"Namiaaaa, bangunlah. Kau tunang tau hari ni. Jurusolek dah sampai dah ni. Woi bangunlah."
Aqilah menjerit di telinga rakan karibnya yang masih lena tidur di katil. Aqilah yang sudab dua hari menginap di rumahnya untuk membantu persiapan pertunangan rakannya itu mengeluh panjang. Bahu Namia digoncang.
"Hurmm. apaaaaa". Namia bersuara dengan marah kerana tidurnya diganggu. Aqilah ternganga. Lah aku pulak kena marah.
"Woi!!. Kau nak tunang dah ni weyhhh. Bangunlah. Dah pukul 8 dah ni. Bangunlah cepat!!!" Aqilah memukul Namia dengan bantal peluk perlahan. Namia tersentak. Telefon bimbitnya dilihat.
"Weyhh, ASAL TAK KEJUT AKUU". Namia terkejut dan terus ke bilik air.
Nasib baiklah di dalam biliknya ada bilik air. Kalau tak malu juga dia nak bertembung dengan ahli keluarga yang sudah tiba di luar. Aqilah menggelengkan kepalanya.
"Hoi, naik hilang suara aku kejut kau. Kau tanya kenapa aku tak kejut kau." Aqilah membebel panjang.
Tempat tidur kawannya itu dikemas. Bertuah punya kawan, beria suruh aku datang rupanya nak suruh aku jadi kuli batak dia.
Namia keluar dari bilik air dengan berbaju. Aqilah yang melihat Namia itu terus memanggil jurusolek untuk masuk. Namia bersalaman dengan jurusolek wanita itu dan mula berborak. Ligat tangan wanita itu megoles satu-satu krim dan alatan make up di wajah Namia. Tengah khusyuk merias, tiba2 jurusolek meminta izin untuk ke tandas.
"Weyh, bila fikir-fikir balik an, aku tak pernah kenal pun bakal tunang kau ni?. Kau pernah kenalkan ke dekat aku?". Aqilah bertanya. Namia diam.
Aqilah memanggil namanya. Tiada jawapan. Risau, pengsan ke budak ni. Aqilah goncang tubuh Namia. Dia terkejut dan matanya terbuka. Cekak pinggang Aqilah dibuatnya.
"Tidur pulak kau ni. Weyh kau okey tak asal ngantuk semacam je aku tengok kau ni?". Aqilah dalam mood khuatir dia. Namia mengangguk.
"Okey je, cuma malam tadi aku tidur lewat kot. Tu yang mengantuk tu." Namia beri alasan. Betul juga. Persiapan pertunangannya sangatlah penat. Sebabtu dia meminta rakan karibnya untuk membantunya.
Aqilah menyuapkan nasi goreng ke dalam Namia di saat wajahnya di rias. Jurusolek Namia mengerti. Dia sambung merias wajah Namia dan ya Namia terlelap lagi. Aqilah dan Jurusoleknya hanya ketawa melihat Namia. Betul-betul penat ni.
Namia tersedar bila jurusolek tu mengejutnya untuk menukar baju. Namia hanya menurut dan bangun. Setelah selesai, jurusolek tersebut terus dandankan kau dengan tudung dan veil. Namia dengar pintunya diketuk. Umminya masuk.
"Nami, pihak lelaki dah sampai. " Namia mengigil bila dengar kata-kata Umminya itu. Aqilah menenangkan Namia.
"Chill weyh. Baru tunang. Belum kahwin lagi. Chill".
Namia menggelengkan kepalanya. Tangan Aqilah digenggam kuat. Aqilah yang mengerti hanya menggosok belakang badannya.
Namia melangkah keluar apabila dipanggil oleh Umminya. Namia memandang sekeliling. Ramai orang tengah memandang dirinya. Dia nervous. Dress merah jambunya itu sangatlah menyerlah sehingga kesemua tetamu melihat ke arahnya. Namia duduk di atas pelaminnya. Jantung Namia berdegup kencang apabila dia melihat Puan Salina menghampirinya dia atas pelamin. Jelas berseri wajahnya apabila melihat bakal menantunya itu."Assalamualaikum Namia." Puan Salina memberi salam. Namia menyahut salam dari Puan Salina. Kepala Namia dibelai. Tangan Namia diusap dan diangkat perlahan. Puan Salina mengambil cincin dari sarung cincin yang dihulurkan oleh pihaknya dan dengan ungkapan bismillah, cincin itu disarungkan di jari manis kanan Namia.
Kini Namia sah menjadi tunangan orang. Tunangan orang yang tidak pernah dia kenali hati budi walaupun pernah berkawan sewaktu mereka kecil. Namia memaksa bibirnya untuk tersenyum apabila wanita itu mengusap kepalanya beberapa kali dan dia menyalami wanita itu. Pelbagai tangkapan gambar diambil dari para tetamu. Namia hanya tersenyum.
"Haaa. Sampai dah pengantin lelaki ni. Meh masuk. " Terdengar suara-suara tetamu yang hadir dari arah pintu masuk.
