Chapter 1: Siapa dia?

35.2K 592 64
                                    

Namia memandang Ummi dan Baba berganti-ganti. Nampak dari raut wajah mereka mengharapkan jawapan dari pernyataan yang mereka ungkapkan sebentar tadi.

"Ummi dengan Baba serius ke ni?. Jangan buat Nami takut mi ba."

Namia menatap muka Baba. Baba pandang Ummi. Ish ni pertandingan pandang memandang ke?.

"Seriuslah Nami. Sebabtu, Ummi dengan Baba nak berbincang dengan Nami. Lagipun Nami kan dah bekerja, dah capai dah cita-cita Nami kan nak bawa Ummi dengan Baba pergi haji."

Ummi pandang Namia dengan serius. Tangan Namia dipegang dengan erat.

"Nami pernah cakapkan dulu, sebelum kahwin, Nami nak bawa Ummi Baba pergi haji guna duit Nami sendiri. Alhamdulilah rezeki Allah, dapat juga Nami bawa Ummi Baba jejakkan kaki dekat bumi suci tu pakai duit Nami sendiri."

Ya, memang itu impian Namia selama ini. Menampung perbelanjaan Ummi dan Baba ke sana dengan duitnya sendiri. Bagi Namia itu adalah salah satu tanggungjawab dan hadiah untuk mereka yang sentiasa sabar mendidik dan membesarkannya.

"Tapi Mi, Namia belum puas share kehidupan Nami dengan Ummi Baba."

Namia mengeluh, tangan Ummi dipeluk.

"Nami, Dah tiba masa untuk fikirkan diri Nami pula. Ummi Baba cuma nak tengok Nami bahagia."

Ummi usap rambut anaknya yang terdiam itu.

"Nami bahagialah sekarang. Nami bahagia dengan Ummi Baba, dengan Kak Long dengan Kak Ngah. Belum sampai masa lagi Nami cari suami."

"Eleh, umur kau tu lagi tiga tahun dah 30 tahun tau. Sedor-sedorlah diri tu dah nak tua. Sebabtu Ummi Baba risau."

Kaklong Namia mencelah secara tiba-tiba. Menyambil menepuk anaknya yang berada di pangkuannya itu. Namia menjeling dia dan menjelir lidah ke arah Kaklong. Namia terus peluk Ummi. Baba pandang tepat ke arah Namia.

"Tengoklah tu Ba, Mi umur dah tua pun manja terlebih. Aku cepuk jugak budak ni kang."

Baba geleng kepala. Dia betulkan duduk dia yang dari tadi asyik tak kena je. Dia lipat dua tangan dia. Okey, Serious mood.

"Baba tak nak paksa Nami, Kalau Nami betul-betul dah bersedia, bagitahu Baba dengan Ummi. Taknak bagitahu kami, kakak Nami pun ada. Baba bukan apa Nami, umur Nami tu dah meningkat, Ummi Nami tu dulu time umur macam Nami dah lahirkan Kaklong dah. Tapi, kalau Nami nak tolak, Baba tak boleh buat apa. Sebab Baba tak nak paksa-paksa anak bongsu Baba ni. Kami cadangkan sebab Baba tengok Nami pun macam tiada siapa yang nak Baba tengok. Baba dengan Ummi ni risau."

Namia tergamam dengan kata-kata Baba. Namia melihat Kaklongnya sedang mentertawakannya sehingga terbangun anak dia dekat pangkunya itu. Padan muka, kan dah menangis dah budak tu. Ummi pun gelakkan Namia.

Tua sangatkah aku?. Baru 27 tahun. Okey lah tu. Belum 30 series lagi. Ishhh. Namia membebel sendiri.

"Okey Baba. Nanti Nami fikirkan macam mana. Nami tengah stress sebenarnya ni Ummi Baba. Business Tudung macam tak jalan dua tiga bulan ni.".

Ya, Namia adalah seorang usahawan yang mengeluarkan selendang atau shawl yang agak terkenal juga jenamanya di pasaran saat ini.

Alhamdulilah. Bermula ketika zaman dia mengambil diploma dahulu, dia mula berjinak-jinak dalam membina perusahaannya sendiri.

Syukur perniagaannya disambut ramai.  Hasilnya, Namia berjaya mengumpulkan duit untuk menampung perbelanjaan Ummi Baba untuk menunaikan haji.

Cuma akhir-akhir ini, banyak sangat complain dari pelanggannya tentang kualiti tudungnya yang dikatakan semakin teruk. Stress juga Namia dibuatnya. 

I Wanna Be Yours [Completed] 🦋Where stories live. Discover now