Namia tersenyum melihat Harash yang baru balik dari kerja itu. Namia yang sedang duduk di ruang tamu itu didekati. Namia bangun dan langsung menyalami suaminya. Sudah hampir dua minggu dia berpantang di rumah. Sudah tentu mama dan umminya menetap di rumah mereka. Betul-betul prihatin dengan anak menantu mereka itu. Yang seorang risaukan Namia berpantang, yang seorang lagi risaukan anak lelakinya. Bukan boleh percaya anak lelakinya tu. Nanti tak pasal-pasal. Malas nak habiskan ayat.
Harash duduk di sofa dan langsung menarik Namia untuk duduk di sebelahnya. Rambut isterinya dibelai dengan lemah lembut. Namia pula langsung membaringkan kepalanya di dada Harash. Memang itu habitnya setiap kali Harash pulang dari kerja.
"Sayang okey hari ini?" Harash bertanya. Kepala Namia dicium. Namia mengangguk. Kenapa Harash bertanya?. Sebab pernah satu hari itu, Namia breakdown. Entah kenapa dia tiba-tiba rasa tertekan, rasa kecewa dengan dirinya kerana gagal menjaga kandungannya. Harash tidak boleh lupa bagaimana luruhnya hatinya saat memujuk Namia yang menangis di dadanya ketika itu. Dengan dia-dia sekali menangis.
Semenjak daripada itu, Harash sentiasa memantau Namia walaupun dia berada di pejabat. Sudah pasti ada tiga orang spy yang dia pasang di rumahnya untuk mengawasi Namia. Mama, Ummi dan tentu sekali Su. Akhirnya, Su berjaya mendaftarkan dirinya sebagai seorang penganggur. Baru sahaja meletakkan jawatannya empat hari lepas dan kini sepenuh masa menghabiskan duit along, kaklong, ngah dan abang ngahnya. Bahagia sungguh.
"Okey dan sentiasa okey je, abang. Namia tak sabar nak habis pantang. Buat rutin harian Namia. Pergi kerja, balik kerja, gaduh dengan abang lepastu tidur." Kata Namia. Harash ketawa namun sekejap. Harash menarik kepala Namia dengan dua tangannya. Harash menatap mata Namia.
"Abang.. abang ada benda nak cakap dengan sayang." Kata Harash. Namia pula menatap Harash dengan perasaan ingin tahu.
"Apa dia?" Tanya Namia. Harash ingin bersuara namun terhenti saat mendengar suara mamanya yang baru keluar dari bilik tetamu. Mati terus niat Harash. Dia bangun dan terus menyalami tangan mamanya.
"Ummi mana?"
"Ummi tengah baring dengan Su." Kata mama. Lengan anaknya dibelai perlahan.
"Okey?"
"Okey je Ma."
"Mama ada masakkan along lauk kari. Tapi jangan makan depan Namia." Mama berbisik dengan perlahan. Namia curious. Dia bangun dan dua beranak itu dirapati.
"Apa tu?" Namia menyergah dan terus memeluk Harash dari belakang. Kepalanya disandarkan di lengan Harash. Mama dan Harash terkejut.
"Ish budak ni. Dah pandai dah terkejutkan orang." Mama memukul tangan Namia yang sedang memeluk Harash itu.
"Mama cakap apa tadi dengan abang?. Ingat Namia tak dengar ke?". Namia berkata. Harash dan Mama hanya senyum.
"Nanti sayang juga yang merajuk." Kata Harash. Namia mendongak memandang Harash.
"Apa diaaa?". Namia ingin tahu. Harash ketawa.
"Sibuk lah." Kata Mama dan dia terus ke dapur. Namia masih menatap Harash.
"Cakap." Kata Namia. Harash mendongak dan terus berjalan menuju ke bilik. Namia yang masih memeluknya itu hanya mengikut langkah Harash.
"Abang." Namia memanggil tak puas hati. Harash hanya senyum.
"Tak boleh. Nanti sayang juga yang terliur." Kata Harash. Namia terus melepaskan pelukannya.
"Ermm pasal kari ayam lah tu." Kata Namia. Harash menoleh.
"Sayang tahu?"
"Abang mama masak takkan Namia tak bau. Namia okey je. Cuma jangan makan depan Namia." Kata Namia. Harash hanya senyum. Pipi isterinya dicubit.
![](https://img.wattpad.com/cover/320378853-288-k472924.jpg)
YOU ARE READING
I Wanna Be Yours [Completed] 🦋
Romance⚠ Not Edited First Cliche~ Story from Airashroses~ Sorry for the Tatabahasa, kesalahan tanda baca dan juga typo yang agak bersepah~ Harash Ferhat & Namia Amiera loves story ❤️ From "Let's make a deal" to "There is no deal between us." Start from c...