Chapter 66 - Busy

7.6K 342 95
                                    

Minggu itu adalah minggu paling busy untuk Su. Banyak urusan yang perlu dia selesaikan sebelum majlis pernikahanannya bersama Daniel. Majlis pernikahan yang akan dilakukan di rumah Mama itu semakin hampir. Ngah dan Aidil juga dalam perjalanan pulang dari London.

Ngah terkejut tak terkata saat Su memberitahunya yang dia akan bernikah. Awal-awal Ngah berfikir yang Su bergurau. Namun setelah dikonfirmkan oleh Mama dan Abah di group Whatsapp keluarga mereka, memang menjerit Ngah. Sungguh dia tak percaya. 7 bulan setelah dia bernikah, kini giliran adik bongsunya pula. Ngah tidak berhenti bertanya tentang jodoh Su sampai Su sendiri malas nak layan.

Harash dan Namia pula sibuk menyiapkan tugasan kerja mereka sebelum mereka mengambil cuti lagi untuk pulang ke kampung Harash. Oleh itu, Namia juga turut memberi cuti kepada pekerjanya dan butik ditutup selama 5 hari. Memberi ruang kepada pekerjanya untuk merehatkan diri mereka setelah sekian lama mereka tidak bercuti pada waktu yang lama. Harash?. Jangan cakap. Dia dulu yang hulurkan surat apply cutinya kepada Namia. Memaksa Namia untuk meluluskan.

"Abang ni merepeklah. Ingat Namia ni boss abang ke nak apply cuti. Abang kan boss. Abanglah approvekan sendiri. Jangan kacau Namia." Namia berkata.

Serius wajahnya saat ini. Menyiapkan sketching terakhir sebelum dia menghantar ke kilangnya pada hari esok. Harash duduk di hadapan Namia.

"Kan sayang kata kalau nak cuti kena apply dekat sayang?. Ni abang dah buat surat cuti dah ni. Tinggal nak approve je." Kata Harash.

Namia malas melayan. Khusyuk dia melukis dan dalam waktu yang sama dia mengambil cebisan kain contoh untuk ditampal di lukisannya. Harash geleng kepala. Jam di dindingnya dilihat.

"Sayang, dah pukul 9 dah ni. Dari tadi tak berhenti. Sayang dah makan belum ni?. Abang balik kerja sampai sekarang ni sayang asyik dekat bilik je." Harash bertanya.

Namia tidak menjawab, atau erti kata lain tidak dengar apa yang ditanya oleh Harash saat ini. Dia begitu fokus. Harash bangun. Melangkah ke sebelah Namia.

Tangannya perlahan memegang tangan Namia yang sedang melukis itu. Namia terkejut. Dia mendongak ke arah Harash.

"Abang... Jangan kacau Namia." Namia berkata. Harash tidak mendengar kata-kata Namia. Dia mengangkat tangan Namia dan tangannya mengambil papan lukisan Namia itu. Namia menatap Harash.

"Sambung esok jelah. Dah malam ni." Kata Harash. Namia geleng kepala.

"Eee jangan. Esok Namia dah janji dengan Su nak teman dia pickup Ngah dengan Aidil dekat airport esok pagi. Tak sempat." Namia berkata. Dia bangun.

Papan lukisan ingin diambil namun gagal. Harash meninggikan tangannya yang memegang papan lukisan Namia itu. Namia menyipitkan matanya dan cuba mencapai papan lukisannya dari tangan Harash namun apa yang boleh dilakukan, bila kemahuan tidak mampu membatasi ketinggiannya.

Harash senyum melihat tingkah isterinya. Comel sungguh. Namia geram. Dia memanjat kerusi beroda limanya itu dan terus mencapai papan lukisan dari tangan Harash. Harash terkejut. Namia yang berdiri di atas kerusi dilihat. Namia menjeling ke arah Harash. Dia ingin turun namun kerusinya bergerak. Namia hilang keseimbangan dan terus terjatuh.

Namia menjerit dan bersedia untuk jatuh tersembam di atas lantai. Namun dia rasa pinggangnya dipegang erat dan tubuhnya dipeluk dengan erat.

"Kan. Itulah. Lawan cakap suami." Harash berkata. Namia mendongak. Harash sedang memegangnya saat ini. Namia dipegang dengan erat. Kedua tangannya memeluk pinggang Namia. Namia masih lagi terkejut. Bahu Harash dipegang dengan kuat.

"Abang. Nasib baik baik ada abang." Kata Namia. Nafasnya turun naik. Harash geleng kepala.

"Dah turunkan Namia." Namia berkata. Saat ini kakinya tidak mencecah lantai kerana Harash masih mendukungnya. Bukannya diturunkan, tapi Harash makin mengangkat tubuh Namia sedikit tinggi. Namia memeluk leher Harash dengan kuat . Harash tersenyum.

I Wanna Be Yours [Completed] 🦋Where stories live. Discover now