Chapter 48 - Back to normal

9.5K 355 102
                                    

Setelah beberapa hari menetap di rumah mertuanya, Namia dan Harash akan berangkat pulang ke rumah mereka. Sedih juga Namia kerana terlalu banyak perkara yang berlaku dalam keluarga mertuanya itu sejak akhir-akhir ini. Namun Namia bersyukur, semuanya dapat diselesaikan dengan mudah. Namia yang sering susah hati melihat keadaan Ngah kini menjadi tenang saat wanita itu sah menjadi milik lelaki yang dia cintai.

Namia mengemas barangannya dan Harash di dalam beg. Beberapa helai pakaian memang sengaja Namia tinggal di sini. Beg diletak di sebelah pintu. Namia mendengar pintu bilik air terbuka. Namia menoleh, Harash sudah selesai mandi. Kini gilirannya pula untuk mandi.

Namia mengambil tualanya dan membuka ikatan getah rambutnya dan diletakkan di atas meja solek. Harash hanya melihat Namia dan dia berdiri tegak depan pintu bilik air itu. Namia mengerutkan keningnya saat melihat Harash yang tidak berganjak dari situ.

"Excuse me, Sir. It's my turn. Cepatlah." Namia berkata. Harash senyum. Ikatan tuala di pinggangnya diketatkan. Saja nak menayangkan tubuh six packnya itu di depan Namia. Hampir tergoda si Namia namun cepat dia cover. Dia melangkah dekat ke Harash.

Harash senyum melihat Namia. Namun hanya sekejap sebelum Namia menolak Harash dengan kasar sehingga Harash berganjak Harash dari pintu bilik airnya. Harash menganga tak percaya. Dah berani sekarang ni. Namia menjelir lidah sebelum dia masuk ke dalam bilik air. Pintu bilik air dikunci.

"Takut sangat abang masuk. Tak payahlah kunci." Kata Harash dari luar.

"Diamlah." Terdengar Namia menjawab dari dalam.

Harash ingin menyarungkan pakaiannya sebelum tiba-tiba muncul idea jahatnya. Harash mendengar bunyi air shower yang jatuh ke lantai. Namia sedang mandi. Dengan senyum jahat, dia melangkah ke bilik air dan langsung menutup suis lampu bilik air dan heater. Gelap gelita bilik air tu dibuatnya.

"Aarghhhh Abangggggggg!!!!!" Namia menjerit dari dalam. Harash ketawa dalam diam. Mulutnya ditutup.

"Abang. Takde elektrik. Abangg.." Namia menjerit dari dalam. Harash menghidupkan suis lampu lagi.

"Fuh, selamat." Terdengar Namia berkata dari dalam bilik air. Harash matikan lagi dan kemudian dihidupkan semula.

"ABANGGGGGG!!!! I know it's youuuuu!!. Jangan main-main. Abang shower ni sejuk abang." Namia menjerit dari dalam. Harash tidak mampu menahan gelaknya dan akhirnya tersembut gelak tawanya. Lampu ditutup lagi. Namia geram, dia menutup tubuhnya dengan tuala sebelum dia membuka pintu bilik dengan kecil.

"Abang! Saja je tahu." Namia bebel. Harash ketawa. Peluang di depan mata. Harash hidupkan suis lampu dan langsung menerjah masuk ke dalam bilik air. Namia terkejut.

"Abangg.. eeyy tak sukaaa" Namia berkata saat Harash mengepungnya di pintu bilik air itu. Harash senyum. Namia besarkan matanya memberi amaran.

"Sayang nak buat apa?" Tanya Harash menggoda. Namia mengetap bibirnya geram. Harash mendekati Namia.

"Abang!. No!" Namia menahan tubuh Harash dengan satu tangan kerana tangan lagi satu sedang kuat mengenggam tuala yang menutup tubuhnya itu. Namun tidak terdaya Namia saat tubuh sasa Harash itu sudah berada dekat dengan tubuhnya. Namia mendongak. Hidung mereka berlaga.

"Abang. Jangan main-main, Namia nak mandi ni." Namia berkata.

"Mandilah. Abang teman." Kata Harash. Namia mengeluh. Harash ketawa.

"Abang tak buat apa-apa pun." Kata Harash mengusik. Nami geram. Dada Harash dipukul dengan keras sebelum dia lepas dari kepungan Harash. Tapi tiada jalan keluar.

"Sayang nak lari mana?. Bilik air ni kecil je." Harash mengusik lagi.

"Abang!." Namia memanggilnya dengan suara merayu. Harash tersenyum.

I Wanna Be Yours [Completed] 🦋Where stories live. Discover now