Awal-awal pagi lagi Namia dan mama sedang sibuk di dapur. Memandangkan ramai ahli keluarga yang lain sudah pulang malam tadi, tinggalah mereka sekeluarga. Harash keluar berjogging pada awal pagi lagi. Namia pula sedang sibuk membuat Nasi Lemak dan Sambal Udang yang diminta oleh Harash pagi tadi. Mama pula sibuk membuat mee goreng dan membuat air kopi sebelum dihidangkan di atas meja makan.
"Wah sedapnya bau Namia. Mama macam tak sabar nak makan." Kata Mama yang berdiri di belakang Namia itu. Namia senyum.
"Abang Harash pun suka makan Nasi Lemak ni. Tapi masih tak boleh lawan Ummi masak. Kadang-kadang Namia bergaduh dengan Abang Harash sebab Ummi selalu bagi udang lebih dekat Abang Harash." Namia memuncungkan bibinrya. Mama ketawa. Kepala Namia diusap.
"Ala kesiannya anak Mama seorang ini. Takpe, udang banyak harini. Jangan risau okey." Mama bergurau. Namia ketawa,
"Assalammualaikum." Terdengar suara Harash memberi salam. Baru balik dari berjogging.
"Waalaikumsalam. Lama jogging?". Mama bertanya. Harash senyum.
"Dah lama tak berjogging. Lagipun along dah lama tak jalan kampung. Seronok pula rasa." Kata Harash. Dia menuju ke arah isterinya yang sedang sibuk memasak itu.
"Nanti bawaklah Namia pusing kampung tu." Kata Mama. Harash dan Namia senyum. Mama melangkah ke ruang tamu. Melihat mamanya yang sudah hilang dari pandangan itu, pantas Harash memeluk Namia dari belakang. Hampir saja terbang senduk sambal udangnya saat Harash tiba-tiba memeluknya itu.
"Abang!." Namia geram. Lengan Harash dipinggangnya dipukul perlahan. Harash hanya senyum. Dagunya diletakkan di bahu Namia.
"Ermm sedapnya bau sayang. Eh, bukan bau nasi lemak yang sayang buat." Harash bergurau. Namia hanya menjeling Harash dari samping. Harash menoleh ke arah Namia.
"Sayang dah mandi ke?". Harash bertanya. Namia memandang ke arah Harash dan mengangguk. Harash senyum. Pelukan makin dieratkan.
"Abang, nanti mama nampaklah. Jangan" Namia berkata.
"Biarlah. Abang kan suami sayang. Salah ke?". Harash menjawab. Pelukan makin erat.
"Abang."
"Takpelah, alang-alang tu sayang boleh teman abang mandi." Kata Harash. Namia mengerutkan dahinya.
"Huh?"
"Hesy, sebut perkataan lain."
"Huh?. Apa abang ni, Namia tak faham lah." Namia menjawab. Kepalanya digelengkan sebelum dia kembali mengacau sambal udangnya.
"Sayang dah mandi kan? So, sayang kena mandi lagi sekali." Harash berbisik. Namia cuba memikirkan maksud Harash. Baru tersedar, Harash yang lencun dengan peluh itu sedang memeluknya kerana Namia mula rasa baju belakangnya basah.
"ABANG!!!" Namia menjerit. Harash terkejut dengan jeritan Namia yang tengah mendengus tu.
"Eeeeee abang ni. Suka tahu. Namia dah mandilah. Erghhh" Namia geram.
"Hey, kenapa tu?" Mamanya bertanya dari ruang tamu. Namia menoleh.
"Tengok abang Harash ni Ma.. dia " Belum sempat Namia menghabiskan ayatnya, Harash sudah mencium bibir Namia. Namia terkejut dan langsung menolak tubuh Harash dan terlepas.
"Bising sangat kan. Mendapatlah." Kata Harash. Namia memandang Harash tajam.
"Marah?. Tu hangus tu sambal sayang." Harash menunjukkan sambal udang Namia dengan muncungnya. Namia membalikkan tubuhnya. Harash ketawa saat melihat baju Namia yang ada kesan basah gara-gara perbuatannya tadi. Harash mengambil air dari air penapis itu dengan menggunakan cawan dan langsung diteguk. Namia menoleh sekilas. DIa terhenti. Harash dipandang lagi. Matanya menuju ke arah Harash yang sedang menonggak air dengan wajahnya dijujuri dengan peluh. Haih, nasib baik laki sendiri.
![](https://img.wattpad.com/cover/320378853-288-k472924.jpg)
YOU ARE READING
I Wanna Be Yours [Completed] 🦋
Romance⚠ Not Edited First Cliche~ Story from Airashroses~ Sorry for the Tatabahasa, kesalahan tanda baca dan juga typo yang agak bersepah~ Harash Ferhat & Namia Amiera loves story ❤️ From "Let's make a deal" to "There is no deal between us." Start from c...