Hari kedua di Hatyai, mereka bergerak untuk bersarapan di Chabura Dimsum. Entah apa kena dengan si Harash tiba-tiba teringin untuk makan. (Bukan apa yang seperti anda fikirkan!!!!!!!!!!!!!).
Mereka menjamu selera dengan aneka jenis Dimsum yang semestinya sangatlah menarik perhatian mereka untuk bersarapan pagi. Hampir penuh meja mereka dengan pelbagai jenis Dimsum. Ngah dan Su antara penggemar makanan yang seperti ini. Namia hanya menjamah beberapa jenis sebelum dia berhenti. Jujur. Mulutnya tidak mampu menerima makanan seperti ini. Kalau Dimsum tak boleh, bayangkan sahaja Sushi. Pasti automatik dia menutup mulut dan hidungnya.
"Sayang tak nak lagi ke?" Tanya Harash. Namia senyum. Dia menggelengkan kepalanya.
"Namia dah kenyang." Harash melihat isterinya. Bukannya dia tak tahu. Namia tidak gemar dengan makanan seperti ini.
"Yakah?" Tanya Harash dengan ragu-ragu. Namia mengangguk lagi dan senyuman diberi. Harash gelengkan kepalanya. Dia kemudiannya bangun dan menuju ke kaunter. Namia melihat Harash dan menatapnya tidak lepas. Harash sedang memesan sesuatu. Harash kembali duduk di sebelah Namia.
"Abang order apa lagi?" Tanya Namia. Harash menoleh.
"Nasi Lemak Chabura." Kata Harash. Namia ternganga.
"Ada ke Nasi Lemak?" Tanya Namia dengan clueless. Harash mengerutkan dahinya dan kemudiannya menunjuk senarai menu di dinding gerai itu. Namia kemudiannya ketawa sendiri.
"Ya Allah. Mati-mati Namia ingat memang Dimsum je yang dia jual. Abang!!" Namia memukul lengan Harash. Sedikit terangkat bahu Harash saat Namia memukul lengannya. Harash kemudiannya tersenyum saat melihat Namia yang cuba menahan tawanya. Merah padam mukanya.
30 minit selepas itu, mereka mula bergerak untuk menuju ke tempat-tempat menarik di Hatyai antaranya Muzium 3D, Wat Hat Yai Nai dan Hat Yai Cable Car.
Memandangkan mereka masih membawa bayi yang masih kecil, mereka hanya melalui sahaja kawasan-kawasan tokong dan patung-patung Budha sebelum mereka tiba di Hat Yai Cable car. Namia mendongak melihat cable car yang berada di atasnya. Harash senyum.
"Scared?" Namia menoleh ke arah Harash. Air liurnya ditelan. Harash ketawa. Melihat suaminya yang sedang mentertawakannya itu dengan cepat dia memukul lengan Harash.
"Nak naik tak?" Harash bertanya. Namia gelengkan kepalanya. Harash mengangguk.
"Kalau abang nak pergi abang pergilah. Namia dengan Bunga tunggu dekat bawah." Kata Namia. Harash mengangguk.
"Okey." Harash menjawab. Namia menatap Harash tak percaya.
"Namia...Namia tinggal dekat bawah? Dengan Bunga?" Namia berkata lagi. Harash angguk lagi. Namia menaikkan bibirnya tak percaya.
"Dah jom." Harash mengajak adik-adiknya untuk membeli tiket. Namia kemudiannya mengambil tempat di kerusi menunggu. Wajah Bunga ditatap.
"Kaklong ikut tak?" Ngah bertanya. Namia geleng.
"Eee taubat. Tak nak." Namia menjawab.
"Ala. Dia tak jauh macam dekat Langkawi. Jomlah kaklong." Ngah memujuk. Namia tetap menggelengkan kepalanya.
"Awak nak tengok kaklong tumbang awal ke? Haih.. Tak naklah. Dahlah harini hari last kita dekat Hatyai. Kaklong tak nak." Kata Namia. Ngah muncung.
"Aloo.. Tak best kaklong tak ikut." Kata Ngah. Su turut mengangguk. Mereka kemudiannya melihat Harash sedang melangkah ke arah mereka.
"Nah. Sorang satu." Harash menghulurkan tiket seorang demi seorang.

YOU ARE READING
I Wanna Be Yours [Completed] 🦋
Roman d'amour⚠ Not Edited First Cliche~ Story from Airashroses~ Sorry for the Tatabahasa, kesalahan tanda baca dan juga typo yang agak bersepah~ Harash Ferhat & Namia Amiera loves story ❤️ From "Let's make a deal" to "There is no deal between us." Start from c...