Chapter 77 - The Reception

7.3K 310 102
                                    

Awal pagi Su dan Daniel bersiap untuk majlis resepsi mereka yang akan bermula lagi beberapa jam sahaja lagi. Namia dan Ngah mengenakan gaun yang sama seperti yang mereka janjikan. Harash dan Aidil pula segak berbaju Melayu. Abah turut memakai baju Melayu dan Mama cantik berbaju kurung songket.

Mereka sibuk melayan tetamu. Seperti yang tahu, Aidil juga merupakan sepupu kepada Ngah sekaligus dia juga turut sibuk melayan ahli-ahli keluarga Harash yang lain. Namia pula macam biasa melayan ahli keluarganya yang tiba agak awal itu. Namia menggendong Sofi. Tubuhnya yang comel dan berisi itu digigit oleh Namia. Macam biasa bila dah sampai dekat tangan Moksunya memang habis Sofi Namia kerjakan. Kaklongnya hanya menggeleng.

Hari ini, semua ahli keluarga lengkap hadir semuanya. Abang Long dan Abang Ngah turut hadir. Seronok juga Namia setelah sekian lama tidak bertemu dengan dua iparnya itu.

"Janganlah. Sofi tu baru je nak rindu kau. Kau buat macam tu makin dia menyampah nanti." Kata Kaklong. Namia tidak peduli. Dicium dengan kuat sehingga Sofi menolak wajah Namia dengan kuat.

"Segak laki kau. Haih. Untung betul kau kan. Family diorang memang helok-helok belaka ke?." Tanya Kakngah. Namia ketawa. Abang Ngah hanya menarik telinga Kakngah.

"Kau belum tengok pengantin lelaki lagi. Lebih kurang juga macam Harash dengan Aidil tapi yang pasti laki aku lagi handsome lah" Kata Namia. Peha Sofi ditepuk. Sofi hanya diam di pangku Namia. Tangan Sofi bermain dengan jari Namia. Namia senyum.

"Rindu Moksu lah tu." Kata Namia. Sofi mendongak. Dia tersengih. Dia bangun dari riba Namia dan berdiri di peha Namia. Namia senyum namun pelik kerana Sofi mendongak. Namia turut mendongak. Ceh! Dia nampak Poksu dia rupanya.

Harash menegur Sofi. Bukan main lagi. Namia mencebik. Harash menyalami Ummi dan Baba sebelum dia bersalam dengan dua birasnya itu.

"Sihat kamu Harash?" Baba bertanya. Harash mengangguk.

"Alhamdulilah Baba. Anak Baba jaga Harash dengan baik." Kata Harash. Namia senyum. Baba dan Ummi ketawa. Harash menatap Namia sebelum dia menatap Sofi. Sofi tidak henti menatapnya. Harash melangkah ke Sofi.

"Jom. Ikut Poksu". Harash berkata. Tangannya menghulur. Sofi ingin mendakap Harash namun dihalang oleh Namia.

"Ish. Tak boleh. Duduk dengan Moksu." Namia berkata. Sofi di bawa ke pelukannya. Sofi meronta.

"Sayang, bagilah abang." Kata Harash.

Namia gelengkan kepalanya. Dia menjelir Harash. Namia bangun sambil menggendong Sofi. Sofi pula sudah menangis. Harash geleng kepala.

"Sekejap eh Ummi Baba" Kata Harash. Namia dia buntuti. Kaklong dan Kakngah ketawa.

"Tengoklah tu. Perangai". Kaklong berkata.

"Biarlah dia." Kata Ummi.

Air teh diminum. Harash dipandang. Melihat bagaimana Harash melayan Namia dari jauh. Tersenyum dibuatnya. Betul rupanya pilihannya.

"Nami tu bahagia je Ummi tengok" Kata Ummi. Kaklong senyum.

"Mana tak bahagia Ummi. Harash tu sayang betul dekat Namia. Tengoklah. Mana dia bagi si Nami tu kerja dekat butik semenjak Nami gugur haritu. Nami kata Harash siap belikan komputer baru semua untuk kelengkapan kerja Nami dekat rumah". Kata Kaklong.

"Kalau dulu rajin juga si Harash tu datang butik. Kalau tak culik si Nami, tak sah." Tambah Kaklong.

"Nak kata pengantin baru dah setahun kahwin. Entahlah mi. Kadang jealous juga. Tak macam abang doktor sorang tu, asyik tak balik je." Kaklong memerli suaminya. Abang Long ketawa.

I Wanna Be Yours [Completed] 🦋Where stories live. Discover now