari dari fitrah dan agama. Damien pul...