Seattle, 2000X
Aku bangun pagi melihat luar jendela. Rumah sewa aku dan Crystal dua tingkat. Bersama kami, ada seorang pelajar warga Uganda, Rose dan seorang lagi budak Jepun, Hanae. Esok! Esok hari kami berempat bergraduasi! Aku akan dapat gelaran Sarjana dan aku akan tamatkan pengajian.
Kami tinggal di rumah itu empat orang. Asalnya berlima. Salah seorang budak tempatan, namanya Sophie. Namun; dia dihalau oleh Crystal setelah seminggu tinggal di rumah sewa kami. Mereka bergaduh mulut, habis keluar perkataan mencarut macam dalam drama orang putih.
Punca pergaduhan mereka ialah, Si Sophie itu beli daging babi dan arak dan letak dalam peti ais rumah sedangkan Crystal dah cakap awal-awal yang mereka kena hormat aku sebagai muslim dalam rumah tersebut."You fucking mental! I fucking told you! There's no fucking pork or beer in this house! If you can't compile to my rules, you get the fuck out from here!" Jeritnya. Maki Crystal itu disambut bengis oleh Sophie. Dia menjeling aku, mengatakan bahawa agama aku sebenarnya pembohongan semata-mata. Bahkan, Sophie hampir dapat tarik tudung aku namun diselamatkan oleh Rose.
"Get lost you nigga!" Marahnya pada Rose. Hampir ternganga perempuan itu.
"Stupid white-girl!" Marah Rose apabila dia yang berkulit hitam turut dimaki. Aku betulkan tudung. Ku lihat Crystal dah hilang.
"You guys asian are fucking losers!" Marahnya menyambut ketidakpuasan hati Hanae.
Sophie. Gadis orang putih dengan rambut blonde dan kulit putih. Orang putih yang betul-betul orang putih, bukannya kacukkan macam Crystal. Chinese American atau nama timangan mereka ABC- american born chinese!
Hanae memandang Rose dan aku silih ganti.
"She's mental!" Kata Hanae."Sophie, calm down. We can talk," kataku cuba tenangkan.
"You!" Dia hala jari tengah padaku menunjuk ke arah aku. Sebenarnya dia boleh sahaja pakai jari telunjuk, tapi dia pilih untuk tunjuk aku dengan jari tengah.
"Mother-Fucking terrorist!" Hamburnya membuatkan aku ternganga.Seriuslah? Aku? Terrorist? Aku nganga mulut. Gila lah orang putih islamphobic ni! Aku pandang Hanae. Rose mencebik.
"Shut the fuck up and get lost!" Jerit Crystal dari tangga dan membaling luggage bag kepunyaan Sophie. Tergolek beg itu jatuh sebelum Sophie mengutipnya. Usai kutip beg, dia terus keluar dan menghempas pintu membuatkan kami empat orang tercengang.
Begitu cerita ringkas bagaimana kami boleh jadi rakan rumah sewa berempat.
Aku tak tinggal di asrama kerana kuota terhad. Lagipun, pelajar sarjana kebanyakkan tak boleh tinggal dengan pelajar ijazah. Yuran asrama lagi mahal dari sewa rumah!Aku melihat ke ruang luar jendela. Pokok epal dah berbuah. Kejap lagi, aku nak turun petik beberapa biji buah epal.
Esok hari graduasi. Aku belum beritahu ibu atau ayah yang aku akan terus menetap di bumi USA ini. Cadangnya, aku akan cakap dengan mereka minggu depan. Lepas ini, aku akan mohon kerakyatan dan terus tinggal di sini bersama Crystal.
Aku senyum. Kerana Crystal sukakan pantai California, kami akan bertolak dari Seattle ke California. Tiket tak beli lagi.
Tak apalah. Graduasi dulu! Yang lain nanti fikir.Aku melihat langit cerah! Langit begini sesuai kalau aku ajak Crystal pergi piknik.
Aku berlari ke bilik Crystal."Cryst!" Panggilku.
Aku ketuk pintu bilik Crystal berkali-kali. Tak dibuka.
"Cryst, I go in okay?!!" Laungku.Perlahan, aku buka pintu bilik Crystal. Kosong. Malahan, cadarnya juga kosong. Hari basuh baju ke? Tak kisahlah. Aku berlari turun, melihat Rose dan Hanae sedang makan roti dan jem strawberry.
YOU ARE READING
I'M NOT YOURS (BM)
RomanceDemi "move on" dari cinta lama yang terlarang, Zoelle Mellisa terima sahaja pinangan Damien Eskandar. Walaupun dia dan lelaki itu cuma sekadar kenalan, namun janji lelaki itu buatkan Zoelle sedar, dia tak boleh lari dari fitrah dan agama. Damien pul...