Serba salah. Aku tak tahu macam mana nak cakap dengan Damien mengenai pelawaan Crystal untuk bersarapan bersama.
Aku garu kepala.
Satu mesej daripada Crystal masuk lagi.Please invite your husband too,- Crystal🔮
Mesej Crystal membuatkan aku yang serba salah kembali tenang dan ceria. Hari itu Isnin. Hari pertama dalam minggu ini. Sabtu tempoh hari aku keluar main luncur ais, kali ni dia ajak aku sarapan pula. Damien keluar dari bilik air.
"Abang, Crystal ajak breakfast sekali. Dia dah send location," ujarku: sengaja aku panggil dia abang. Nak buat macam mana, kalau aku panggil dia abang, Damien akan seronok, lepas tu bolehlah aku mengada-ngada sikit
"Abang?" Soalnya sambil tersenyum nakal.
"I'll change if you don't like," ujarku. Eh...aku dah silap percaturan ke macam mana?
Aku ketap bibir."No...I love it," bisiknya. Dia mendekatkan diri dengan telinga aku. Aku senyum segaris, masih menanti jawapan sama ada dia setuju atau tidak untuk keluar makan dengan Crystal.
"Okay," balas Damien tersenyum memandang aku. Aku dah agak, kalau panggil dia abang, senang sikit aku nak memujuk. Lepas ni, aku kena panggil dia abang.
Hmm.
Apa-apalah. Abang pun abang lah...
Aku kan kena jadi isteri yang menggembirakan hati suami.
Dia memakai baju kemeja biru lembut, aku berusaha mencari warna tali leher yang bersesuaian dengannya."Handsomenya," puji aku sebaik Damien ikat tali lehernya. Dia sengih ke arahku.
Aku memberikan ciuman pada bibir Damien, membuatkan dia terkejut."Hey," tegurnya. Aku jelir lidah. Damien merangkul pinggang aku. Jarak antara kami begitu dekat, aku pula letakkan tangan di sekitar lehernya.
"I'm so glad I married you," katanya romantis. Mata kami bertembung antara satu sama lain.
"What about you baby? Are you glad being my wife?" Soalnya. Aku senyum. Aku cepat-cepat mengucup bibirnya sekali lagi. Tangan besar Damien memegang pipiku. Dia mencapai tanganku dan mengucupnya lama."Abang sayang Zoey," bisiknya. Aku senyum.
"Zoey pun sayang abang," balasku. Aku meletakkan tangan di kawasan dada bidang Damien.
"Crystal ajak kita breakfast sesama," kataku. Damien diam seketika.
"Bibi J kan dah masak..." dia bagai serba salah. Aku merangkul pinggan Damien lalu memeluknya. Sengaja aku letakkan dagu di dadanya sambil mendongak."Kesian Crystal tak ada orang teman," aku merengek sambil eratkan pelukkan.
"Okay," Damien terus bersetuju sambil mencuit hidungku.***
"Lama tak nampak," tegur Puan Sri Maisarah kepada Datin Zulaikha. Datin Zulaikha menekup mulut. Tak sangka, Persatuan Datin-Datin itu turut melibatkan Puan Sri Maisarah sekali.
Datin Zulaikha mengiyakan sahaja."Kita lama tak jumpa sebab Damien dengan Amaya putus kan," tegurnya. Aduh! Kenapa tabur garam di luka yang berdarah! Desis hati Datin Zulaikha. Jelas sangat bunyi perli kat sini. Amaya merupakan anak perempuan tunggal Puan Sri dan Tan Sri Shah.
"Damien pun dah menikah dengan kawan universiti dia kalau tak silap I," ujar Puan Sri lagi. Datin Zulaikha paksa diri untuk senyum.
"Tu lah...yg sempurna dia tak nak, entah macam mana boleh sangkut dengan kawan lama..." ujarnya tekup mulut. Puan Sri senyum, tapi tak nampak gembira.
"Iyalah kan...biarlah diaorang dengan pilihan diaorang. Tak boleh nak paksa-paksa,"cakap Puan Sri. Datin Zulaika hanya sengih sahaja."Ikutkan hati...saya berkenan lagi dengan Amaya," bisik Datin Z membuatkan Puan Sri tersenyum bangga. Mana tak nya, anak perempuan tunggal kesayangannya memang sedap mata memandang.
