Chapter 55 - Saddest part for them

8.7K 350 102
                                    

Su dan Harash setia menunggu di ruang menunggu. Su pula tidak henti menangis. Harash pula dia tidak senang duduk. Dia berjalan mundar mandir menanti keputusan tentang Namia. Su dipandang. Nampak wajahnya tidak tenang. Pasti memikirkan bagaimana keadaan lelaki yang menyelamatkannya dan waktu yang sama memikirkan kaklong kesayangannya.

Su mengelap air matanya. Air matanya tidak boleh berhenti.

"Stop crying. I'm trying to be strong here " Harash berkata. Nampak seperti biasa namun hatinya gundah gelana. Perlahan air matanya jatuh memikirkan Namia.

"Along...." Su memanggil Harash. Harash hanya diam.

"Should I tell Mama and Abah about this?." Su berkata dengan isak tangisannya. Harash geleng kepala. Serabut. Kepalanya diraup kasar.

"Waris Puan Namia?".

Mereka menoleh. Harash langsung berlari ke arah jururawat itu.

"Mari ikut saya." Harash mengangguk. Su dilihat seketika. Cuba mencari kekuatan. Harash melangkah. Luluh hatinya melihat Namia yang terbaring di atas katil itu dengan bantuan alat pernafasan.

"Harash." Harash menoleh. Doktor Mala yang bertugas. Harash mendekati Doktor Mala.

"Macam mana isteri saya?". Harash bertanya dengan ragu-ragu. Takut.

"Alhamdulilah, Puan Namia okey. Cuma dia masih lemah. Keadaannya masih lemah dan Puan Namia perlu berehat. " Kata Doktor Mala. Harash mengangguk.

"Cuma.." Doktor Mala terhenti.

"Saya minta maaf, Harash. We tried but. We cannot save the baby. I'm sorry. Namia keguguran."

Harash mengangguk dengan wajah yang redha. Nafasnya dihela dengan berat.

"Kami minta maaf sekali lagi, Harash. Saya minta diri." Kata Doktor Mala lagi. Harash tidak mampu menjawab. Sebaik sahaja Doktor Mala keluar dari wad itu, Harash terduduk. Jatuh terduduk di sebelah katil Namia. Air matanya jatuh. Harash menangis. Terhincut-hincut bahunya menangis. Harash menatap isterinya.

Perlahan dia dekati Namia. Tangan Namia digenggam. Harash mencium tangan Namia sambil menangis. Kepala Namia disusap perlahan sebelum dia mencium kepala Namia. Harash duduk di kerusi penjaga. Dia buntu. Lost. Tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Macam mana?. Macam mana dia nak menjawab dengan Namia.

Harash menutup wajahnya. Terdengar pintu bilik terbuka.

"Along." Su. Su merapati mereka. Su terdiam saat melihat wajah alongnya yang merah dan muram itu.

"Along?" Su memanggil. Harash bangun. Adiknya langsung dipeluk.

"We lost.. we lost the baby." Harash berkata dalam pelukannya. Su tergamam. Su terus menangis.

"No.. no.. kaklong. Alongg.Noo" Su menangis. Su menangis di bahu alongnya.

"Aku tak kuat." Harash mengadu. Su menangis. Belakang badan alongnya diusap lembut. Cuba memujuk alongnya.

Su melepaskan pelukannya dan menyuruh Harash duduk. Su cuba mengawal tangisannya. Namun gagal saat melihat Namia yang terbaring itu. Langsung dia memeluk tubuh Namia.

"Kaklong. I'm sorry." Su berbisik. Dahi kaklongnya dicium. Su menangis. Tidak tahu apa yang harus dia buat. Andai sahaja dia tidak pergi ke officenya tadi. Su masih terisak.

"Help me. Tolong aku sampaikan berita ni dekat mama abah." Harash berkata dengan lemah. Su menatap Alongnya. Berat sungguh permintaan Harash. Namun Su cuba gagahkan. Su meminta izin untuk keluar dari wad itu. Harash terus mengenggam erat tangan Namia. Berharap agar Namia bangun.

I Wanna Be Yours [Completed] 🦋Where stories live. Discover now