Chapter 31 - Jealous?

12.3K 448 83
                                    

Tanpa sedar, sudah hampir tiga bulan mereka mendirikan rumah tangga. Kebahagiaan yang dimiliki Namia apabila bersama Harash sangatlah membuatkan hidupnya berubah seratus lapan puluh darjah. Dia menjadi lebih manja dan sentiasa menginginkan perhatian daripada Harash. Harash pula, sudah tentu senang hati. Bukan main suka si Harash apabila melihat perubahan dari Namia. Terserlah sungguh kemanjaanya semenjak mereka mengungkapkan perasaan mereka sebulan yang lepas.

Namia merenung beg kertas beracun tu. Ya. Beg kertas yang diberi oleh kakak-kakaknya bulan lepas yang masih elok tersimpan di almari di dalam biliknya. Memang sengaja dia sorokkan di situ. Harash sangat jarang masuk ke dalam biliknya lebih-lebih lagi dia kini sudah kekal sebilik dengan suaminya. Namia mengambil beg itu dan diletakkan di atas katil. Sempat ditepuk katil itu beberapa kali sebelum dia melabuhkan punggungnya di atas katil itu. Namia mengeluh. Perasaaan bersalah dan takut muncul dalam dirinya.

Sudah hampir sebulan dia meluahkan perasaannya kepada Harash dan mereka boleh dikatakan sudah mula rapat. Namun di dalam sebulan itu, tidak pernah sekali pun mereka "bersama". Dan Harash benar, dia benar-benar menunggu Namia untuk bersedia. Mereka tidur bersama, check. Bersentuhan, check. Kissing each other?. Jangan cakap. Hampir setiap hari Harash pasti menyambarnya. Sampaikan Namia sendiri sudah terbiasa. Being a good wife, unknown. Dia timbul rasa bersalah. Memang kadang-kadang mereka sering bergurau lebih-lebih lagi Harash. Pastinya Harash akan menahan dirinya apabila dia merasakan yang dia telah berlebihan. Namia masih belum bersedia. Dia takut. Dia takut seandainya dia menyerahkan dirinya kepada Harash, akan ada sesuatu buruk yang berlaku. Seperti yang berlaku di dalam drama-drama atau novel yang dia baca. Yes, dia sedang beroverthingking.

Baju lingerie berwarna hitam itu dikeluarkan. Sangat terdedah dan jarang. Namia geleng kepala saat fikirannya mula membayangkan dirinya sedang memakai pakaian itu.

"Gila. Ni mahu aku pengsan bangun balik lepastu pengsan lagi kalau aku pakai baju ni". Namia berkata. Namia mengangkat lagi baju tidur yang berwarna merah. Pipinya juga sudah merah semerah baju yang dia sedang pegang itu.

"Wow!"

Namia terkejut. Pantas dia menoleh ke arah suara itu. Harash!. Dia dah balik dari kerjanya. Macam biasa, dia sedang menyandarkan bahunya di pintu bilik itu dan melipat kedua tangannya ke dada. Bibirnya menguntumkan senyuman yang pastinya senyum gatal. Matanya tepat memandang Namia. Namia pantas memasukan baju tidurnya itu ke dalam beg kertas itu semula. Dia bangun dan ingin meletakkannya di dalam almari. Namun pantas Harash mengambil beg kertas itu dari tangan Namia. Namia cuak. Air liurnya ditelan entah berapa laju melepasi tekaknya itu. Namia melihat Harash mengeluarkan baju itu dan mencampakkan beg itu di atas katil.

"Sayang ada baju ni?. Tapi kenapa abang tak pernah nampak sayang pakai?." Harash bertanya. Namia mati akal untuk menjawab. Belakang lehernya diusap.

"Err.. tuu" Gagap Namia membuka mulut.

Harash tersenyum. Baju tidur bewarna hitam itu dipampangkan dengan dua tangannya. Sangat jarang sehingga boleh kelihatan wajah Namia di balik pakaiannya itu.

"Damn.. you'll look gorgeous on it." Harash mengusik Namia. Wajah Namia merah menyala. Pantas dia merampas baju itu dari tangan Harash dan beg kertas di atas katil diambil. Namia melarikan diri bersama pakaiannya itu dan langsung masuk ke dalam bilik Harash. Pintu bilik dikunci. Terdengar suara gelak tawa dari Harash. Namia mengutuk dirinya sendiri. Malu dengan kebodohan sendiri. Segan dengan diri sendiri, segan dengan suami sendiri pun ya!.

"Sayangg. Open the door." Dengar Harash mengetuk pintu kayu itu berkali-kali. Namia terkejut.

"Ishhh.. abangg.. janganlah usik Namiaaa.." Namia menjerit di dalam biliknya. Dia memeluk tubuhnya geram.

I Wanna Be Yours [Completed] 🦋Where stories live. Discover now