Chapter 120 - My Lady

12.9K 334 191
                                    

3 Tahun Kemudian.

Namia tersadar dari tidurnya sebaik sahaja dia mendengar suara pertengkaran antara Bunga dan Putra itu. Namia mengerdipkan matanya berkali-kali untuk tersadar.

"Eeee Abanggg anganlahh arik ambut Bungaaaa... Eeeee"

Bulat mata Namia saat melihat Putra menarik rambut anak perempuannya itu. Bergegas dia menyuruh Putra untuk melepaskan tarikannya.

"Putra. Kenapa dengki sangat ni dengan adik ni?" Namia membebel. Putra muncung. Bunga pula menggosok kepalanya dan bangun berlari mendapatkan Mamanya.

"Eee abangg cuu." Bunga mengadu. Putra kemudiannya merajuk. Tangannya dilipat dua dan dia muncung. Namia tertawa. Ada-ada sahajalah si kembar ini. Namia gelengkan kepalanya.

"Mama marah bukan sebab Mama tak suka. Mama nak nasihatkan Putra je." Namia berkata dengan lembut. Putra kemudiannya mencebik sebelum dia menangis. Namia terkejut sebelum dia menarik Putra untuk duduk di pangkunya. Dipeluk erat tubuh Putra dan dicium kepala Putra. Sangat-sangat mengingatkan dirinya kepada Harash. Dia sangat merindukan Harash. Dikucup lagi kepala anaknya sebelum dia memeluk erat Bunga dan Putra di pangkunya.

"Say sorry to adik." Namia memujuk Putra. Putra tersedu sebelum dia melihat Namia. Namia mengangguk.

"Adik.. Abangg cowwyy.." Kata Putra. Bunga yang sedang menggosok kepalanya itu memandang Namia. Namia mengangguk.

"Oceyy.. Bunga oceyy." Kata Bunga. Dia kemudiannya bangun dan memeluk abangnya. Putra turut membalas pelukan adiknya dan dia menggosok kepala Bunga. Namia tersenyum melihat anak-anaknya. Haih, seandainya Harash berada di sini, pasti dia bangga melihat anak-anaknya yang sudah membesar dengan sangat-sangat baik.

Mereka menoleh saat mendengar bunyi ketukan dari pintu caravan itu.

"Aceekom.. Bungaa.. Putraaa." Namia tertawa.

"Haa.. Edenn panngil tite yahh.. Adik.. yom mayen tekat luarr.." Putra berkata kepada Bunga. Dia kemudiannya ingin melangkah turun dari katil di dalam caravan itu.

"Aik, tak minta izin Mama pun?" Tanya Namia. Mereka yang melangkah itu terhenti. Putra dan Bunga menatap antara satu sama lain. Mereka mendekati Namia.

"Mama.. tan we playy outcide tengan Eden tengan Pypy?" Tanya Putra. Sebagai seorang abang, dia tahu dia yang perlu mewakilkan adiknya untuk meminta izin.

"Promise jangan nakal-nakal?" Tanya Namia.

"We pomish!" Kata Bunga dan Putra serentak. Namia senyum. Dicium kedua pipi anak-anaknya itu.

"Wear your jacket Bunga, Putra. It's cold outside!" Kata Namia. Mereka mengangguk dan menuju ke arah meja kecil yang mempunyai baju sejuk mereka itu. Walaupun bukan musim salji di bumi New Zealand ini, namun tetap sahaja suhu sejuk itu menerpa mereka. Maklumlah, orang Malaysia biasa bersuhu 36 hingga 38 darjah celcius. Namun suhu di sini pula jatuh kepada 10 ke 16 darjah celcius.

Ya!. Saat ini, Namia mengikuti keluarga mentuanya bercuti bersama di New Zealand. Pertama kali jejakkan di bumi New Zealand, Namia berasa sangat teruja. Setelah hampir tiga tahun, sudah beberapa negara dia jejaki. Seperti yang diimpikan oleh Harash dahulu. Dia pernah berjanji untuk mengadakan family trip bersama ke seluruh dunia katanya. Teringat pula bagaiman dia menolak kerana mabuknya. Namun setelah dia memberanikan dirinya untuk bercuti bersama keluarganya, dia kini sudah berjaya atasi mabuknya. Seolah perkara itu biasa buatnya.

Namia mengeluh sebaik sahaja dia sedar. Dia bersendirian lagi setelah Bunga dan Putra keluar untuk bermain bersama Haffy dan Ayden. Ya. Eden itu adalah Ayden dan Pypy itu adalah Haffy. Namia kemudiannya bangun. Dia mencuci mukanya di dalam bilik air caravan itu sebelum dia menyarungkan tudung sarung dan jaket sejuknya. Dia membuat air coklat panas.

I Wanna Be Yours [Completed] 🦋Where stories live. Discover now