Namia dan Harash tiba di Lapangan Terbang Langkawi tepat jam 2 petang. Penerbangan yang hanya 1 Jam lebih itu turut membuat si Namia mabuk namun tidaklah terlalu teruk. Untung sahaja kali ini dia bijak untuk memakan pil sebelum penerbangan berlepas. Sebenarnya dipaksa oleh Harash. Maklumlah tak sampai hati tengok isterinya yang akan pengsan setiap kali mereka menaiki kapal terbang.
Namia menunggu Harash di pintu keluar kapal terbang bersama Bunga dan Putra manakala Harash pula sedang menguruskan urusan kereta sewanya. Bunga dan Putra hanya diam di pangku Mamanya dan mata mereka melilau melihat orang yang lalu lalang di hadapannya.
"Alaa but.. this kid?"
Namia menoleh ke arah suara yang mengeluh yang berdekatan dengannya itu. Namia melihat seorang perempuan sedang mengeluh kepada pemandu Grab dan ditemani oleh anak kecil. Kelihatan budak lelaki itu gelisah semacam. Kuat dia memeluk kaki perempuan itu.
"Terima kasih miss dan saya minta maaf lagi sekali " Pemandu Grab itu berkata sebaik sahaja mereka selesai berurusan. Namia hanya melihat perempuan itu mengenggam tangan budak lelaki itu sebelum mereka kembali masuk ke dalam lapangan terbang semula. Ingin sahaja Namia tahu apa yang berlaku namun memandangkan kepalanya masih pening, terpaksalah Namia membatalkan niatnya.
"Sayang?" Nami menoleh saat mendengar suara Harash. Harash sudah tiba dengan kereta Honda civic yang entah bila ditempahnya itu Namia pun tidak tahu. Tapi apa yang penting, memang Harash akan dibebel sebentar lagi. Bukan main lagi menyewa kereta yang pastinya harga agak mahal. Jimat bang oi!.
Harash kemudiannya meletakkan Bunga dan Putra ke dalam baby seat yang disewa sekali bersama kereta. Harash selesai memasukkan bagasi mereka ke dalam but kereta dan bergegas masuk ke dalam kereta. Harash melihat Bunga dan Putra sebelum dia memandu. Sempat dia mengelus kepala Namia yang sedang bersandar itu.
Mereka kemudiannya tiba di Dash Resort Hotel Langkawi. Seperti biasa, Harash menguruskan urusan check in terlebih dahulu sebelum dia mengeluarkan bagasi.
"Beg sayang bagi dekat abang." Kata Harash. Namia melihat Harash.
"It's okay. Abang dah bawa banyak tu." Kata Namia sambil memegang kepalanya. Harash hanya diam dan tangannya mengambil beg tangannya dan disarungkan di lengannya. Namia kemudiannya mendukung Bunga dan Harash mendukung Putra.
"Nah, sayang pegang kad bilik ni." Kata Harash. Namia menurut. Kereta dikunci dan mereka berjalan menuju kawasan hotel. Tiba sahaja di bilik mereka, Harash menghulurkan Putra kepada Namia dan Harash melakukan rutinnya setiap kali mereka menginap di mana-mana hotel. Namia juga hanya menunggu di luar sebelum mendengar Harash memanggilnya. Namia melangkah masuk.
Dia kemudiannya terhenti saat Harash berdiri betul-betul berdiri di hadapannya. Namia menatap Harash dengan pelik.
"Kenapa abang ni?" Tanya Namia. Harash senyum. Dia mendukung Putra dan kemudiannya memaut pinggang Namia.
"Kali ini sayang tak boleh terus tidur. Sayang betul-betul kena tengok bilik dulu sebelum sayang berehat." Kata Harash. Namia mengerutkan dahinya menatap Harash. Besar mata Namia saat melihat dekorasi biliknya itu. Cantik, luas, bersih dan aesthetic. Namia kemudiannya senyum.
"Wah abang. Cantiknya bilik dia." Kata Namia. Harash kemudiannya meletakkan Bunga dan Putra di atas katil. Namia ingin duduk namun dihalang oleh Harash. Harash senyum. Dia memeluk Namia dari belakang lagi. Macam biasa, sedikit bising si Bunga dengan Putra melihat aksi romantik Baba dan Mamanya. Harash hanya senyum.
"Abang ni kenapa ni?" Kata Namia. Harash ketawa. Dia kemudiannya melangkah ke arah pintu sliding door itu. Harash membuka pintu itu sebelum Namia ternganga. Melihat keindahan panorama laut dan langit dihadapannya. Harash menarik tangan isterinya dan digenggam sebelum mereka melangkah keluar.
![](https://img.wattpad.com/cover/320378853-288-k472924.jpg)
YOU ARE READING
I Wanna Be Yours [Completed] 🦋
Romance⚠ Not Edited First Cliche~ Story from Airashroses~ Sorry for the Tatabahasa, kesalahan tanda baca dan juga typo yang agak bersepah~ Harash Ferhat & Namia Amiera loves story ❤️ From "Let's make a deal" to "There is no deal between us." Start from c...