Chapter 61 - Stealing Ki..

8.5K 363 52
                                    

Selepas kejadian haritu, Harash melarang Su untuk keluar sendirian. Saat ini Su masih menetap di rumah Harash. Mama sudah pun pulang ke rumah setelah dijemput oleh abah. Namia sedih kerana selama hampir 42 hari mama menjaganya.

Su pula, sudah mula berjinak dalam perniagaan butik Namia. Sepanjang mereka berdua di rumah, banyak juga perkara dan tunjuk ajar Namia berikan kepada Su. Awalnya Su enggan kerana baginya terlalu berat untuk menguruskan butik Namia. Namia tetap tersenyum. Dipujuk Su dengan lemah lembut. Akhirnya, dia setuju. Sekurang-kurangnya ada juga sumber pendapatannya.

Namia pula sudah mula melakukan kerja dari rumahnya memandangkan dia sendiri bakal bebas dari pantang. Seperti yang dijanjikan oleh Harash, segala keperluan untuk Namia melakukan kerjanya semuanya disediakan oleh Harash.

Harash pulang dari kerja. Macam biasa, matanya mencari keberadaan isterinya. Kosong. Harash melangkah menuju ke bilik belajar mereka. Pintu dibuka dengan perlahan dan dia melangkah masuk. Tersenyum dia saat melihat Namia terlelap di atas meja kerjanya itu. Namia didekati dengan perlahan. Harash mengemas beberapa helaian kertas sketch yang agak berselerak itu dengan tersusun sebelum dia kembali menatap wajah isterinya.

Tangan Harash lembut mengusap kepala Namia. Rambut Namia yang menganggu pandangan Harash untuk menatap wajah isterinya diletakkan di belakang telinga Namia. Harash senyum. Pipi wanita itu dicium dengan lembut. Harash menatap isterinya dengan penuh kasih sayang.

Agak lama Harash menatap wajah isterinya sebelum dia mendengar deheman dari depan pintu. Harash mendongak. Su.

"Along, baru balik ke?". Su bertanya. Harash menaikkan jari telunjuknya meminta untuk Su memperlahankan suaranya. Su tutup mulutnya. Melihat Namia yang tertidur itu, Su terus tersenyum.

"Dia baru je tidur tu along. Dari pagi tadi dia masuk bilik ni siapkan sketch dengan proposal dia." Su berkata dengan perlahan. Harash menggelengkan kepalanya. Perlahan tubuh Namia ditarik ke badannya sebelum Harash mencempung tubuh Namia dengan perlahan. Namia tidak sedar. Dia masih tertidur.

Su memberi laluan kepada alongnya untuk keluar. Su senyum. Sayang betul dekat bini dia. Su menutup suis lampu dan pendingin hawa di bilik belajar Namia sebelum dia melangkah ke biliknya.

Harash menarik selimut untuk menutupi tubuh Namia. Kepala Namia diusap dengan lembut. Tidak mahu menganggu tidur isterinya itu. Harash melangkah ke dalam bilik air untuk membersihkan tubuhnya. Lama juga Harash berada di dalam air.

Namia tersedar saat dia mendengar bunyi barang jatuh. Namia buka matanya. Dia melihat sekeliling dan duduk. Pelik dia. Macam mana dia boleh ada dekat dalam bilik dia. Namia menggosok matanya sebelum dia menutup mulutnya kerana menguap. Namia turun dari katil. Dia ingin menuju ke bilik air. Dia melangkah dan terus mengambil tualanya.

Terloncat Namia saat pintu bilik air terbuka seraya dia ingin menolak pintu bilik air itu. Harash terkejut juga namun dia terus ketawa melihat reaksi isterinya itu. Namia mengusap dadanya terkejut. Tuala di bahunya diambil dan langsung memukul Harash.

"Apa salah abang?" Harash bertanya apabila Namia memukulnya.

"Abang tu buat Namia terkejut. Nasib baik tak gugur jantung Namia ni " Namia berkata. Harash ketawa.

"Abang baru balik ke?". Lembut terus suara Namia.

"Tak adalah baru sangat." Kata Harash. Dia melipat dua tangannya.

"Sayang tu, awal sangat bangun tidur." Kata Harash. Namia senyum.

"Thank you abang." Namia berkata. Dia bersandar di pintu wardrobenya. Harash mengerutkan dahi.

"Sebab bawa Namia masuk dalam bilik." Namia berkata. Harash senyum namun cepat dia membuat muka.

"Mana ada abang bawa sayang?. Sayang tak sedar ke?. Sayang berjalan sendiri masuk bilik." Harash mengusik

I Wanna Be Yours [Completed] 🦋Where stories live. Discover now