Chapter 74 - It's Only Us

8.6K 290 113
                                    

⚠️This part contain full of 🦋🦋🦋 and 🐜🐜🐜. For single readers, please be prepare with lot of sweetness from them. Including myself as a writer.😌⚠️

Namia terkejut saat rasa tubuhnya digoncang. Namia terus duduk. Matanya dibuka. Terkejut saat melihat wajah Harash yang begitu dekat dengannya.

"Abang. Terkejut Namia." Kata Namia dengan mamainya. Harash senyum.

"Nak apa kejut Namia ni. Namia mengangtuk lagilah abang." Kata Namia. Mulutnya menguap. Harash senyum.

"Solat subuh sayang." Kata Harash. Namia melihat jam di telefon bimbitnya.

"Ish awal lagilah abang ni. Namia mengantuk ni. Jangan ajak bergurau." Kata Namia. Dia ingin membaringkan tubuhnya namun dihalang oleh Harash. Harash menarik Namia supaya kembali bangun.

"Sayang, kita dekat Sabah sayang. Awal subuhnya. Dah bangun. Nanti terlepas susah. Lepas solat boleh sambung tidur lagi. Bangun." Lembut Harash mengejut. Namia membuka matanya. Baru teringat dirinya berada di negeri orang.

Namia menggosok matanya. Dengan tenaga yang lemah dia bangun. Namia duduk di birai katil. Harash senyum.

"Dah bangun." Harash menolak tubuh Namia supaya bangun.

"Ish. Tahulahh. Namia dahlah mengantuk ish. Abang tak sayang Namia" Namia geram. Harash terkejut. Namia terus bangun menuju ke bilik air untuk membersihkan wajahnya dengan marah.

"Aik? Tidur awal kot semalam. Aku tak buat apa-apa pun kena marah juga?" Harash bertanya dirinya. Dia gelengkan kepalanya.

Harash menanti Namia siap dari mengambil wuduk. Lama juga Harash menunggu namun tiada bayangan isterinya. Harash risau.

Harash menolak pintu bilik airnya. Dia menjengah. Geleng kepala Harash dibuatnya bila nampak isterinya sekarang ini. Namia tidur. Tidur sambil berdiri. Harash ketawa. Dia tidak mampu menahan tawanya lagi. Perutnya dipegang. Geli hati.

Namia tersedar saat mendengar ketawa Harash. Dia melihat Harash dari cermin. Masam wajahnya. Tahu Harash mentertawakannya. Dengan cepat Namia mengambil berus gigi dan memberus giginya. Harash pula hanya memerhati Namia dari cermin.

Selesai basuh muka, Namia terus mengambil wuduk.

"Dah?" Harash bertanya.

Namia angguk. Dia melangkah keluar dari bilik air sebelum Harash pula yang mengambil wuduk. Namia membentangkan sejadahnya dan bersiap sedia memakai telekung. Harash keluar. Songkok disarungkan dan dia mula mengimamkan Namia. Mereka menunaikan solat subuh berjemaah.

Selesai sahaja menunaikan solat subuh, Harash terus menghulurkan tangannya kepada Namia. Namia sambut dan menciumnya seperti biasa. Harash menarik dagu Namia dn mencium dahi Namia.

Namia senyum. Dia terus membaringkan kepalanya di riba Harash.

"Eh dia ni?. Ni kan selalu abang yang buat." Kata Harash. Namia senyum. Tangan Harash dipegang. Namia memejamkan matanya. Harash membiarkan. Posisi duduknya dibetulkan supaya isterinya itu selesai. Harash membelai kepala isterinya dengan lembut. Sesekali dia mencium bibir isterinya.

"Jangan abang." Namia berkata dengan mata terpejamnya. Harash ketawa. Bibir Namia dicium lagi. Namia geram. Dia terus duduk.

"Ish abang ni. Malaslah nak kawan." Namia kata. Dia bangun and terus membaringkan tubuhnya di atas katil. Harash ketawa. Sejadahnya dan Namia diambil. Dia lipat dan diletakkan di atas kerusi.

"Kalau ya pun buka telekung dulu." Kata Harash.

Namia diam. Sah!. Dia dah terlelap. Harash membuka songkoknya dan berjalan menuju ke arah isterinya. Perlahan telekung isterinya dibuka. Telekung Namia disangkut dengan hanger sebelum digantung ke dalam almari.

I Wanna Be Yours [Completed] 🦋Where stories live. Discover now