Chapter 14 - Hey?

10.5K 445 33
                                    

Namia balik lewat lagi hari ini. Banyak kerja yang tertangguh menyebabkan Namia terpaksa menyelesaikannya hari ini juga. Kaklongnya sudah pulang lebih awal disebabkan jarak rumahnya dengan butik mengambil masa hampir 1 jam lebih. Takut tersangkut di dalam jammed agaknya. Namia melihat jam tangannya. Pukul 9 malam. Namia menutup komputernya dan berkemas untuk pulang. Dia menutup lampu dan melangkah keluar. Namia melihat empat pekerjanya masih sibuk mengemas untuk closing. Namia menegur mereka.

"Gyus. Good job for today." Mereka senyum tatkala Namia memberi pujian kepada mereka. Memang itu habits Namia kepada pekerjanya setiap kali pada jam terakhir waktu butiknya. Mereka juga sudah terbiasa dengan pujian itu dan boleh dikatakan rutin harian mereka untuk mendengar pujian dari Bossnya itu.

"Kak Nami dah nak balik dah ke?" Tanya Fariha, pengurus butiknya. Namia mengangguk.

"Careful Kak Nami. Don't worry pasal butik. Amanah saya tanggungjawab saya." Ucapnya. Namia tersenyum. Lengan Fariha diusap.

"Thank you Fariha. Thank you gyus." Ucap Namia. Mereka mengangguk.

"Oh ya, husband Kak Nami ada dekat depan. Dia cari akak tadi." Namia melihat Fariha sambil mengerutkan dahinya.

"Husband?"

"Yup. Tu. Dia ada dekat luar." Fariha menujukkan arah ke luar dengan jari telunjuknya. Namia menoleh. Ya, kereta Harash berada di sebelahnya dan dia. Dia ada di hadapan kereta Namia.

Apa yang dia buat dekat sini?. Namia bertanya dalam hatinya. Sempat dia ucap terima kasih kepada Fariha sebelum dia melangkah keluar. Pintu butiknya ditolak.

"Awak?" Namia memanggil Harash. Harash mengangkat kepalanya dan senyum ke arah Namia.

"Hai. Dah habis kerja dah?" Dia bertanya. Namia berjalan mendekati suaminya itu.

"Baru je habis. Awak buat apa dekat sini?" Namia menyoal dengan penuh tanda tanya. Harash senyum.

"Saya nak ambil awaklah." Kata Harash. Namia memandang Harash dengan dahi berkerut. Biar betul mamat ni?

"Buat apa awak nak ambil saya?"

"Saja." Harash berkata sambil mengangkat kedua bahunya.

"Baik awak terus balik rumah. Kemas rumah." Kata Namia dan tombol kunci keretanya ditekan. Harash dan Namia masing-masing bergerak menuju ke arah pintu kereta mereka.

"Kan dah janji kemas sama-sama. Kalau saya seorang je yang kemas, awak mengelat namanya." Ujar Harash. Namia mencebir.

"Mengada-ngada betul dia ni." Namia berkata dan terus masuk ke dalam keretanya. Harash hanya tersenyum. Enjin kereta dihidupkan. Macam biasa, Namia bergerak terlebih dahulu dan diikuti oleh Harash dari belakang.

Nasib baik jalan raya tidak sesak. Betul-betul setengah jam mereka memandu untuk tiba di rumah. Sebaik sahaja mereka tiba di dalam rumah, Namia segera mengganti pakaiannya. Dia memulakan misi mengemas biliknya. Namia mula mengemas pakaian-pakaian yang berada di almarinya ke dalam beg berodanya. Barangan penjagaan wajahnya disatukan di dalam beg kecil. Mudah untuk dia bawa ke bilik Harash. Penyapu diambil. Segala sudut ruangan di biliknya disapu. Namia keluar dari biliknya sambil memegang penyapu.

Dia terus ke dapur namun langkahnya terhenti saat melihat Harash yang sedang lena tertidur di sofa. Apa yang lagi membuatkan Namia menghentikan langkahnya adalah apabila dia melihat Harash tanpa baju. Shirtless!. Penyapu yang dipegangnya jatuh dari tangannya. Tubuh tegap Harash dipandang sekilas. Namia mengatur nafasnya yang sudah berombak itu. Jantungnya berdegup dengan kencang. Namia menggelengkan kepalanya. Dia terus mengambil penyapu dan pantas kakinya berjalan ke ruangan laundry roomnya di bahagian luar kondominiumnya. Namia menghela nafasnya. Vacuum cleaner cordless diambil.Pintu dapur dibuka dan dia melangkah masuk.

I Wanna Be Yours [Completed] 🦋Where stories live. Discover now