Namia dan Harash baru sahaja tiba di rumahnya. Harash meletakkan bagasinya ke dalam bilik manakala Namia duduk di sofa ruang tamunya. Mengomel tentang perjalanan mereka yang mengambil masa dua jam untuk tiba di kondominium.
Namia mengeluarkan telefon bimbitnya. Su. Namia senyum.
"Assalamualaikum, pengantin baru. Ada apa?. Takkan dah rindu kaklong?". Kata Namia.
"Waalaikumsalam. Hehehe. Betullah tu. Su rindu kaklong" Kata Su. Namia ketawa.
Saat ini Su dan Daniel duduk di rumah banglo yang agak mewah. Hadiah perkahwinan dari pakcik Daniel, Tuan Mores yang berada di Paris saat ini. Excited habis Su mendengarnya. Otaknya ligat memikirkan dekorasi yang akan dia ubah. Daniel hanya tersenyum. Seronok melihat Su yang betul-betul berubah 180 darjah setelah mereka berkahwin.
"Kaklong. Rumah Su kan, dekat dengan butik kaklong. Alhamdulilah. Senang Su nak ulang alik nanti. Kaklong pun nanti datang tau. Besar kaklong. Ada lima bilik. Su pun tak tahu kenapa banyak sangat bilik dalam rumah ni." Kata Su. Ternganga juga Su setelah mereka tiba tadi di banglonya. Jawapan Daniel mudah. Untuk anak-anak mereka nanti. Su pula malas melayan.
"Yeke?. Alhamdulilah. Okey lah tu. Bila nak start kerja?" Namia bertanya.
"Alaaaa bagilah cuti kahwin lama sikit" Kata Su. Namia ketawa.
"Kaklong gurau. Take your time Su. Takpe." Kata Namia.
"Kaklong, minggu depan ikut Su?. Pergi cari wedding planner. Untuk resepsi Su nanti. Boleh?" Tanya Su. Namia teruja.
"Kaklong on je tapi..."
"Tapi tulah...suami kesayangan akak tu. Entah bagi ke tidak." Kata Su. Namia ketawa. Adik iparnya sendiri sudah kenal.
"Nanti kaklong bagitahu balik ya. Jangan lupa ajak Ngah sekali. Lama kan dia duduk sini. Dua bulan katanya." Kata Namia.
"Don't worry. Apa-apa Su inform dekat group Powerpuff Girls kita." Kata Su. Namia ketawa.
"Okey, Su." Jawab Namia. Su ketawa. Mereka meletakkan panggilan mereka sebaik sahaja Namia mendengar Harash memanggilnya.
Namia bangun dan melangkah ke dalam biliknya. Mencari Harash. Tiada. Aik?. Dia kembali berjalan ke ruang tamu namun terkejut saat tiba-tiba Harash memeluknya dari belakang.
"Ish abang ni. Suka sangat terkejutkan Namia." Kata Namia. Harash senyum di telinga Namia. Erat pelukannya. Namia hanya diam.
"Are you okay?". Harash bertanya. Namia senyum dan mengangguk.
"Mana isteri abang yang kuat membebel tu?. Abang tak jumpa dia lah dari tadi?. Mana?". Harash berkata. Kepalanya seolah meninjau kiri dan kanan mencari seseorang. Namia menaikkan matanya geram.
"Takde. Namia dah tinggal dekat Tasik Chini." Namia menjawab. Harash ketawa. Pipinya dirapatkan ke kepala Namia.
"Guess what?"
"What?" Namia bertanya. Kepalanya mendongak menatap Harash. Harash senyum. Sempat dia mencium bibir Namia sekilas sebelum dia menghulurkan sampul surat putih ke arah Namia. Namia melihat sampul surat itu dengan ragu-ragu.
"Abang bagi Namia duit ke?". Tanya Namia. Harash geleng kepala. Bibirnya masih tersenyum.
"Bukalah." Kata Harash.
Namia mengambil sampul surat itu. Dia memusingkan tubuhnya menghadap Harash. Kertas dilipat tiga itu diambil dan dibuka.
"Abang?" Namia memanggil. Suaminya dipandang.
YOU ARE READING
I Wanna Be Yours [Completed] 🦋
Romance⚠ Not Edited First Cliche~ Story from Airashroses~ Sorry for the Tatabahasa, kesalahan tanda baca dan juga typo yang agak bersepah~ Harash Ferhat & Namia Amiera loves story ❤️ From "Let's make a deal" to "There is no deal between us." Start from c...