Chapter 24 - New You

11.8K 436 63
                                    

Namia, Su, Mama dan Harash sedang enak menjamu selera di restoran nasi kandar yang agak popular di Penang itu. Walaupun hujan lebat, tetap ramai pelanggan yang hadir.

Su di sebelah Mamanya itu tidak henti memuji tentang keenakan makanan di situ. Betul-betul healing si Su ni. Sampai dua pinggan set nasi kandar dia ambil. Mamanya hanya membiarkan sahaja. Harash. Jangan cakap!. Kalau dah hantu kari, Sampai dua jenis lauk kari dia ambil.

"Sedap Along?." Mamanya tanya. Harash tidak mampu berkata apa-apa. Hanya mengangguk sambil mengunyah. Namia senyum. Khusyuk betul.

"Namia okey Namia?" Mamanya tanya. Namia senyum dan menjawab. Harash bangun.

"Sekejap. Nak ambil lagi kuah kari." Harash berkata.

"Haa Su nak ayam goreng." Su menyampuk. Harash mengangguk.

"Tengok tu. Kalau dah hantu kari, mana-mana pergi, kari juga yang dia cari." Mamanya bebel. Namia senyum. Namia menyuap makanan ke dalam mulutnya. Harash duduk di sebelahnya. Harash meletak satu mangkuk di hadapan Namia.

Mangkuk yang berisi kari ayam itu dipandang. Piring ayam goreng diletak di hadapan adiknya.

"Mashe Alongg" Su berkata.

"Awak betul-betul kena makan kari ni. Sedap." Harash berkata ke arah Namia. Namia menoleh.

"Yang ni pun belum tentu saya dapat habiskan." Namia kata. Harash geleng kepala.

"No, awak kena rasa." Harash mengambil ayam dari mangkuk itu dan diletakkan di pinggan Namia.

"Kalau tak habis, awak bagi saya. Nanti saya suapkan." Harash mengusik. Wajah Namia merah. Depan mak dengan adik dia. Tangan Namia mencubit peha Harash senyap-senyap. Harash tersengih.

"Lepasni nak pergi mana?". Su bertanya.

"Rehatlah. Kan ada 3 hari lagi. Aku nak berehat. Kalau kau nak keluar kau bawaklah kereta. Aku malas." Harash berkata. Su mencebik. Wajah Namia dipandang.

"Kaklong?".

"Kaklong ikut je." Namia berkata. Su senyum.

"Kaklong kau dengan aku." Harash berkata.

"Alaaaa". Harash terkejut. Serentak si Namia dan Su menjawab. Wajah Namia dipandang. Nampak muka Namia cemberut.

"Saya nak ikut Su." Namia berkata. Su mengangguk. Mamanya hanya ketawa melihat gelagat anak menantunya.

"Siapa nak teman abang?" Harash berkata. Su menjeling.

"Mengadalah Along ni. Bagilah Su spend time dengan Kaklong. Ish. Mama tengok Along ni." Su mengadu. Mamanya ketawa.

"Dah bini dia." Mamanya menjawab. Harash mengangkat keningnya ke arah Su. Namia hanya diam. Harash menoleh. Merajuk lah tu. Harash senyum.

"Dah ke?." Harash bertanya. Semua mengangguk. Mereka pun bangun untuk mencuci tangan. Namia mengambil tisu dari beg tangannya dan mengelap tangan. Bibirnya juga dilap.

Mereka melangkah menuju ke parkir kereta. Su dan Mama berada di hadapan. Sementara Harash dan Namia di belakang. Namia hanya diam. Harash memandang Namia.

"Merajuk ke?". Harash bertanya. Namia hanya diam dan memandang ke depan. Harash senyum. Pipi Namia dicuit.

"Ish. Jangan." Namia menolak tangan Harash. Hidung Namia pula dicuit.

"Jangannn." Namia marah. Harash peduli apa. Pipi Namia dicuit lagi.

"Stop it." Namia memberi amaran. Harash ketawa. Tangan Namia digenggam. Namia ingin menarik namun Harash terus menarik Namia. Bahu Namia dipaut. Mereka berjalan seiringan.

I Wanna Be Yours [Completed] 🦋Where stories live. Discover now