Su mencebik. Pagi-pagi dah buat orang sakit hati. Siapa lagi kalau bukan si Daniel tu. Mana tak sakit hatinya. Kalau dah dari subuh sampai sekarang tak berhenti spam Su bertanya untuk melangsaikan hutang day 10 katanya. Ya dah 10 hari dia melangsaikan "hutang" dengan si Daniel. Awal-awal su malas nak layan tapi kalau dah sampai 100 pesanan mana tak sakit hati. Dia berada di apartment Ngah saat ini. Nak ber me time katanya.
Dia terus mendail nombor Daniel tu. Tak sampai sesaat,
"Hey, little girl. First move?"
"First move kepala hotak kau." Pedas jawapan Su. Terdengar Daniel ketawa.
"Kau tak ade life eh?. Takde kerja eh?. Dari subuh tak stop spam aku sampai nak meletup phone aku ni dah kenapa?" Su bebel.
"Phone nak meletup?. Come to me, I will buy another 10 for you." Selamba Daniel menjawab. Su mendengus.
"Lunch ni aku tak boleh. Aku janji dengan family aku nak lunch sama-sama. Hari lain." Su berkata.
"Woah family's little girl?. Should I come?" Daniel bergurau.
"Tengkorak kau"
"I love when you swearing. God, I miss you so much" Su menaikkan matanya menyampah.
"Aku benci kau lah." Su menjawab.
"Tonight?"
"Apa yang tonight?" Tanya Su
"Hutang?"
"Ishh esok",
"Tonight! 8 pm." Daniel mula menujukkan auranya.
"Kereta aku tak ada. Dekat bengkel" Su jawab mendatar.
"I'll pick you up".
"No!"
"7.30 pm at your lobby, see you tonight. Little girl" Daniel terus mematikan panggilannya. Su ternganga tak percaya. Dia geram. Dia menumbuk bantal di atas katil itu beberapa kali.
"Mamat ni." Su geram.
Jangan tanya macam mana dia boleh tahu apartment Ngah. Panjang ceritanya tapi dipendekkan. Kereta Su tersadai di tepi jalan selepas mereka bertemu masa hari 6. Kebetulan Daniel lalu di laluan itu dan dia berhenti tepi. Tapi Su yakin bukan kebetulan sebab dari awal dia dah perasan yang kereta itu mengekorinya dari restoran tempat mereka bersantap itu.
Su punya bengong, dia lupa yang dia duduk rumah along bersama mamanya. Tapi dia pergi tunjuk dekat mamat ni apartment Ngah. Semenjak itu kerap juga Daniel menunggu Su setiap kali mereka ingin keluar makan. Tapi! Su tak tahu. Dia hanya mengekori kereta Grab yang dipesan oleh Su pada hari ke 7,8 dan 9.
"Ish!. Menyampah betullah aku" Su bebel. Telefonnya dicampak. Su melangkah masuk ke dalam bilik air. Bersiap sebelum alongnya datang untuk mengambilnya tengah hari nanti.
Daniel pula, tersengih sambil menatap nama kenalan yang disimpan dengan nama "Angry Little Girl" tu. Pertama kali dia rasa seronok buat perempuan marah.
"Lebar sangat senyum tu, bro."
Mati terus senyum Daniel saat Ray bersuara. Dia berdehem dan membetulkan duduknya.
"Mana ada aku senyum" Nafi Daniel. Ray ketawa. Dia duduk di kerusi berhadapan dengan meja kerja Daniel itu.
"Kau dah angau sangat ni bro." Ray berkata. Daniel menatap di tajam. Ray hanya ketawa. Kalau orang lain, mesti dah terkucil bila Daniel memberi pandangan maut namun tidak dengan Ray.
![](https://img.wattpad.com/cover/320378853-288-k472924.jpg)
YOU ARE READING
I Wanna Be Yours [Completed] 🦋
Romance⚠ Not Edited First Cliche~ Story from Airashroses~ Sorry for the Tatabahasa, kesalahan tanda baca dan juga typo yang agak bersepah~ Harash Ferhat & Namia Amiera loves story ❤️ From "Let's make a deal" to "There is no deal between us." Start from c...