Namia sibuk mengemas bagasi mereka. Ya! Mereka akan pulang ke kondominium mereka hari ini memandangkan Harash perlu menghadiri mesyuarat tahunan di pejabatnya esok. Kalau ikutkan, boleh sahaja dia pergi bersama Abah tapi Harash kan. Dia sanggup buat apa sahaja untuk bersama dengan Namia berdua. Senang katanya. Entah senang untuk apa Namia pun tak tahu. Bukannya betul sangat si Harash ni.
Beg berodanya dizipkan setelah dia selesai mengemas. Namia menoleh saat mendengar Harash memanggilnya. Namia senyum.
"Sayang dah siap kemas ke?" Dia bertanya. Namia mengangguk. Harash melihat wajah Namia sedikit berkerut. Dia menekan begnya beberapa kali untuk menzipkan begnya.
"Ish.. Apa yang susah sangat ni?" Tanya Namia sendiri. Harash senyum. Rambut Namia yang terurai itu diselitkan di telinganya. Namia menoleh.
"Lain kali minta tolong hero." Kata Harash. Dia kemudiannya menolak Namia dengan selamba. Namia terundur beberapa langkah gara-gara tolakan Harash. Namia merapati Harash kembali dan dengan selamba menepuk belakang badan Harash. Harash terkejut dan tertawa.
Harash menekan beg berodanya dan dengan sekali tarikan, dia menzipkan beg beroda itu tanpa sebarang sekatan.
"Done". Harash berkata dengan bangga. Namia tertawa.
"Thank you Hero." Kata Namia. Dia kemudiannya ingin membawa turun beg itu namun sekali lagi ditolak oleh Harash.
"Let me do it, sayang. Berat ni. Sayang tu dahlah sekeping. Takut sayang yang terangkat nanti." Harash memerli. Dia dengan selamba mengangkat beg beroda di atas katil itunke lantai. Disorong beg beroda itu dan diletakkan di tepi pintu biliknya.
Dia kembali menuju ke arah Namia. Melihat Namia sedang memakai anak tudungnya dan kemudian meletakkan pleated shawlnya di atas kepalanya. Dirapikan dengan kemas sebelum dia menarik shawlnya dan dililitkan di kepalanya.
Harash senyum saat melihat wajah tenang Namia yang memakai sedang memakai tudungnya itu.
"Why are you smile abang?. Namia nampak kelakar ke?". Tanya Namia. Harash mengangkat kepalanya dan tersenyum. Kepala digelengkan. Dia berjalan mendekati Namia. Tangannya menyentuh meja soleknya. Mengepung Namia dari belakang. Harash memandang cermin.
"Because.. I'm looking at someone who look so gorgeous and so pleasing right now." Harash berbisik namun matanya tepat menatap ke arah cermin. Wajah Namia sudah merah menyala saat ini. Dia tertunduk malu.
"Eh ada sayang rupanya. Abang tak perasan pula sayang ada dekat sebelah abang." Kata Harash mengusik. Senyum Namia mati. Dengan selamba dia menjeling Harash dan Harash dapat melihat jelingan Namia dari cermin meja solek mereka itu. Harash ketawa. Pinggang isterinya dipeluk.
"Of course it's you sayang. No one can beat your beauty sayang." Harash kembali berbisik. Namia malas nak layan. Tubuh Harash ditolak menjauh.
"Tepilah malas nak layan." Kata Namia. Ah sudah merajuk pula dah. Harash ketawa. Tangan Namia ditarik saat isterinya ingin melangkah keluar dari bilik mereka itu.
"Okey!. Abang minta maaf okey." Kata Harash memujuk. Namia ditarik dengan perlahan dan pinggang isterinya ditarik. Namia diam. Harash mencium dahi Namia.
"Ishh dahlah. Namia nak salam mama abah." Kata Namia. Bukannya dilepaskan tapi makin erat dia memeluk Namia. Namia menatap Harash dengan tajam.
"Abang!. Let. Me. Go.!" Namia berkata. Tangannya berusaha menolak dada bidang Harash itu. Ish kuat betul mamat ni.
"No.. until you forgive me." Kata Harash sambil senyum.
"Ee tak payah nak mengada-ngada lah abang." Namia berkata lagi. Tangan Harash dipinggangnya cuba dilepaskan.
YOU ARE READING
I Wanna Be Yours [Completed] 🦋
Romance⚠ Not Edited First Cliche~ Story from Airashroses~ Sorry for the Tatabahasa, kesalahan tanda baca dan juga typo yang agak bersepah~ Harash Ferhat & Namia Amiera loves story ❤️ From "Let's make a deal" to "There is no deal between us." Start from c...