Chapter 25 - I care about you

10.6K 451 59
                                    

Harash berasa tidak sedap hati. Dia cuba untuk melelapkan mata tapi tak boleh. Jantungnya berdegup kencang. Fikiran dia tidak memikirkan Namia dan adiknya yang baru sahaja keluar itu. Berkali-kali dia memejam mata tapi tetap sama. Dia nekad.

Pintu tengah dibuka. Mamanya yang sedang menonton televisyen meliht ke arahnya.

"Mama. Along nak keluar sekejap." Harash memberitahu.

"Pergi Mana?. Kereta kan Su guna?". Mamanya tanya.

"Along nak pergi jumpa kawan sekejap. Along naik grab je. Mama nak join?". Harash bertanya kerana dia tahu apa jawapan Mama dia.

"Eeh malas Mama. Pergilah." Jawapan yang sama difikiran oleh Harash.

"Along pergi tau." Mamanya mengangguk.

Harash bersiap. Terdengar telefon bimbitnya berbunyi. Harash buka. Namia. Tersenyum dia saat melihat pesanan yang diberi oleh Namia beserta satu gambar.

"Saya dah sampai. Jangan risaukan saya. Nah gambar satu" - Namia

Gambar Namia ditekan. Skrin telefon bimbitnya diusap. Namia. Pantas Harash mencari nama adiknya dan memberi pesanan.

"Sent your live location right now. Kaklong kau mana?" - Harash

Beberapa minit kemudian,

"Ada tu hah tengah beli souvenir. Kejap lagi aku bagi." - Su

"Now Su, Now!!!" - Harash

Su membalas dengan emoji mata ke atas. Lokasi langsung diberi. Harash segera membuat pesanan Grab dan memintanya untuk pantas datang. Kad bilik diambil dan dia melangkah keluar. Tidak sampai 5 minit, Grab sudah menunggu Harash di depan lobi. Harash melangkah masuk.
Pemandu Grab itu segera membawa Harash ke lokasi yang telah dipinkan itu.

Nasib baik jarak hotel ke lokasi adiknya itu hanya 15 minit. Setibanya di lokasi, Harash memberi beberapa keping not RM 10 ke pemandu itu.

"Keep the changes" Pemandu itu mengucapkan terima kasih sebelum Harash turun dari kereta. Dia mengikut jejak lokasi yang diberi oleh Su itu. Harash bengang saat dia tiba di kawasan sunyi.

"Dah kenapa ada dekat sini?". Harash membebel seorang diri. Kiri kanan dipandang. Kawasan parkir berpalang dilihat. Harash mendekati kawasan parkir itu.

"Lain kali, urusan orang jangan masuk campur. Tu padahnya". Harash mendengar suara seseorang yang dia agak kenali itu. Dia berlari masuk ke arah suara itu. Buntang matanya saat melihat seorang lelaki sedang menolak kepala wanita yang sedang duduk di atas jalan tar berbatu itu.  Wanita itu adalah Namia.

Tangannya dikepal. Dia terus berlari mendekati lelaki itu. Kebetulan Su ingin menghalang perbuatan lelaki itu namun terbatal saat Harash terus merempuh tubuh Su.

"How dare you!!"

Tak cakap banyak, memang penumbuk yang diberi oleh Harash. Bertubi-tubi dia beri dekat wajah lelaki itu. Harash membanting tubuh lelaki itu ke kereta. Shahril!. Ya, dia bekas tunang Su yang tak guna itu.  Harash menarik kolar Shahril menyuruhnya untuk berdiri.

"Aku memang geram dengan kau. How dare you touch my wife." Harash memberi satu tumbukan di rahang Shahril. Nampak dah tak bermaya si Shahril. Tumbukan terakhir diberi sebelum dia rasa ada tangan sedang memeluknya. Dia tahu itu Namia. Namia menarik tubuhnya ke belakang. Harash masih panas.

"Awatnya ni?." Harash dengar suara lelaki menjerit.

"Awatnya?. Kau macam mana jaga parking ni?. Macam mana lelaki ni boleh lepas masuk ni." Harash berang dengan penjaga parkir itu.

I Wanna Be Yours [Completed] 🦋Where stories live. Discover now