Chapter 52 - It's Begin

7.9K 311 87
                                    

Harash tersedar saat rasa sebelah katilnya bergerak. Kepalanya diangkat dan cahaya lampu dari bilik air semakin jelas apabila pintu bilik air dibuka. Harash duduk sambil meraup wajahnya sebelum telinga menangkap bunyi sesuatu dari dalam bilik air. Namia muntah!. Sepantas kilat Harash turun dari katil dan hanya dengsn tiga langkah panjang kaki Harash, dia sudah berada di dalam bilik air.

Namia sedang memuntahkan segala isi perutnya di dalam mangkuk tandas sambil duduk bersimpuh. Harash mendekati Namia. Jelas terlihat bagaimana tubuh Namia seolah memaksa untuk mengeluarkan isi perutnya itu. Harash menggosok belakang badan Namia dengan perlahan. Rambut Namia yang terurai itu di selak dan langsung disatukan dengan satu genggamannya.

"Abangg.." Namia memanggil dengan lemah sebaik sahaja dia selesai. Namia ingin membaringkan kepalanya di bucu mangkuk tandas namun dihalang oleh Harash dengan tangannya. Wajah Namia langsung diraih. Risau pula melihat isterinya seperti itu.

Selepas seminggu dari majlis resepsi Ngah, alahan Namia semakin teruk dari hari ke hari. Kebiasaanya Namia akan mengalami alahan pada waktu pagi. Namun hari ini, ada waktu malam. Harash risau. Namia dipapah.

"Eh kejap. Namia belum flush." Namia berkata dengan lemah. Pantas tangan Harash menekan butang di wastafel itu. Namia memang benar-benar lemah sehingga dia tidak mampu untuk berjalan. Macam biasa, Harash terus mencempung Namia dengan hati-hati dan membawa Namia ke katil. Namia didudukkan di atas katil.

Air mineral di tepi katil diambil dan dihulurkan ke arah Namia. Namia geleng kepala.

"Minum sikit, sayang. Bilas tekak sayang tu. Nanti perit." Kata Harash memujuk. Rambut Namia dirapikan. Wajah Namia yang pucat itu dibelai lembut.

"Namia takut Namia muntah lagi." Kata Namia. Harash dipandang dengan tatapan tidak bermaya.

"Okey, sayang nak minum air apa-apa?. Abang buatkan.?" Harash menawarkan dirinya. Namia geleng kepala.

"Okey kalau macam tu, minum sikit air kosong ni. Okey?. Sikit je." Harash masih memujuk. Namia mengangguk. Harash terus memberi air mineral itu dan membantu Namia untuk minum air. Namia menonggak dengan perlahan sebelum dia menolak.

"Dah, abang." Namia berkata lemah. Harash menutup air mineral dan diletakkan di atas almari. Minyak angin diambil dan disapu perlahan di hujung dahi Namia dan juga disapukan di leher Namia.

"Abang.. Panass" Kesan minyak angin di leher Namia buat Namia terasa berangin dan panas di lehernya.

"It's okay, sayang. Sikit je. Untuk legakan tekak dan dada sayang juga nanti ". Harash memujuk. Namia mengangguk. Namia membaringkan tubuhnya. Harash menarik selimut dan ditutupi separuh badan kau.

"Sweet dream, Sayang." Harash berbisik di telinga Namia sambil mengusap perlahan rambut Namia. Harash segera ke bilik air. Tangannya dibasuh. Walaupun tak suka bau minyak angin, namun demi bini tersayang terpaksa dia bertahan.

Harash menutup pintu bilik air dan langsung membaringkan tubuhnya di sebelah Namia. Harash masuk ke dalam selimutnya. Melihat Harash sudah baring di sebelah, Namia langsung merapatkan tubuhnya dan mereka berkongsi bantal. Harash senyum.

Itulah habit Namia setiap kali dia baru lepas muntah. Harash mengusap wajah Namia dengan lembut dan langsung mencium kepala Namia dengan lama. Namia pula langsung melelapkan matanya. Harash pula, tangannya tidak henti menggosok belakang badan Namia sehingga akhirnya dia juga turut tidur bersama.

Keesokannya, sepeti biasa pada waktu pagi yang akan dilakukan oleh Namia adalah dengan menyerang bilik air. Harash yang sedang bersiap untuk pergi ke kerja itu langsung berlari mendapatkan isterinya. Perkara yang sama dia buat. Belakang badan Namia digosok dengan perlahan.

I Wanna Be Yours [Completed] 🦋Where stories live. Discover now