Chapter 78 - Three

8.3K 354 146
                                    

Tanpa sedar, sebulan sudah berlalu semenjak majlis resepsi Su. Su dan Namia sudah mula sibuk bekerja. Su baru sahaja masuk ke butik Namia dua minggu lepas selepas seminggu dia ber 'honeymoon' dengan Daniel di Paris. Memang excited habislah si Su.

Ngah pula, dia dan Aidil telah pulang ke London minggu lepas kerana terdapat urusan mustahak yang perlu Aidil selesaikan di pejabatnya di London. Awalnya memang Ngah sedih namun dia hanya pasrah. Memang bergelinang air mata di lapangan terbang semasa menghantar mereka pulang.

Namia dan Harash pula masing-masing sudah sibuk bekerja. Namia kerap ke butiknya. Berbuih juga dia memujuk suaminya untuk membenarkan dia pergi ke butik. Harash tetap enggan membenarkan Namia. Namia menjalankan misi merajuknya. Tiga hari tidak bertegur dengan Harash. Seksa juga jiwa Harash ketika itu. Maklumlah hilang tempat bermanja.

Akhirnya, Harash setuju. Dengan syarat mesti pergi bersama Su. Namia pun seronok bukan main. Tapi jangan ingat dia terlepas, memang Harash balas kaw-kaw punya.

Hari ini, Namia dan Su pulang lewat. Semenjak pelancaran Shawl terbaru dari Namia dilancarkan di websitenya, memang tak menang tangan dibuatnya. Sibuk dengan pengurusan penghantaran lagi, pembungkusannya lagi.

Lepak juga mereka semua menguruskannya. Namun mereka bersyukur. Alhamdulilah. Laku keras jualan tudung terbaharu Namia. Hampir semua koleksi sold out. Good news. Memang jelas terpampang kegembiraan di wajah Namia.

Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Mereka baru selesai menguruskan urusan tempahan tudung di butiknya. Seorang demi seorang pekerja Namia pulang. Kaklong sahaja terpaksa pulang awal memandangkan kaklong tidak berani untuk memandu kereta pada waktu malam.

Su dan Namia mengemas barangan mereka dan mereka ingin menutup kedainya. Pintu dikunci dan rail besi diturunkan.

"Alhamdulilah. Jom balik" Kata Namia. Su senyum. Mereka berpimpinan tangan. Mereka berjalan menuju ke arah kereta mereka sebelum mereka terhenti. Mereka berdua ternganga.

Harash dan Daniel. Mereka ada disitu menunggu mereka. Harash menyandarkan tubuhnya di kereta Mercedesnya dan Daniel bersandar di kereta BMWnya. Mereka memandang tepat ke arah mereka. Namia dan Su menelan air liur mereka.

"Kaklong. Habislah kita kaklong kena bebel. Su lupa bagitahu Daniel yang Su balik lambat hari ni." Su berbisik namun matanya tepat memandang Daniel.

"Kaklong pun sama. Matilah kita" Namia membalas dengan bisikan juga. Mereka berdua berjalan mendekati ke arah mereka dan berdiri di hadapan isteri masing-masing.

"Good evening, Maam" Harash berkata sambil memandang ke arah dua wanita di hadapannya.

"Or should I say Good Night?" Daniel pula menambah.

Su dan Namia berpandangan. Namia tersengih dengan senyuman kerang busuknya itu.

"Ass.. assalamualaikum abang." Namia menghulurkan tangannya untuk salam. Harash membalas salaman dari Namia namun tangannya enggan melepaskan tangan Namia.

Su hanya senyum ke arah Daniel. Daniel gelengkan kepalanya.

"Dah jom balik." Kata Daniel. Harash juga turut menarik isterinya berjalan menuju ke arah kereta mereka.

"Eh, kereta?" Su dan Namia berkata serentak.

"Takpe, esok abang hantar pergi kerja." Kata Harash.

"Huh?" Harash menoleh ke arah isterinya.

"Abang. Esok kan weekend."

"Haa biar jelah kereta dekat situ"

"Eee kereta Namia" Kata Namia.

I Wanna Be Yours [Completed] 🦋Where stories live. Discover now