Chapter 98 - The Day

5.9K 273 61
                                    

Seorang demi seorang tetamu hadir ke rumah mama dan abah. Kenduri yang dihadiri oleh kumpulan wanita di sebelah petang dan kumpulan lelaki pada sebelah malam itu dilakukan dengan bacaan Yasin, Tahlil, Doa selamat dan acara cukur jambul.

Dimulakan dengan Mama yang membawa Putra dan diikuti oleh Namia, Ngah dan Su, mereka mengelilingi kumpulan wanita yang sedang bermahaban itu.

Selesai majlis, mereka semua dijemput untuk menjamu selera. Aidil dan Daniel kembali memegang anak lelaki mereka. Su dan Ngah pula sibuk menghulurkan goodies kepada para tetamu. Ramai yang mengucapkan tahniah kepada mama. Lebih-lebih lagi kebetulan serentak semua mama menimang cucu. Rezeki daripada Allah. Oleh itu mama ingin berkongsi rezeki ini kepada para jiran tetangga.

Namia pula sedang memujuk Bunga yang meragam sejak pagi tadi. Kebetulan saat ini adalah waktu tidurnya. Harash mengusap kepala Namia sebelum dia mendorong isterinya untuk masuk ke dalam bilik.

Namia memujuk Bunga yang menangis itu. Macam-macam gaya yang dibuat untuk memujuk Bunga. Harash yang sedang memegang Putra itu hanya tersenyum melihat isterinya. Diletakkan perlahan Putra di atas katil sebelum isterinya didekati.

"Sini abang pujuk Bunga". Kata Harash. Namia menoleh. Dia kemudiannya menghulurkan Bunga kepada Harash. Harash meletakkan Bunga di bahunya dan ditepuk perlahan. Namia pula mencekak pinggang. Kelihatan riak wajahnya seolah penat melayan karenah Bunga yang tidak berhenti meragam dari tadi.

"Sayang duduklah sebelah Putra." Kata Harash. Namia tidak berganjak. Sebaliknya belakang badan Bunga diusap perlahan.

"Namia risaulah abang. Dari pagi tak berhenti menangis. Namia dah tengok perut dia semua alhamdulilah okey je tak kembung." Kata Namia risau. Harash senyum.

"Dia tak selesa agaknya. Ramai sangat orang tadi." Harash pula memujuk si Namia.

Namia kemudiannya berdiri di bahagian belakang Harash. Kepala Bunga diusap.

"Kenapa sayang mama ni?. Tell me" Namia memujuk. Bunga yang melihat Namia itu makin menangis. Dia seolah mengadu sesuatu kepada mamanya.

"Kenapa sayang.. Tak suka ramai orang ya?. Panas ya?". Namia memujuk lagi. Bunga masih menangis sambil menatap Namia.

"Abang. Baringkan dia. Namia nak salin baju dia. Dia rimas agaknya." Kata Namia. Harash kemudiannya menurut.

Namia membuka dress pink yang dipakai oleh Bunga itu. Namia melihat leher Bunga sudah mula timbul ruam merah. Namia dengan cepat membuka baju dress yang berenda-renda itu.

"Abang, buka aircond sejuk skit. Bunga berpeluh ni. Habis ruam satu badan ni." Kata Namia. Harash hanya menurut.

Selepas sahaja Namia membuka baju Bunga. Sedikit demi sedikit tangisan Bunga reda. Dia kemudiannya menyuruh Harash untuk mengambil lampin pakai buang anaknya di almari.

Namia menyalin lampin Bunga. Namia berjalan menuju ke bilik air. Mengambil tuala kecil dan dituam dengan air suam. Dengan bacaan bismillah, dia mengelap tubuh Bunga dengan tuala itu. Bunga diam. Perlahan dia terlena saat Namia membersihkan badannya.

"Tidur dah tu sayang." Kata Harash. Namia mengangguk.

"Dia tak selesalah tu." Kata Namia. Dia kemudiannya menyarungkan baju yang sedikit nipis ke badan Bunga. Harash hanya senyum saat melihat isterinya yang begitu fokus itu.

Selesai, dia kemudiannya mengangkat Bunga dan diletakkan di atas bantal dan tilamnya. Sempat dia menyuruh Harash menepuk bantal dan tilam Bunga sebelum diletakkan Bunga di situ. Bantal diletakkan di sisi Bunga dan diselimutkan Bunga. Bunga tidur.

Namia kemudiannya menjengah Putra di sebelah Bunga. Alhamdulilah, Putra okey. Namun tetap dia ingin mengganti pakaian Putra. Perlahan-lahan Putra diangkat dan disalinkan pakaian Putra.

I Wanna Be Yours [Completed] 🦋Where stories live. Discover now