Sabak Bernam, Selangor
Batu kecil yang berada diatas tanah diambil laju. Matanya sudah tertancap kepada si mangsa. Sengihan sinis dihadiahkan buat si mangsa.
"Kali ni kau takkan terlepas!" Gumam dia dengan sengihan yang semakin lebar. Sudah lama dia ingin makan ayam kampung tapi sampai sekarang tak dapat-dapat. Kata atoknya hendak seribu daya tak nak seribu dalih. Tetapi dah banyak kali di cubanya langsung tak pernah kena. Tapi kali ni akan dipastikan ayam itu menjadi miliknya. Lastik di tangan sudah tersedia. Masa untuk beraksi!
"Huaaaaa!!! Sakitnya!! Ummi sakit!!" Teriakan seorang kanak kanak membuatkan dia mengeluh panjang. Ayam yang tadinya berada di hadapan mata sudah menghilangkan diri.
Dia mengeluh berat. Pandangan tidak puas hati dihadiahkan buat gadis kecil penyibuk itu.
"Ad kamu buat apa ni? Kenapa kamu lastik Ara?" Puan Emilda bertanya cemas sambil berlari anak menuju kearah kanak kanak yang bernama Ara itu. Risau kalau jadi apa-apa dekat kanak-kanak perempuan itu. Dahlah dia baru sahaja berpindah di kampung ini. Takkan pulak hendak mencari musuh.
"Mana ada buat apa-apa. Ad nak lastik ayam tu. Yang tiba-tiba dia datang kenapa. Bukan salah Ad. Salah dia." jawabnya dengan muncung yang panjang sedepa. Alih-alih dia juga yang dipersalahkan. Tangisan kanak kanak perempuan itu mulai reda setelah dipujuk ibunya, Puan Rohana.
"Maafkan aku ye Ana. Anak aku ni tak sengaja. Ad cepat minta maaf." Arahan Pn Emilda tidak diendahkan. Bukan salahnya. Buat apa dia nak minta maaf. Lagipun bukan pertama kali budak perempuan tu tunjuk muka kat rumah ni. Banyak kali sejak dia mula berpindah ke sini. Katanya ingin berkawan. Tapi tak pernah malu nak ikut orang ke hulu hilir. Sampaikan kat sekolah pun sibuk usya. Rimas!
"Faiq Adrian mama cakap apa? Minta maaf kan?!" Jegilan Pn Emilda dipandang tajam.
"Bukan salah Ad. Buat apa Ad nak minta maaf. Dia yang tiba-tiba datang. Ad tak perasan pun dia ada kat depan tu." Dia tetap dengan pendirian tidak bersalahnya.
Dia bukan seorang yang menurut. Kalau bukan salah dia, sampai bila-bila dia tetap dengan pendiriannya. Lantaklah mamanya jadi singa ke harimau.
"Adrian!" Pn Emilda mengetap bibir menandakan hatinya betul betul sudah panas. Apa nak jadilah dengan anaknya sorang ni. Tau protes tak habis lagi. Tapi janganlah tunjuk perangai keras kepala depan orang. Malu dia dibuatnya.
"Eh! Tak apa Ida. Lagipun hal kecil je ni. Si Ara ni memang suka terjah-terjah. Patutnya saya yang minta maaf bagi pihak Ara." Sampuk Pn Rohana apabila melihat situasi dua beranak itu semakin tegang. Ara ni memang suka datang mengejut. Kadang-kadang malam pun dia boleh buat hal hilang dari rumah. Nasib baiklah dia tahu tujuan anak itu kemana.
"Ara minta maaf. Salah Ara. Makcik janganlah marah abang Ad." suara kanak kanak kecil itu membuatkan hati Pn Emilda kian mereda. Adrian hanya menjeling. Tanda menyampah melihat budak perempuan di hadapannya.
"Tak adalah. Anak makcik yang salah. Makcik minta maaf ye Ara, Ana." Pn Emilda terus-terusan meminta maaf bagi pihak anaknya. Tak tahu kenapa rasa malu sangat dengan jiran barunya. Adrian dengan langkah bersahaja terus menyusup masuk ke dalam rumah.
"Adrian!" Jeritan mamanya langsung tidak diendahkan. Pn Emilda hanya menggeleng kepala.
"Aku balik dulu iye ida. Nanti aku datang lagi." Pn Rohana meminta diri. Beberapa saat selepas itu, Ara berlari masuk ke dalam rumah Adrian. Ara dan atok Adrian memang rapat. Sebabtu dia sesuka hati masuk dan keluar di rumah itu pada bila-bila masa je.
"Atok, abang Adrian ada kat dalam kan?" Ara bertanya Atok Mirza yang sedang duduk di bangku sambil membaca suratkhabar. Senyuman diberikan kepada kanak-kanak itu. Sebelum kedatangan anak dan cucunya, Ara sahaja yang menjadi tempat dia menghilangkan rasa sunyi di hati.
YOU ARE READING
My Sweet Husband
Conto[MY FIRST SHORT STORY - COMPLETE ✅️🌼] Kalau dah jodoh tidak kemana! Kalau dahulu Arahalia Dafisyah yang terkejar-kejarkan Faiq Adrian tetapi kalini Adrian pula yang terkejar-kejarkan Ara. Hati yang sememangnya masih mempunyai perasaan sayang, kemba...