Chapter 91 - Tungku and Param.

7.1K 310 87
                                    

Fatin tersenyum saat melihat story Instagram Su yang menunjukkan foto anak lelakinya itu. Bukan itu sahaja, foto anak lelaki Ngah dan bayi kembar Harash juga turut dilihat. Fatin tersenyum. Alhamdulilah, ketiga-tiga selamat melahirkan bayi yang sihat. Sempat dia mengucapkan tahniah kepada Su. Apa yang buatkan Fatin lagi teruja adalah Su membalas ucapannya. Tak sangka Su akan membalas pesanannya.

"Kenapa tu sengih seorang tu?"

Fatin terkejut. Shahril dipandang. Shahril tersengih saat melihat Fatin yang terloncat saat dirinya dipanggil.

"Kau ni, terkejut aku." Kata Fatin. Sharil mengambil tempat di sebelah Fatin.

"Aku tengah tengok story Hawa." Shahril melihat telefon bimbit Fatin. Dia mengangguk.

"Kenapa dengan story dia?"

"Dia dah bersalin. Baby boy." Shahril mengangguk lagi.

"Congrats for her." Shahril menjawab.

"Kau okey?" Fatin bertanya. Shahril mengerutkan dahinya.

"Kenapa pula aku tak okey?" Tanya Shahril.

"Yah, she is your ex right?. Mana tahu masih simpan perasaan lagi." Kata Fatin. Sharil menyipitkan matanya.

"Kau gila ke?. Bini orang tu." Shahril berkata. Fatin membuat muka.

"Kan aku dah ada kau. Buat apa nak gilakan bini orang." Kata Shahril lagi. Cuba untuk memujuk isteirnya. Sharil ketawa saat Fatin makin mencebikkan mukanya.

"Yelah tu." Kata Fatin lagi.

"Dadaaa!!"

Mereka menoleh saat mendengar suara Aisyah memanggil.

"Yes baby, Dada here". Shahril bersuara. Dengar suara derapan tapak kaki anak kecil itu melangkah. Fatin tersenyum saat melihat susuk tubuh anaknya itu berjalan merapati mereka. Fatin mendepakan tangannya untuk Aisyah namun Aisyah terus menuju ke arah Shahril.

"Yeah, anak Dada" Kata Shahril. Aisyah terus didukung. Fatin membuat muka.

"Duduk je lah dengan Dada tu. Dada pergi kerja nanti dengan mummy juga." Kata Fatin. Shahril ketawa.

"Ala chill lah. Anak perempuan kan memang orang kata anak bapak". Kata Shahril lagi. Fatin ketawa.

"Tak payah nak merepek." Kata Fatin. Fatin bangun dari sofanya. Alhamdulilah, hampir setahun rawatan fisionya, Fatin sudah mula sembuh sedikit demi sedkit. Dari setapak ke dua tapak hingga kini dia sudah boleh melangkah seperti biasa namun masih memerlukan tongkat sebagai penyokong untuknya melangkah.

"Kau nak pergi mana?" Shahril bertanya.

"Makan. Lapar." Kata Fatin.

"Kau masak apa hari ini?."

"Spagetthi carbonara je." Kata Fatin. Shahril senyum. Fatin juga sudah mula rajin memasak. Selalu juga Fatin mencuba resepi-resepi yang dia temui di media sosial dan pastinya akan memaksa Shahril untuk menjadi jurinya.

"Jom makan dengan mummy?" Shahril menggagah anak kecilnya itu. Dilambungkan anaknya ke udara sebelum ditangkap dengan cepat. Geli hati Aisyah saat Shahril melakukan seperti itu.

"Ish.. jangan tinggi-tinggi. Jatuh nanti." Fatin marah. Shahril menjelirkan lidahnya. Fatin geram. Tongkat diangkat untuk memukul Shahril dengan perlahan namun Shahril elak. Fatin hilang keseimbangan dan dia ingin terjatuh namun dengan cepat Shahril menangkap.

"Ishh kau ni. Nasib baik tak jatuh. Itulah marah suami lagi." Kata Shahril. Fatin menaikkan matanya menyampah. Shahril membantu Fatin untuk bangun. Mereka kemudiannya menuju ke meja makan untuk menjamu selera.

I Wanna Be Yours [Completed] 🦋Where stories live. Discover now