Shahril resah. Dari tadi dia tidak henti berfikir. Kakinya tidak henti bergerak dari tadi. Memikirkan anak dalam kandungannya itu.
"Macam mana semua boleh jadi macam ni?. Kau memang suami tak guna." Moksu berkata. Shahril hanya diam.
"Kalau jadi apa-apa dekat anak dengan cucu aku. Memang habis kau aku kerjakan." Moksu berkata lagi.
"Kau memang lelaki tak.."
"Kau boleh diam tak?. Semua ni juga berpunca dari kau. Kalau kau tak galakkan dia pergi Harash haritu semua ni takkan jadi macam ni. Ni semua sebab kau " Shahril berkata dengan amarahnya. Poksu terkejut melihat Shahril memarahi isterinya.
"Jaga bahasa" Poksu berkata
"Jaga Bini kau juga." Shahril berkata sebelum dia bangun. Dia ingin melangkah namun terdengar ada panggilan untuk waris Fatin. Shahril segera masuk.
"Encik?"
"Saya suami pesakit." Kata Shahril
"Anak saya macam mana?" Tanya Shahril lagi.
"Alhamdulilah, kami berjaya melakukan pembedahan terhadap Puan Fatin dan bayi Encik. Cuma bayi Encik sekarang ni lahir pramatang. Bermaksud bayi encik perlu berada di bawah pengawasan dari pihak kami untuk kami lihat tahap kesihatan bayi setiap hari memandangkan bayi encik dilahirkan awal daripada 37 minggu." Doktor itu berkata. Shahril menghela nafasnya. Matanya dipejam.
"Isteri saya?" Shahril bertanya dengan lemah.
"Puan Fatin.. Dia mengalami pertumpahan darah semasa proses pembedahan dijalankan. Terlalu banyak komplikasi yang berlaku semasa pembedahan di jalankan. Oleh itu, Puan Fatin disahkan lumpuh separuh badan." Doktor itu berkata lagi.
Shahril mengeluh lagi.
"Sementara atau kekal sepanjang hayat?".
"Sementara waktu." Doktor itu berpesan. Shahril mengangguk.
"Te..terima kasih Doktor." Shahril berkata. Doktor itu mengangguk. Bahu Shahril diusap perlahan sebelum dia meninggalkan Shahril bersama Fatin. Fatin yang terbaring di atas katil itu dilihat. Perlahan dia mencium dahi Fatin. Air matanya menitik.
"Ya Allah. Sungguh berat dugaan yang kau berikan kepada ku. Mungkinkah ini balasan yang kau turunkan di atas segala dosa laluku ya Allah." Shahril mengeluh. Shahril cuba mencari kekuatan. Kepala Fatin diusap lagi.
"Takpe, Sayang.. Abang janji.. abang akan jaga sayang dengan anak kita." Shahril bisik.
Seolah berharap Fatin dapat mendengarnya. Dahi Fatin dicium lagi sebelum dia melangkah keluar menuju ke ruangan bayi. Dia bertanya kepada jururawat di situ. Shahril mengikut langkah jururawat itu.
"Maaf Encik. Encik tidak dibenarkan masuk ke dalam ICU kerana bayi masih di bawah pengawasan. Tapi, Encik boleh lihat dari sini."
"Terima kasih" Shahril berkata.
Shahril melangkah dekat ke arah cermin besar di hadapannya. Melihat bayinya yang dimasukkan ke dalam incubator yang penuh dengan wayar di badan si kecil itu membuatkan Shahril rapuh. Berharap dalam hati bayinya sihat sepenuhnya. Berat tanggungjawabnya selepas ini.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Namia mengemas pakaiannya ke dalam bagasi dengan teruja. Mulutnya terus menyanyi sambil melipat bajunya. Harash yang sedang melakukan tugasannya di atas katil hanya tersenyum. Terganggu terus fokusnya saat mendengar Namia menyanyi. Betul-betul senang hati isterinya itu."Amboi, senang hati sangat tu." Harash bersuara. Namia menoleh ke arah Harash. Dia senyum.
"Well. Nak berjalan kan." Kata Namia. Harash senyum. Tidak mahu menganggu mood isterinya.
![](https://img.wattpad.com/cover/320378853-288-k472924.jpg)
YOU ARE READING
I Wanna Be Yours [Completed] 🦋
Romansa⚠ Not Edited First Cliche~ Story from Airashroses~ Sorry for the Tatabahasa, kesalahan tanda baca dan juga typo yang agak bersepah~ Harash Ferhat & Namia Amiera loves story ❤️ From "Let's make a deal" to "There is no deal between us." Start from c...