***
"Green Tea Frap, your favourite" hulur Crystal menghulurkan minuman kegemaran aku. Sampai sahaja di kafe, Crystal dah pesankan minuman untuk aku.
"Thanks," balasku. Aku jeling untuk lihat reaksi Damien, tapi wajahnya biasa dan tenang sahaja."I tak pesan dekat you Damien. I don't know what'll you like," ujar Crystal. Damien senyum.
"Kitaorang share je," ujarnya lalu minum air aku. Aku lihat wajah ceria Crystal berubah. Crystal memang macam tu! Tak boleh langsung nak cover muka! Sebab aku terlampau kenal dengan Crystal sangatlah, aku dah boleh agak yang Crystal sekarang marah Damien acah romantik dengan aku."I'll order food," katanya.
"No. I'll get it," kata Damien.
"Anything in mind?" Soalnya tanya menu macam waiter."Same as you guys. Korang nak makan apa?" Kata Crystal.
"Zoey makan apa yang abang makan," kekok bunyinya, tapi kedengaran lembut sedikit. Damien mencuit hidungku sebelum senyum dan pergi buat pesanan.***
"Cringey af!" Komen Crystal bersahaja. Dia pandang aku. Dengan baju lengan panjang dan skirt labuh, dia tampak sopan sahaja. Mungkin sebab ini Malaysia, jadi dia nak tutup aurat? Entahlah.
"Apa yang cringey af?" Soalku.
"The way you talk to your husband," ujarnya. Aku angkat kening.
Cemburu ke tu?"My husband. Mestilah kena hormat," balasku serius. Dia senyum sinis sebelum pandang aku tak berkelip. Crystal menjeling ke arah Damien sebelum capai tangan aku di atas meja. Aku sedikit terkejut dengan perbuatan Crystal, seraya aku tarik tangan aku.
"Now I cannot hold your hands anymore," komennya. Aku senyap.
"I thought we were friends," balas Crystal. Aku angkat kening."Is it wrong to hold hands between girls?" Soalnya lagi, sengaja memerangkap aku kembali ke diriku yang lama. Crystal pandang aku, dengan seribu kisah silam kami.
"Alasan you tak boleh pakai," balasku.
"We're not like other girls," bisikku perlahan. Crystal senyum sinis."Well..." dia jeling Damien.
Hari itu, kami bersarapan roti dan sandwic. Usai Damien kembali; Crystal dah tak mulakan ayat-ayat menggoda. Dia tampak lebih senang berbual tentang perniagaan dengan Damien, cuma sesekali sahaja dia bangkitkan kisah zaman kami di universiti dahulu.
Jujur cakap, Crystal memang nampak cool bila cakap pasal hal ekonomi dan kerja!***
Maya dan Bella yang baru plan nak shopping terhenti seketika.
"Apa ni Maya! Asal kau jalan astu stop!" Rungut Bella. Maya kemudian berlari ke arah satu arah. Bella yang terpinga-pinga segera mengekori Maya. Dah kenapa pula minah ni!Bella terdiam. Dari balik tingkap kaca kafe, dia nampak Damien dan seorang perempuan bertudung. Mereka berpegangan tangan sebelum menegur seorang perempuan cina yang berambut panjang.
"Tu Damien kan?" Soal Bella. Maya membalas dengan kerutan.
Melihat Damien memegang bahu gadis itu, wajah Maya berubah tak puas hati.Bella yang sedar akan tindak tanduk Maya, cuba cari jalan untuk ajak Maya beredar.
"Tengok lah tu, bahagia nya dia!" Maya menggerutu. Dia ketap gigi sebelum berpaling.
Bahagia betul Damien Eskandar! Patutnya lelaki itu bersedih! Dah la Damien yang tinggalkan dia dahulu! Alasan dia senang, tak ada persefahaman dan keluarga menentang! Apa yang tak persefahaman! Kalau keluarga tentang sekalipun, Damien patut berusaha untuk pertahankan cinta mereka!

YOU ARE READING
I'M NOT YOURS (BM)
RomanceDemi "move on" dari cinta lama yang terlarang, Zoelle Mellisa terima sahaja pinangan Damien Eskandar. Walaupun dia dan lelaki itu cuma sekadar kenalan, namun janji lelaki itu buatkan Zoelle sedar, dia tak boleh lari dari fitrah dan agama. Damien pul...