Fatin melangkah setapak demi setapak sambil memegang besi pemegang di mini gym rumahnya itu. Matanya dipejam dan dia melangkah lagi. Dia senyum setiap kali dia berjaya menapak satu langkah. Sudah 3 bulan dia dan Shahril duduk di Amerika semenjak Fatin dan bayinya keluar dari hospital. Shahril benar-benar menunaikan janjinya apabila dia sendiri yang memperkenalkan Fatin dengan seorang pakar physiotherapist untuk dirinya segera sembuh.
Sudah masuk dua bulan Fatin menjalani latihan physio untuk kakinya. Awalnya Fatin mula give up dengan dirinya. Dia banyak menangis semasa awal sesi physio itu. Namun sokongan dan kata-kata semangat yang diberikan oleh Shahril betul memberi motivasi kepada dirinya.
Shahril senyum. Senyum melihat perubahan isterinya itu. Fatin yang sekarang sangat berbeza dengan Fatin yang dia kenali beberapa bulan yang lepas. Fatin menjadi lebih lemah lembut ketika bersamanya. Manja jangan cakap. Sepanjang masa nak berada dekat dengannya. Shahril hanya melayan dengan karenah Fatin kerana sejujurnya dia bahagia dengan keluarga kecilnya saat ini.
Shahril menapak ke arah isterinya dari belakang perlahan-lahan. Fatin yang sedang berusaha itu tidak menyadari Shahril di belakangnya. Fatin ingin kembali ke belakang. Dia pusingkan tubuhnya dengan perlahan. Kuat dia memegang besi pemegang itu.
"MAKKK!!"
Fatin menjerit sebaik sahaja dia melihat Shahril di belakangnya. Bulat mata Shahril mendengarnya dan lantas dia meletakkan jari telunjuknya di bibir Fatin. Memberi isyarat diam.
"Baby tidur" Shahril berkata. Fatin memukul tangan Shahril
"Kau tu buat aku terkejut siapa suruh." Fatin berkata. Shahril senyum. Ya. Begitulah ceritanya. Kau Aku!. Mereka enggan memanggil satu sama dengan nickname atau apa-apa panggilan nama.
"Aku diam je dekat belakang kau ni". Kata Shahril. Fatin kemudiannya tersenyum.
"I'm proud of you. Dah boleh buat seorang nampak?". Kata Shahril. Hidung Fatin dicuit. Makin lebar senyum Fatin. Shahril menyentuh tangan Fatin di pemegang besi itu. Digenggam erat sebelum dia menarik tangan Fatin. Fatin terkejut. Kuat dia genggam tangan Shahril. Takut kalau dia tidak mampu menahan dirinya untuk berdiri. Perlahan tangan Shahril menuju ke siku Fatin.
Memegang erat dan berusaha untuk membantu Fatin untuk menstabilkan dirinya. Fatin melihat Shahril. Shahril senyum. Shahril berundur secara perlahan dan Fatin pula mula menapak ke hadapan. Shahril mengangguk sebaik sahaja Fatin melangkah.
"Jangan laju-laju." Fatin berkata lagi. Shahril angguk. Setapak demi setapak akhirnya tiba di penghujung. Fatin senyum. Shahril memeluk Fatin dengan erat.
"Alhamdulilah. Banyak dah kau improve ni". Kata Shahril dalam pelukannya. Fatin senyum. Dia membalas pelukan Shahril.
"Alhamdulilah. Kaulah penyemangat aku.". Kata Fatin lagi. Shahril senyum.
"Oh lupa, Aisyah. Aisyah pun penyemangat aku. Sorry kau ada pesaing." Kata Fatin dalam pelukannya. Shahril ketawa. Kepala Fatin diusap. Pelukan dilepaskan.
"Guess what?"
"What?"
"Aku masak Nasi Lemak. Khas untuk kau.?" Shahril berkata. Fatin besarkan matanya seolah tidak percaya.
"Kau?. Masak Nasi Lemak?. Seriously?" Fatin bertanya. Senyum Shahril mati.
"Kenapa?. Tak percaya ke?". Shahril bertanya. Fatin geleng kepala. Shahril terus mencempung Fatin dengan hati-hati. Fatin menjerit.
"Shhh!!! jangan jerit kuat-kuat. Baby tidur." Shahril pesan. Fatin memaut bahu Shahril dengan kuat. Telinga Shahril ditarik.
"Kau tu buat aku terkejut". Kata Fatin. Shahril senyum. Dia melangkah ke dapurnya. Fatin tersenyum saat hidungnya menghidu aroma Nasi Lemak itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/320378853-288-k472924.jpg)
YOU ARE READING
I Wanna Be Yours [Completed] 🦋
Romance⚠ Not Edited First Cliche~ Story from Airashroses~ Sorry for the Tatabahasa, kesalahan tanda baca dan juga typo yang agak bersepah~ Harash Ferhat & Namia Amiera loves story ❤️ From "Let's make a deal" to "There is no deal between us." Start from c...