Chapter 97 - Solat Jumaat

6.3K 291 103
                                    

Selesai sarapan bersama, para isteri sibuk di bahagian hadapan rumah mereka untuk majlis yang bakal berlangsung esok. Su dan Ngah sedang sibuk mengatur posisi di ruang tamu mereka. Namia pula sedang sibuk mengemas lantai dengan menggunakan vacuum cleaner.

Para suami pula sibuk menyusun meja di bawah khemas dan memasang alas di setiap meja. Anak-anak mereka pula sedang lena tidur di bilik masing-masing.

Agak kecoh jugalah mereka mengemas rumah mama dan abah ketika itu. Dengan Su yang tak henti membebel dan sering berlawan suara dengan Ngah. Namia hanya mampu gelengkan kepalanya.

"Jangan bergaduh boleh tak?. Mama yang pening dari tadi mendengar." Kata Mama yang entah dari mana itu. Namia tertawa.

"Ngah tu. Selalu sangat cari gaduh." Kata Su

"Eh? Aku pula yang kena. Kau yang tak nak dengar cakap aku.". Ngah menjawab.
Maka mulalah pertekakkan di situ.

"Ish sudah. Nanti seorang-seorang kaklong sedut dengan vacuum ni". Kata Namia. Terdiam terus mereka.

Mereka pun kembali melakukan tugasan mereka. Harash melangkah masuk ke dalam rumahnya melalui pintu hadapan. Dia terpandang akan Namia yang sedang ketawa di ruang tamunya itu. Cantik sungguh isterinya itu.

"Hoi!"

Harash terkejut saat mendengar ada suara yang menyapanya. Daniel.

"Kau terkejut aku!". Kata Harash. Daniel ketawa.

"Tersengih-sengih dah kenapa?" Tanya Daniel. Dia tahu apa sebab abang iparnya itu sentiasa tersenyum. Harash berdehem.

"Man..mana ada kau ni." Kata Harash dengan gugup. Daniel tertawa.

"Sudah lah tu." Kata Daniel mengusik. Bahu Harash dipukul.

"Nanti solat jumaat kita pergi sekali". Kata Daniel. Harash mengangguk.

"Okey". Kata Harash. Daniel kemudiannya kembali menuju ke luar untuk memberitahu Aidil dan Ray rancangan mereka itu.

Harash melangkah menuju ke arah tiga wanita itu. Perlahan-lahan dia melangkah dan kemudiannya dengan sengaja dia menepuk meja dengan kuat. Mengejutkan tiga wanita itu.

"Arghhhh!!!" Bergema terus ruang tamu itu dengan jeritan tiga-tiga wanita.

Namia menjerit dengan terkejut sehingga dia meloncat ke atas sofa. Su pula memukul tangan Ngah kerana terkejut. Ngah terloncat.

Harash terbahak sambil memegang perutnya.

"Ishhh Along!!!" Su mengurut dadanya. Sakit hati melihat abangnya masih ketawa. Namia pula menghela nafasnya. Ingin sahaja dia hempuk suaminya itu dengan batang vacuum itu.

"Kaklong.." Ngah dan Su kemudiannya tertawa melihat Namia yang sudah berdiri di atas sofa itu. Mereka ketawa dengan reaksi Namia yang berdiri sambil memegang batang vacuum itu. Harash juga ketawa. Dia kemudiannya mendukung isterinya turun dari sofa.

"Nasib baik meloncat dekat atas sofa. Kalau meloncat dekat abang tadi?" Kata Harash mengusik. Namia kemudiannya terus mencubit suaminya. Harash masih ketawa.

"Abang nak mandi dulu. Abang nak pergi solat Jumaat." Kata Harash.

"Okey." Namia menjawab.

"Je?. Okey je?" Tanya Harash.

"Then what?" Tanya Namia.

"Tak nak ikut sekali?" Tanya Harash.

"Namia mana boleh ikut pergi masjid." Kata Namia. Harash menarik hidung isterinya perlahan.

I Wanna Be Yours [Completed] 🦋Where stories live. Discover now