53

58 5 0
                                    

Berhadapan dengan Tan Sri, bapa Maya dan beberapa kenamaan lain yang berkunjung ke hotel mereka membuatkan Damien terpaksa tunjuk hospitaliti dan senyuman yang paling ikhlas.

"Bagus Damien urus hotel," ujar bapa mertua keduanya.
Damien diam dan senyum. Masih sahaja kekok. Bapanya paling tak suka dengan Tan Sri, bahkan bila jadi besan sekalipun, papa cuma suruh Damien uruskan semua perkara.

Damien tahu. Sedikit sahaja dia cari pasal dengan Maya mahupun keluarga Maya, akan ada tangan-tangan jahat VIP membantu menghancurkan hotel hasil keringat papa. Dia tahu cara permainan monopoli Tan Sri.

Kau baik dengannya, mesti kau akan dapat untung dan projek berkaitan kerajaan. Kau buat kacau sikit, habislah!

"Tu Datuk S, banyak projek kerajaan bawah kendalian dia," ujar Tan Sri. Damien senyum. Sebab dia layan Maya dengan baik, kelihatan ada perubahan sikap terhadapnya oleh Tan Sri. Bukti?
Tan Sri bawa Datuk S makan di restoran hotel mereka!

Untuk jatuhkan Maya yang ada background politik dan kewangan yang besar, dia perlu hati-hati. Silap langkah, dia akan jatuh sendiri.

Maya perlu dapat pembalasan. Sepertimana dia di fitnah dan Zoey ditolak jatuh tangga mengakibatkan keguguran dan kekecewaan, Damien akan atur perlahan-lahan.
Nyawa di balas nyawa. Dia akan buat Maya merana dan minta maaf pada mereka berdua.

Tak kisah.
Lagipun Maya bukan cintakan dia! Maya cuma salah sangka dia ada harta warisan yang banyak sedangkan cuma beberapa butir permata sahaja! Itupun pemberian nenek! Dia takkan sesekali benarkan permata itu jatuh ke tangan bukan tuannya!
Hari pertama kahwin dengan Zoelle, dia dah nekad, semuanya milik Zoelle Mellissa dan bakal anak-anak mereka.

"You dengan Maya bila nak pergi bulan madu!" Soalan langsung tak sensitif dari Tan Sri. Bukannya dia tak keadaan Zoelle baru keluar hospital.
"Sekarang sibuk dengan Zoelle sikit daddy," ujar Damien. Muka Tan Sri berubah kelat.

Si Gila tu jugak yang menantu dia sayang! Apa kurang Mumtaz Amaya?!

"Tak hantar pergi pakar psikatari ke?" Soal Tan Sri.
Damien ketap gigi.
"Dia dah sihat. Doktor cakap dia dah okey," ujar Damien.

Damien mendengus.
Depresi.
Zoelle Mellissa mengalami depresi setelah kehilangan anak mereka. Kadang-kadang dia berada di alam separa sedar, kadang-kadang langsung tak bercakap sebaliknya merenung sahaja ke luar jendela tanpa kata.

Tan Sri angkat kening.

Anaknya pun satu! Dah tahu laki orang, yang itu lah yang dia suka! Walaupun pada awalnya dia tak suka dengan Damien, tapi nak buat macam mana dah anaknya terlajak sayang! Sampaikan sanggup perangkap lelaki itu kena tangkap khalwat.
Malu dengan perbuatan anak sendiri, dia relakan sahaja bermenantukan Damien, dari keluarga yang pernah jatuh bankrup tetapi bangkit kembali.

"Zoelle jadi ke nak sambung belajar?" Soal Tan Sri.
Damien angguk.
Dia perlu hantar Zoelle ke tempat selamat. Sedangkan Zoelle diaorang boleh tolak jatuh tangga, kalau lapor pun takkan jadi apa-apa sebab ada kabel besar.
Damien kena cari jalan lain.
"Tapi kena tunggu dia betul-betul sihat dulu lah kan...sakit mental ni susah nak ubat," komen Tan Sri.

Berdesing telinga Damien.
Siapa punca isterinya sakit!
Kau tunggu! Ada ubi ada batas!

Untuk itu, dia perlu letak Zoelle di tempat yang selamat supaya Tan Sri mahupun Maya tak mengganggu mentalnya.
Zoey kehilangan bayi dalam kandungan. Dia kecewa.
Sampaikan Damien terpaksa telefon Professor Kim untuk tunda proses tesis.
Damien buat macam-macam.

Zoelle Mellissa pula, saat dia sakit dia cuma diam termenung.
Bila dia ingat, dia akan bergaduh mulut dengan Damien, menyalahkan Maya atas segalanya.
Tapi, nak buat macam mana?
Mereka tak boleh lawan Maya dan keluarganya tanpa rancangan rapi!
Silap langkah boleh makan diri!

I'M NOT YOURS (BM)Where stories live. Discover now