Chapter 5 - D-DAY

13.2K 493 24
                                    

Namia nervous. Tiga hari lepas, dia jadi tunang orang. Harini dia bakal menjadi isteri orang. Namia pandang kiri dan kanan berkali-kali. Biliknya yang dihiasi dengan dekorasi bunga dan bauan dari daun pandan itu dipandang. Inai ditangannya ditoleh lagi.

"Apesal nervous sangat ni. Ya Allah. Betulkah apa yang aku lakukan ini. Andai kata benar dia jodohku, maka kau bimbinglah aku dan dia dalam menempuhi alam dalam berumah tangga."  Namia berdoa di dalam hatinya.

Wajahnya ditoleh ke arah cermin. Sudah hampir satu jam dia dirias oleh jurusoleknya. Namia meminta ruang dekat semua orang untuk tinggalkan dia bersendirian. beri dia ruang untuk bersedia.

Namia tersentak apabila pintu biliknya diketuk. Namia menoleh, Umminya. Namia senyum dan menyuruh Umminya itu masuk. Umminya duduk di atas katil bersebelahan dengan anak bongsunya. Tiba-tiba air matanya ingin mengalir.

"Ummi... Ummi dah janjikan tak nak nangis."   Namia bersuara sambil menahan dirinya untuk menangis. Umminya ketawa. Bahu anaknya dirangkul erat. Tak sangka hari ini dia akan melepaskan anak bongsunya. Air mata mengalir dengan deras dan Namia turut menangis. Pelukan Umminya dibalas. Lama juga mereka berpelukan. 

Rangkulan mereka terlepas apabila pintu bilik terbuka. Aqilah masuk ke dalam bilik dan nampak riak wajahnya berubah. 

"Alamak, salah timing ke?". Namia dan Umminya ketawa sambil mengusap air mata masing-masing. Aqilah mendekati mereka. 

" Ermm... patutkah saya cakap sekarang?" Namia mengerutkan keningnya. Umminya dipandang. 

"Apa dia?". 

"Pengantin lelaki dah sampai.". Aqilah bersuara. Terus Namia mengigil. Tangan Umminya digenggam. 

"Ummiiiiiiii!!!! Nami takutt." Namia berkata. Umminya kuat menggengam tangannya sekaligus menggosok belakang badan Namia. Bibirnya tak henti menyuruh anaknya berselawat dan beristigfar. Namia berselawat berkali-kali untuk menenangkan hatinya itu. 

--------------------------------------------------------------------------------------

"Aku terima nikanya Nur Namia Amiera Binti Jamaludin dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai."

Tubuh Namia mengigil apabila dia mendengar satu baris ayat yang diucapkan oleh lelaki yang segak berbaju melayu berwarna putih itu. Lelaki itu sedang duduk membelakanginya sedang menatap ke arah kadi. 

"Sah." 

Terdengar semua tetamu mengucapkan alhamdulilah sebagai tanda syukur kerana semuanya dipermudahkan. Tangan Namia diangkat untuk membaca doa. 

"Tahniah anak ummi. Dah rasmi jadi isteri orang dah ni." Umminya yang duduk di sebelahnya itu mengusap tangan anaknya. Air mata Namia gugur lagi. Sedih apabila Umminya berkata seperti itu.

"Walau apa jua yang berlaku, Nami tetap anak ummi." Namia berbisik perlahan. Umminya mengusap kepala anaknya.  

"Assalammualaikum."

Namia dan Ummi memandang ke arah suara lelaki itu. Harash. Lelaki itu akhirnya sah menjadi suaminya. Umminya bangun sambil memberi senyuman yang manis kepada menantunya. Tangan ummi disalam. Ummi mengusap kepala menantunya itu dan mempersilakan Harash untuk duduk di sebelah anaknya. Namia hanya melihat langkah umminya yang menuju ke arah baba. Namia tersentak apabila Harash dengan tiba-tiba duduk bersebelahan dengannya. 

"Your hand" 

"Huh?

"Tangan awak. Saya nak sarung cincin ni." Harash bersuara perlahan yang hanya Namia boleh mendengarnya. Namia melihat tangannya dan mengangkat dengan perlahan. 

I Wanna Be Yours [Completed] 🦋Where stories live. Discover now