Namia dan Harash brunch di Oldtown White Coffee di outlet NSK. Banyak juga yang dipesan oleh Harash dan Namia memandangkan masing-masing belum menyentuh apa-apa makanan lagi dari pagi. Walaupun awalnya Namia agak malu untuk membuat pelbagai pesanan, namun setelah dipujuk oleh Harash banyak juga menu yang dipesan. Meja makannya hampir penuh dengan pesanan yang dipesan.
"Boleh habis ke awak ni?"
Namia senyum. Roti bakar diambil dan disumbatkan dalam mulutnya.
"Awak kan ada."
Harash menggelengkan kepalanya namun bibirnya menguntumkan senyuman. Namua menghulurkan roti bakar dan disambut oleh Harash.
Namia bangun menuju ke kaunter.
"Hari ini saya belanja awak". Namia kata. List makanan dibawa. Sempat Harash menghalang namun Namia endahkan.
"Total semua RM101.50 Puan". Pekerja itu berkata. Namia menghulurkan kad debitnya dan dismbut oleh pekerja itu. Segala transaksi berjaya dan kad debit Namia dipulangkan bersama resit. Namia senyum. Kepalanya memandang Harash.
"Jom". Namia melambai kepada Harash. Harash bangun dan terus berjalan ke arah Namia.
"Berapa semua?".
"Secret." Namia berkata. Harash memandang Namia.
"Saya transfer nanti."
"Tak payah. Kan saya kata saya nak belanja."
"Tap..." Belum sempat Harash menghabiskan ayatnya, Namia memandangnya tajam.
"Ohh okey. Awak belanja. Ter.. terima kasih. Jom. Pergi NSK". Harash berkata.
Tubuh belakang Namia disentuh menolak Namia agar dia melangkah. Terkejut juga Namia. Pantas Harash menarik tangannya kembali dan mengekori Namia yang sudah melangkah masuk ke dalam pasar raya itu.
Harash menolak troli dan mengekori Namia yang khusyuk memilih barangan basah itu. Laju tangannya memasukkan packaging dari rak ke dalam troli. Harash hanya diam. Ayam, Ikan, Daging, Udang dan sayur-sayuran dipilih oleh Namia. Setelah selesai, Harash menolak troli untuk dibawa ke kawasan menimbang.
"Awak timbang dulu sayur-sayur dalam plastik ni. Saya nak pergi tengok buah sekejap." Namia berkata. Harash mengangguk dan senyum. Bingkas tangan Harash meletakkan sayur-sayuran yang perlu ditimbang itu. Sempat Harash melihat Namia yang sedang khusyuk memilih buah tembikai. Bibirnya menguntumkan senyuman.
"Encik."
"Encikk". Harash menoleh.
"Dah selesai." Kata pekerja itu. Harash mengangguk dan diletakkan kembali ke dalam troli. Troli ditolak menuju ke arah Namia.
"Dah?" Harash mengangguk. Namia pun melangkah.
"Aik tak ambil ke?". Harash bertanya. Namia menggelengkan kepalanya.
"Macam tak berapa elok. Nanti saya pergi kedai buah." Kata Namia. Harash mengangguk. Mereka melangkah dari satu bahagian ke bahagian yang lain. Langkah Namia terhenti saat dia ingin masuk ke bahagian peribadi.
"What's wrong?". Harash bertanya. Namia memandang Harash.
"Awak tunggu sini." Kata Namia dan dia melangkah. Dia mengambil tiga jenis bungkusan tuala wanita dan perlahan dia letak di dalam troli. Harash yang mengerti itu hanya senyum. Malu lah tu.
Setelah hampir penuh troli itu, mereka akhirnya beratur di kaunter pembayaran. Ramai juga orang. Namia berdiri di sebelah Harash.
"Ramainya orang. Waktu bekerja pun ramai orang." Namia membebel. Harash senyum.

YOU ARE READING
I Wanna Be Yours [Completed] 🦋
Storie d'amore⚠ Not Edited First Cliche~ Story from Airashroses~ Sorry for the Tatabahasa, kesalahan tanda baca dan juga typo yang agak bersepah~ Harash Ferhat & Namia Amiera loves story ❤️ From "Let's make a deal" to "There is no deal between us." Start from c...