Namia memandang ke arah pintu. Dia melihat susuk tubuh seorang lelaki yang segak berbaju kurta dusty pink dan berseluar slack itu juga turut memandangnya. Dalam hati Namia, dia berdebar kerana lelaki itulah yang bakal menjadi suaminya dalam masa tiga hari lagi. Ya, tiga hari lagi. Pertunangan dalam waktu yang singkat dan selepas tiga hari terus disatukan adalah idea yang hadir dari pihak lelaki. Alasannya lebih mudah, jimat dan cepat. Namia pun awalnya terkejut namun diikutkan sahaja. Boleh dikatakan dalam dua minggu ini, rumah Namia sangatlah meriah dalam menyiapkan persediaan majlis perkahwinannya.
"Ha sini ambil gambar dulu." Suara dari ahli keluarganya ke arah Harash. Harash hanya menurut dan terus menuju ke arah pelamin. Dia duduk dengan jarak yang sangat janggal di atas kerusi pelamin. Namia yang sedang memegang jambangan bunga itu pun turut nervous. Mereka mengambil foto seperti mana yang diinginkan oleh para tetamu.
---------------------------------------------------------
Harash duduk di bawah khemah kanopi sambil menikmati makanan yang diambil dari meja hidangan. Harash ditemani oleh tunangnya since dia dipaksa untuk menemani tunangnya untuk makan.
"Awak tak makan?". Harash bertanya sambil mengunyah. Namia geleng kepala. Nampaklah kesegenan dia apabila dia asyik menunduk sahaja dari tadi. Harash mengambil cawan dan langsung meneguk air sirap limau itu sehingga licin. Dia berdehem.
"Jangan nampak sangat kita kena paksa tunang. Senyum sikit." Selamba Harash bersuara. Namia terus memandang ke arahnya.
"Nampak sangat ke muka saya kena paksa?". Harash mengangguk. Namia menghela nafas.
"Dah surrender?. Kalau dah saya bagitahu Mama." Ugut Harash. Cepat- cepat Namia menghalang dengan bunganya.
"Ish janganlah.".
Harash senyum dalam diam. Seronok rupanya kacau orang yang selalu cuak ni. Namia berpura-pura senyum apabila ada beberapa orang yang menyapa ketika mereka lalu di sebelah Namia. Harash senyum namun cepat-cepat dia matikan senyumnya.
"So, bila awak nak hantar barang-barang dekat rumah saya?". Harash bertanya. Namia memandang ke arahnya aneh.
"Barang apa?". Selamba Namia tanya.
"Barangan awak. Saya nak letak dekat bilik awak. Oh ya, saya dah siapkan bilik awak. Saya dah suruh orang gaji saya kemaskan untuk awak. " Harash memberi penjelasan. Namia mengangguk.
"Rasanya tak banyak kot. Saya bawa laptop saya, baju2 saya dengan barangan peribadi saya sikit. Tu je". Harash mengangguk.
"Orang gaji awak duduk situ ke?". Namia bertanya. Harash menggelengkan kepalanya.
"Orang gaji rumah Mama. Tapi saya minta tolong dia kemaskan." Explain Harash lagi. Namia mengangguk lega.
"Btw, deal kita akan start dalam waktu 3 hari lagi. So if ada anything yang awak tambah, just tell me okay." Harash memandang Namia. Namia mengangguk perlahan.
"Saya rasa saya balik homestay dulu. Family saya ada urusan sikit diorang nak settle dengan barang hantaran awak. Saya balik dulu ya." Harash pamit pulang. Namia hanya mengangguk faham. Harash menyalami kedua orang tua Namia dan mengundurkan diri dari rumah Namia. Namia mengekori Harash ke keretanya.
"Nak ikut ke?". Usik Harash apabila dia melihat Namia begitu tekun mengekorinya. Namia mencebik.
"Saya teman sebab Ummi suruh." Namia menjawab selamba. Harash tertawa.
"Kalau nak ikut saya bukakan pintu." Lagi2 Harash mengusik Namia.
"Ish malaslah cakap dengan awak. Kirim salam dekat Mama and Abah." Namia hendak berpatan balik namun cepat-cepat Harash menarik lengan Namia. Namia terkejut and cepat-cepat dia menarik lengannya.
"Belum boleh sentuh lagi eh." Amaran Namia. Harash mengangkat kedua tangannya bagai orangg bersalah.
"Sorry."
"Nak apa?"
"Teman saya makan malam?". Harash merayu. Namia mencebik.
"Tak boleh."
"Jomlah".
"No. Saya busy.".
"Awak kan pengantin baru, mana boleh busy-busy." Usik Harash. Namia mencebik lagi.
"Malas lah nak layan awak. Bye. Assalamualaikum". Namia terus menuju ke rumahnya meninggalkan Harash yang hendak ke homestaynya itu bersama ahli-ahli keluarganya yang lain.
YOU ARE READING
I Wanna Be Yours [Completed] 🦋
Roman d'amour⚠ Not Edited First Cliche~ Story from Airashroses~ Sorry for the Tatabahasa, kesalahan tanda baca dan juga typo yang agak bersepah~ Harash Ferhat & Namia Amiera loves story ❤️ From "Let's make a deal" to "There is no deal between us." Start from c...