Chapter 34 - Sorry

13.6K 441 111
                                    

Harash dan Namia diam seribu bahasa. Namia duduk di birai katil manakala Harash berada di dalam bilik air. Mereka sama-sama diam setelah kejadian yang baru berlaku tadi.
Namia tahu. Mood Harash hilang. Mengingatkan bagaimana dia menengking Fatin di depan Mama, Ngah dan Su tadi.

"Selama ni, aku hormat kau. Aku diamkan je dengan perangai and sikap kau ni. Sebab apa?. Sebab kau tu sepupu aku. Tapi makin lama makin kau melampau. Kau tak hormat bini aku. Lantak kaulah dengan basikal kau ke apa ke tapi kau kena ingat. Aku dah kahwin. Aku bahagia dengan isteri aku. Jadi aku minta tolong dengan kau, GET LOSS FROM MY FACE.!!!"

Bayangkanlah dengan sikap baran Harash tu. Untung sahaja ditenangkan oleh Mama dan Abah. Su dan Ngah juga cuak juga tadi. Namun mereka sudah terbiasa. Tiba-tiba rasa bersalah pula Namia. Semuanya bermula kerana sikapnya juga. Mengada-mengada nak merajuk lah apalah. Tapi benar, hatinya sakit saat mendengar rengekan manja si mangkuk tu setiap kali dia dengan "Abang Harash" nya itu.

Inilah yang Namia takutkan. Kenapa mesti timbul masalah di saat dia telah menyerahkan sepenuh dirinya kepada Harash. Namia menghela nafas. Namia menunduk ke lantai berjubin biliknya. Mata Namia menyipit saat meihat kesan darah di atas lantai. Dia melihat kakinya. Jelas darah menitis dari balutan luka yang nipis itu. Namia perlahan membuka bandage di kakinya. Penuh dengan darah. Pasti gara-gara dia memaksa kakinya melangkah dengan cepat tadi. Namia menarik kapas yang menutup lukanya. Dia mengiris kesakitan kerana kapas itu melekat di lukanya. Namia menegakkan tubuhnya sebelum dia kembali menarik kapas itu. Belum sempat Namia menarik, ada tangan yang membantunya menarik kapas itu dengan lembut. Kaki Namia diletakkan di ribanya.

Perlahan mata Namia menatap empunya badan. Harash. Dia baru selesai mandi. Dengan rambut basahnya yang masih menitis airnya itu duduk bersila di hadapan Namia. Harash mengalas kaki Namia di riba itu dengan tuala yang dipakai olehnya. Ya dia hanya bertuala. Nak godalah tu. Ceh, merajuk tetap merajuk.

"Takpe, saya boleh buat sendiri." Namia berkata perlahan. Tangannya menolak tangan Harash tapi sebaliknya tangannya yang ditepis. Harash membuka set dressing kit itu dan dia perlahan dia mencuci luka di tapak kaki Namia. Namia hanya diam dan melihat bagaimana lembutnya Harash mencuci lukanya.

"Awwww" Namia meringis di saat Harash menekan sedikit lukanya. Mengeluarkan sisa darah yang ada di lukanya. Namia mencengkam seluarnya dan menutup mata. Sakit woo. Nasib baik laki dia yang cuci, kalau orang lain memang sah kena tendang.

"Tahan sikit. Okey?". Lembut Harash berkata. Matanya menatap Namia dengan tatapan lembut sebelum dia kembali dengan perbuatannya. Namia menghembuskan nafasnya dengan laju saat Harash menekan lagi. Kali ni dia memegang bahu Harash dengan kuat. Sampai menunduk dibuatnya. Betullah orang cakap. Hari pertama tak rasa sangat peritnya tapi bila dia start hari kedua tu, jaga-jagalah.

"Abangg sakitt." Namia menjerit kecil. Harash menatap Namia sekilas. Tangannya menghabiskan aktivitinya sebelum dia meletakkan kapas itu di plastik sampah. Namia terus lega. Eh, belum lagi. Ubat luka di kakinya masih belum disapu. Itu lagilah pedih.

"Abang nak letak ubat luka ni. Tahan sikit okey." Namia mengangguk. Harash menyapu ubat luka di luka Namia. Namia mengetap giginya saat rasa pedih itu datang. Matanya dipejam. Melihat Namia yang pejam mata itu, Harash menatap wajah Namia dengan penuh kasih. Lama sebelum Namia kembali membuka matanya. Harash larikan pandangannya. Harash mengambil kain gauze swab dan dibalut luka Namia dengan bandage yang baharu. Selesai sahaja semua itu, Harash membersihkan sisa sampah dressing kit itu sebelum dia bangun untuk mencuci tangannya. Harash mengambil seluar track suitnya dan segera dia menyarungkannya dengan selamba di hadapan Namia. Namia hanya mengerling sebelum dia melarikan pandangannya.

Harash mendekati Namia dan melutut. Dia melihat kaki Namia yang dibalut itu. Perfect dah. Namia memandang Harash yang sedang khusyuk membelek balutan lukanya. Handsome pulak.!. Hesyy.. Merajuk Namia.Merajuk.

I Wanna Be Yours [Completed] 🦋Where stories live. Discover now