Chapter 86 - Babyshower

7.5K 327 48
                                    

Selepas menempuh kesesakan lalu lintas sepanjang perjalanan pulang ke kampung, akhirnya kesemua anak menantu Abah dan Mama tiba di perkarangan rumah mereka. Tersenyum Mama dan Abah saat melihat kereta anak menantunya yang telah terparkir di hadapan rumahnya.

Macam biasa, kalau mama dan abah buat majlis, pastinya akan tersedia satu biji khemah kanopi. Pastinya besar-besaran memandang mereka akan menyambut cucu secara serentak dari anak menantunya.

Mereka turun dari kereta. Ngah dan Aidil menaiki kereta Harash. Ngah segera berlari mendapatkan mamanya.

"Masyallah, Love. Jangan lari." Aidil yang baru sahaja melangkah turun dari kereta Harash itu segera menahan isterinya yang sedang berlari itu. Ngah terhenti kemudian tersenyum ke arah Aidil yang sedang memautnya itu.

Ngah menyalami tangan Abah dan Mama sebelum dipeluk erat orang tuanya itu. Harash pula membantu Namia yang berusaha untuk turun dari keretanya itu. Harash tersengih saat melihat Namia termengah itu.

"Ish.. ketawakan pula. Help me abang". Kata Namia. Tangannya dihulurkan. Harash menyambutnya dan perlahan-lahan Namia melangkah turun.

"Aduh abang. Namia dah start mengah dah ni " Kata Namia. Harash senyum.

"It's normal lah tu sayang." Harash memujuk. Namia membuat muka.

"Kenapa Ngah boleh lari?". Namia bertanya. Harash mengangkat bahu. Pintu tempat duduk di belakang ditutup. Mereka berjalan menuju ke arah Mama dan Abah.

"Assalamualaikum Ma. Abah". Namia menyapa. Tangan mama dicium. Mama senyum dan menjawab salam dari Namia. Pipi menantunya dicium.

"Namia sihat?"

"Alhamdulilah sihat." Namia senyum.

Namia menyalami tangan Abah manakala Harash menyalami mamanya. Namia berdiri di sebelah Ngah. Mereka menoleh ke arah Daniel. Daniel bersendirian. Tangan mertuanya disalam.

"Mana budak bertuah tu?". Mama bertanya. Daniel sengih.

"Tu. Tengah tidur." Kata Daniel. Mama gelengkan kepalanya saat melihat bayangan Su yang sedang terlelap itu.

"Itu pun baru tidur. Kalau tak membebel je tak berhenti". Daniel menambah. Abah menepuk bahu Daniel sambil ketawa.

"Tak apa. Biar mama kejut." Kata Mama. Dia berjalan mendekati kereta Daniel. Pintu kereta dibuka. Namia melihat kelakuan ibunya itu. Dia ketawa.

"Su.. Su bangunn." Mama mengejut perlahan. Su mendengus.

"Eeee Ngahhh.. Jangan kacau aku lahhh.Sibukalah kau ni." Su mendengus sambil menggaru kepalanya marah. Daniel ketawa.

"Apesal aku pula yang kena?". Tanya Ngah. Namia ketawa. Lengan Ngah diapaut.

"Apa??. Sibuk?." Mama bersuara. Su terkejut. Pantas dia membuka matanya.

"Ehh ma..mama". Su bersuara. Dia menatap Daniel di belakang mama itu. Dia ketawa.

Mama menarik telinga Su dengan perlahan. Mereka semua ketawa.

Macam biasa, setiap kali mereka sampai di rumah mama, pasti mama akan menyediakan makanan untuk mereka. Sudah pasti, Mama menghidangkan kari ayam sebagai menu utama. Cubalah teka siapa yang paling teruja.

Namia menyendok nasi ke pinggan Harash. Harash menoleh. Dia tersenyum. Namia mula menyendok nasi di pinggan Ngah,Aidil, Su dan Daniel. Namia turut meletakkan nasi ke pinggan Mama dan Abah.

"Terima kasih". Mama berkata. Namia senyum.

Harash menarik kerusi di sebelahnya dan menyuruh Namia duduk.

I Wanna Be Yours [Completed] 🦋Where stories live. Discover now